script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Perjuangan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Rejim Israel Jadi Pembakar Semangat Rakyat

KUANTAN: Perjuangan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Israel menjadi pembakar semangat kepada seluruh rakyat untuk terus bersatu, kata Wan Rosdy

Menurutnya, kesemua 23 sukarelawan GSF dari Malaysia yang ditahan tentera Israel telah selamat dibawa keluar dan tiba di Istanbul, Turkiye.

"Perjuangan mereka bersama sukarelawan antarabangsa sebagai pembakar semangat untuk terus menegakkan keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan sejagat.

"Semoga ALLAH SWT terus melindungi mereka, mengurniakan kekuatan kepada seluruh sukarelawan kemanusiaan dan memberikan kemenangan kepada rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan tanah air serta maruah mereka," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Beliau turut menzahirkan rasa lega atas keselamatan sukarelawan yang berjuang membawa misi kemanusiaan ke Gaza demi membela nasib rakyat Palestin yang terus ditindas.

"Syukur Alhamdulillah, kesemua sukarelawan GSF dari Malaysia yang sebelum ini ditahan rejim Israel telah dibawa keluar dan selamat tiba di Istanbul, Turkiye," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kesemua sukarelawan GSF kini dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon, Israel dan seterusnya ke Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.

Mereka diterbangkan menggunakan pesawat khas dari Turkiye selepas rundingan diplomatik pelbagai hala dan mendapat persetujuan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk menguruskannya.

Peserta kini sedang diselaraskan untuk transit di Istanbul bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.