script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Imam Masjid Sultan Abu Bakar Janda Baik Yang Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu, Dijumpai Selamat Di Sabak Bernam

BENTONG: Seorang imam Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik di sini yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah resort di Sabak Bernam, Selangor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Ahmad Zalmi Abdul Ghafar, 57, pada jam 1.14 pagi tadi.

Beliau berkata, keluarga mangsa berjaya mengesan keberadaannya di resort berkenaan sekitar jam 12 tengah hari, namun mendapati lelaki itu sudah mendaftar keluar.

"Pada jam 9.40 malam tadi, anak mangsa menghubungi Balai Polis Bukit Tinggi dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah pulang ke rumah di Janda Baik dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, anaknya, Muhammad Syafique Aimie Ahmad Zalmi, 37, ketika dihubungi Bernama berkata, tujuan ayahnya pergi ke Sabak Bernam adalah untuk mencari pekerjaan.

"Ayah tidak memaklumkan kepada keluarga mengenai hasratnya untuk mencari kerja. Dia ke resort itu tanpa wang dan hanya membawa barang keperluan kerana mendakwa ada tawaran kerja kosong di kawasan berkenaan,” katanya.

Syafiq berkata, mereka sekeluarga gagal menghubungi ayahnya kerana telefon bimbit lelaki itu rosak. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.