script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Program 'Hogoh Jelai' Anjuran Perikatan Nasional (PN) Peluang Terbaik Pemimpin Pembangkang Tengok Keistimewaan DUN BN

LIPIS: Program 'Hogoh Jelai' anjuran Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan malam esok adalah peluang terbaik pemimpin pembangkang melihat lebih dekat keistimewaan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata terdapat dua kampung dalam kawasan DUN Jelai, Kampung Tanjung Gahai dan Kuala Medang pernah diiktiraf sebagai kampung lestari peringkat negeri dan kebangsaan.

"Kita ada bermacam-macam benda yang menarik di Jelai, kita ada sungai dan makanan yang enak.

"Saya dengar pemimpin utama PN akan datang (malam esok)... saya memang mengalu-alukan dan mereka boleh datang dan lihat sendiri apa yang 'special' di Jelai," katanya ketika berucap merasmikan Hari Statistik Negara dan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Laman Sejahtera, Sungai Koyan, dekat Lipis, hari ini.

Hadir sama Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Wan Rosdy ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai sejak Mac 2004.

Program 'Hogoh Jelai' anjuran PN dijangka berlangsung di Jalan Betau - Cameron Highlands, dekat Sungai Koyan, bermula jam 9 malam esok.

Antara pimpinan utama PN dijadualkan hadir Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Selain itu, pimpinan daripada Gerakan juga bakal hadir dalam program berkenaan.

Difahamkan, PN juga akan melancarkan jentera pilihan raya dan himpunan penyokong bersempena siri jelajah PN Teraju Pahang itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim menyifatkan tindakan PN menganjurkan 'Hogoh Jelai' di kawasan Wan Rosdy sebagai langkah terdesak gabungan pembangkang.

“Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba datang buat onar di tempat orang. Inilah perangai mereka dari dulu sampai sekarang amalkan politik sempit dan penuh kebencian,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuantan, hari ini.

Dia berkata program itu juga tidak relevan dan menggambarkan amalan politik sempit serta penuh kebencian yang cuba diterapkan pembangkang. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.