script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy Turun Padang Santuni Rakyat Dalam Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Yang Diadakan Di Kawasan DUN Cheka

LIPIS: Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyantuni rakyat serta memahami permasalahan sebenar yang dihadapi di peringkat akar umbi.

Program turun padang itu diketuai oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan serta wakil agensi berkaitan yang berlangsung serentak di 10 lokasi berbeza sekitar DUN Cheka, semalam.

Wan Rosdy berkata penganjuran program itu merupakan platform penting bagi kerajaan negeri menilai secara langsung keperluan rakyat serta merancang pembangunan yang lebih seimbang di seluruh negeri.

“Kita mahu pastikan setiap rakyat, terutama di kawasan luar bandar, mendapat perhatian sewajarnya dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri,” katanya.

Penduduk Kampung Tanjung Lipis, Mohd Azmi Ismail, 45, pula melahirkan rasa terharu atas kehadiran rombongan kerajaan negeri ke kawasan mereka.

“Kami berterima kasih dan rasa sangat bertuah kerana pemimpin negeri sendiri turun melihat keadaan sebenar di kampung. Ini menunjukkan kerajaan negeri benar-benar mengambil berat dan berusaha memberi peluang pembangunan kepada rakyat luar bandar,” katanya.

Setiap lokasi yang dipilih dalam siri jelajah itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan menonjolkan potensi besar dalam sektor ekonomi, pertanian, sosial, pelancongan serta pembangunan komuniti luar bandar selaras matlamat Pahang Maju, Hijau dan Makmur. #MalaysiaAktif

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.