KUALA LUMPUR 22 Ogos - Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat yang dilemparkan kepadanya dan yakin kebenaran dalam kes fitnah tersebut akan terbukti kelak walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Anwar berkata demikian ketika memberi kenyataan membela diri dari kandang tertuduh di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam kenyataan
Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat yang dibaca Anwar itu menegaskan kembali bahawa tuduhan terhadapnya merupakan fitnah yang telah direka dan berniat jahat.
“Saya sama sekali menafikan tuduhan terhadap saya. Saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu, Mohd Saiful. Dakwaannya adalah satu pembohongan terang-terangan, jahat dan ia akan dibuktikan. “Ini ialah satu percubaan buruk dan keji untuk mencemarkan nama baik saya. “Saya mengulangi bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh karekter, mencemar reputasi dan mengancam saya dengan 20 tahun lagi hukuman penjara, tetapi saya tidak akan menyerah. “Sebaliknya, kebenaran akan terbukti kelak. Apa pun terjadi saya tidak menyerah kalah,” kata Anwar Ibrahim lagi.
[Dalam kenyataan itu juga, Anwar menjelaskan secara panjang lebar mengenai kegagalan pihak pendakwa bersikap profesional, hakim yang dilihat berat sebelah dan bukti-bukti dalam kes itu. Antara disentuh termasuk hubungan antara pengadu Saiful Bukhari dengan Timbalan Pendakwaraya, Farah Azila Latif sehingga menyebabkan penggugurannya dari pasukan pendakwa. Ia termasuk kegagalan mahkamah memanggil saksi alibi seperti pemilik kondominum di mana tempat kejadian itu dikatakan berlaku, Hasanudin Mat Isa dan ugutan polis yang diterimanya].
Cara pengomen pertama memulakan komen melambangkan kegelapan hati nya , baginya tiada beza bulan puasa dgn bulan lain...semoga diberi hidayat kepadaya..
BalasPadamkorang ni tau agama ke tak?
BalasPadammak bapak korang tak ajar ilmu agama ke? ikut napsu iblis macam ni lah korang jadinya... neraka tu amat pedih siksanye.. ingatlah..
Anon 1:14:00
BalasPadamKalau orang kata Anwar sodomi,itu ikut nafsu Iblis.Tapi Anwar yg melakukan sodomi,itu nafsu apa ye,malaikat ke?.
Kawan tu dah memang percaya Anwar kaki sodomi biar ke dia lah,tak kan kau nak bangkitkan sampai mak bapak dia apa hak kau.Kau tu baik sangat ke?.Takan lah kerana jadi penyokong PR automatik kau jadi org baik.Yang penting kita cermin diri sendiri.
anon Tuesday, August 23, 2011 1:15:00 PM
BalasPadamyang kau lak suka2 menuduh org yang belum tentu bersalah tu dah dikira baik?...kau yang patut cermin diri.jgn menuduh tanpa bukti.mahkamah belum tentukan sapa salah kan?..bukan ke itu dah jadi fitnah????....