script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lebih 21 Juta Transaksi Direkodkan Menerusi Program Jualan Rahmah Madani Di Seluruh Negara, Nilai Jualan Mencecah RM800 Juta

KUANTAN: Lebih 21 juta transaksi direkodkan menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah RM800 juta setakat Jumaat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pencapaian itu menunjukkan keberkesanan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

“Program ini (Jualan Rahmah Madani) telah memberi manfaat kepada lebih 21 juta rakyat di seluruh negara dengan nilai jualan keseluruhan RM800 juta.

“Bagi negeri Pahang sahaja, sebanyak 1.15 juta transaksi direkodkan sehingga 24 Oktober dengan nilai jualan berjumlah RM41.9 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Karnival KPDN 2025 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan, Tanah Putih di sini pada Sabtu.

Pada karnival tersebut, Fuziah turut melancarkan gula berjenama Gula Rahmah yang akan dijual di setiap PJRM di seluruh negara pada harga RM2.70 sekilogram.

Fuziah memberitahu, PJRM turut memberi peluang kepada peniaga kecil dan usahawan tempatan untuk terlibat sama dalam pelaksanaannya.

“Melalui kempen Beli Barang Malaysia (BBM), seramai 53 usahawan tempatan terlibat dan membuka gerai jualan di sini di bawah program Jom Lokal.

“Kita juga mengadakan Karnival Kerjaya serta pameran daripada pelbagai agensi bagi memberi manfaat kepada seluruh warga Pantai Timur, khususnya di Pahang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, KPDN telah memberi kelonggaran tambahan kuota simpanan stok barang kawalan sebanyak 30 peratus kepada pemborong berlesen sebagai persediaan menghadapi musim banjir.

“Kita telah menetapkan dasar supaya pemborong boleh menambah kuota simpanan stok mereka sebanyak 30 peratus.

“Langkah ini membolehkan mereka menyimpan lebih banyak barangan kawalan supaya bekalan tidak terputus sekiranya berlaku banjir dan laluan utama terjejas,” tambah beliau.

Menurut Fuziah, KPDN juga menyediakan stok khas barangan kawalan dan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan bekalan keperluan asas di kawasan terjejas sentiasa mencukupi.

“Pemantauan juga akan dipertingkatkan bagi memastikan harga barangan kekal terkawal sepanjang musim banjir.

“Kita pastikan harga di kawasan yang dilanda banjir dikawal dan keperluan asas seperti bahan memasak serta makanan kering sentiasa mencukupi,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai produk Gula Rahmah, Fuziah berkata, Gula Rahmah itu dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan dijual di Jualan Rahmah Madani tanpa menerima sebarang insentif kerajaan.

“Setiap bulan kerajaan membelanjakan sebanyak RM42 juta bagi memastikan gula dijual pada harga RM2.85 di pasaran, namun bagi Gula Rahmah ini, ia dijual lebih murah tanpa subsidi,” katanya. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.