script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

SPR: PRK Kajang, Tindakan PKR Bukanlah Alasan Baik


PETALING JAYA - Meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat yang dipilih dengan sewenangnya bukan alasan yang baik untuk mengadakan pilihan raya kecil, kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, kekosongan biasanya akan berlaku apabila ada kematian atau wakil rakyat tersebut 'dipaksa' untuk mengosongkan kerusi itu. Di bawah Artikal 48, wakil rakyat mesti melepaskan kerusinya jika didapati atau diisytiharkan sebagai antara lain tidak sempurna akal, muflis atau telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada setahun atau denda RM,2000 dan ke atas. Abdul Aziz berkata, kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sepatutnya boleh dielakkan. Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Feb ini bagi menentukan tarikh pencalonan dan pembuangan undi di Kajang. Lee merupakan seorang peguam adalah muka baru yang mewakili PKR pada PRU-13 lalu. Beliau berkata, peletakan jawatan ini adalah untuk "kebaikan dan kekuatan Pakatan Rakyat yang mempunyai kemampuan untuk mengurus negeri Selangor". #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. memanglah bukan langkah atau alasan yang terbaik sebab BN tak berani nak letak calon, SPR ni kita tahu sangat sebagai barua BN, bila diorang rasa BN (terutamanya UMNO) bermungkin besar akan dihumban oleh pengundi - walau di Parlimen / Dewan Undangan Negeri mana sekali pun. Budak-budak sekolah rendah pun boleh baca mentaliti Pengerusi SPR ni. Dalam erti kata lain UMNO dan BN takut dan kecut telor apabila diadakan sebarang Pilihanraya Kecil dalam keadaan gawat seperti ini, dan mungkin pihak SPR takut kerana agaknya mereka dapat merasakan BN sukar untuk memenangi hati rakyat dan memenangi PRK kali ini - ('mungkin' dan 'agaknya' digunakan disini sebab tiada siapa boleh mendahului takdir; bukan macam pihak UMNO yang dengan yakin dan konfidennya berkata akan merampas kembali kelantan semasa PRU 13 yang lalu)- there you had it, Allah buktikan " how wrong you are ! scum "

    BalasPadam
  2. Rasanya lebih besar pengkhianatan bagi sesiapa yang pernah berjanji dengan akujanji "janji ditepati" (yang akhirnya janji dicapati) dan mereka yang setelah memenangi PRU sebagai ADUN kemudiannya mengisytiharkan keluar dari 'Pakatan' dan menjadi calon bebas yang menyokong pihak yang ditentangya semasa pilihanraya umum sebelum itu dan menyebabkan berpindahnya kuasa pemerintahan sebuah negeri kepada pihak yang sebelum itu terbukti tertewas dalam Pilihanraya Umum. Itulah pengkhianat yang paling besar yang dilakukan oleh 'wakil rakyat' terhadap rakyat yang diwakilinya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.