script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Young Syefura: Gerak Kerja DAP Di Pahang Tidak Pernah Berhenti Meskipun Pilihan Raya Umum (PRU) Masih Jauh

SHAH ALAM: Gerak kerja DAP di Pahang tidak pernah berhenti meskipun Pilihan Raya Umum (PRU) masih jauh, kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Beliau berkata, tumpuan kini diberikan kepada usaha mendekati rakyat di semua peringkat tanpa mengira kaum bagi memastikan kehadiran wakil rakyat sentiasa dirasai dan keperluan mereka diberi perhatian.

“Bagi saya, kerja kami tak pernah terhenti selepas menang pilihan raya. Kami terus turun ke kampung, taman dan kawasan pelbagai kaum termasuk Cina, India, Melayu dan Orang Asli untuk memastikan kehadiran kami dirasai dan keperluan rakyat dipenuhi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sempena Rumah Terbuka Hari Deepavali Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu di Kompleks Perumahan Exco, Seksyen 7 di sini pada Isnin.

Young Syefura turut yakin hubungan baik antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan terus memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri.

“Kerjasama kami dengan BN di Pahang berjalan dengan sangat baik. Akhirnya terpulang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk mereka.

“Yang penting, kami memastikan segala keperluan dan bantuan daripada kerajaan negeri serta persekutuan sampai terus kepada rakyat,” tambahnya.#SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.