script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Anwar Pilih Untuk Beri Keterangan Dari Kandang Tertuduh Supaya Kenyataannya Tidak Di Periksa!

KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan. Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon. Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok). Jika Anwar pilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas pihak pendakwaan dan keterangannya itu dianggap lebih berwibawa.

[Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi. Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Jika beliau disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat].
Share:

14 ulasan:

  1. aku memang lansung 0.00001% pun tak percaya yg anwar mliwat si saiful ni tp inilah rekayasa terkeji di abad ni, anwar dari zaman bujang nya solat tahajud menjadi rutin hidup nya dgn kekuatan ROHANIAH nya seseorang itu sukar utk melakukan perkara keji yg di kutuk Allah swt meski pun beliau bukan MAKSUM, ingat lah saiful anda telah menempah satu tempat di NERAKA Allah swt kamu hanya mengejar dunia tp kamu lupakan akhirat bukan sj dia tp mrk2 yg bersekongkol dlm hal ini...itu lah dia manusia di akhir zaman mrk tak terfikir bahawa dunia slps mati adanya syurga dan neraka, kes liwat 1 pun setelah anwar di hukum atas salah guna kuasa bukan krn LIWAT. org2 kg bertanya kpd Azizan bekas pemandu isteri nya supaya berkata benar krn Allah dan azizan mengaku bahawa anwar tidak meliwat nya tp beliau tiada pilihan bermakna di sini ada tekanan dari tgn2 ghaib...org2 yg beriman boleh berfikir secara matang bukan secara ikut2an atau sebagai pencacai..

    BalasPadam
  2. Anwar memilih utk tidak di soal balas,seperti mana yg berlaku dalam cara beliau mengurus parti dan penyokongnya.Penyokong beliau tidak pernah mempersoalkan apa-apa yg Anwar lakukan dan ucapkan,jadi seronoklah beliau berbuat apa saja.

    Kalau di soal balas kantoi lah Anwar,dan pecah lah tembelangnya secara terbuka.Tapi bila tidak di soal balas,hanya hakim yg dapat menilai jika ada sesuatu yg tidak kena.Diharaap hakim akan membuat penilaian dan penghakiman yg adil.

    BalasPadam
  3. kes liwat 1 anwar dihukum krn salah guna kuasa,bknnya kes liwat,yg diwar2kanya dlm media kes liwat,kesian anwar,apalah punya jahatnya kerajaan ni,mula2 tuduhan meliwat lepas tu takda bukti tuduh pulak salah guna kuasa,skrang tuduh lagi liwat2,apa nk jadi dgn malaysia ni,klau nk berkuasa sekali pun jgnlah fitnah sesama manusia...

    BalasPadam
  4. Berani kerana benar, takut kerana salah.
    Amatlah ganjil dalam dia mengatakan ada konspirasi yang bersungguh-sungguh untuk memfitnah beliau, tidak pula dia bersungguh-sungguh untuk memberi keterangan membela diri, yakni keterangan yg boleh disoalbalas walaupun telah diberitahu oleh hakim bahawa keterangan yg boleh disoalbalas adalah lebih berwibawa.
    Apa yang Anwar takutkan? Apa yg hendak dia sembunyikan?
    Tuan2 dan puan2, buatlah kesimpulan sendiri.

    BalasPadam
  5. Banyak perkara yg didedahkan di kamar hakim,di awal perbicaraan dulu tidak di ketahui umum.Barangkali Anwar cuba mengelak dari di kaitkan dgn perkara tersebut oleh pihak pendakwa,jika ia boleh di soal balas.Kalau ini berlaku malu lah dia,sedangkan KS sudah pun berusaha utk mengelak perkara tersebut di ketahui umum dgn memohon perbicaraan tertutup di kamar hakim di awal perbicaraan dulu,satu permohonan yg pelik,kerana biasanya ianya akan di minta oleh pihak 'mangsa',bukan tertuduh.Hanya org bijak saja dapat membaca tindak tanduk Anwar utk menyelamatkan maruah.

    BalasPadam
  6. Kalau di baca penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes sodomi satu dahulu,walau pun Anwar di bebaskan namu para hakim tidak menolak berlakunya sodomi.KS mencadangkan supara para ini di pinda oleh mahkamah Persekutuan,tetapi senyap begitu saja.Ertinya para tersebut kekal dan pembebasan Anwar bukan kerana sodomi tidak terjadi.Di harap para penyokong Anwar kerana faham.

    BalasPadam
  7. anon 139...knpa senyap begitu saja pulak!!!! ,ini bukan kes curi ayam lah beb..boleh senyap2.klau dah takda bukti terima sajalah,jgnlah nk banyak songeh...ko ckap ni mcm budak tadikalah bro..hahaha...

    BalasPadam
  8. skrang ni aku dgr najib,rosmah,musa hassan taknak pegi makamah apa crita ni?????[penakut la tu] berani kerana benar takut keran salah,skrang ni dia oarang ni berani ke takut....hahaha100x

    BalasPadam
  9. Semang kamu tunggu lah pula balasan Allah keatas kaum keluarga kamu pula, kamu ada anak, kamu ada isteri dan kamu juga tentu nya ada kaum keluarga dan aku sangat yakin dengan ketentuan illahi, kamu akan menerima pembalasan didunia ini juga dari apa yang tangan tangan kamu kerjakan. Banyak sudah pengajaran yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri, terpulang lah kalau kamu mau menerima atau dengan komen dan peringatan yang aku tuliskan disini membangkitkan kesombongan kamu lebih lebih lagi, pembacalah yang akan menilaikan, terpulang... Sedangkan mahkamah bukan saja ada hakim yang tentu nya boleh buat saja keputusan untuk meletakan tuduhan dan membuat keputusan mengejut walaupun ia nya disukai atau pun tidak, pun tidak mampu memutuskan keputusan nya sekarang, tetapi kamu dah beberapa bulan berlarutan tetap telah menjatuhkan hukuman bahkan menambah-nambah cerita fitnah mengikut cita rasa kamu dengan pelbagai tuduhan dan perasangka yang amat buruk yang entahkan benar entah tidak. Banyak kali aku ikuti komen kamu, memang jelas apa yang telah kamu tuliskan dan gambaran yang kamu hidangkan. Segala paparan kamu, perbuatan dan tingkah laku Anuar lahir dari hati kamu yang sangat busuk, olahan2 cerita kamu membuat penilaian berdasarkan hasad dengki dan rekaan semata-mata.
    Jangan lah berlagak sombong semang untuk meyakinkan pembaca blog dengan segala cerita cerita rekaan yang kamu ada adakan, seperti gambaran pengakuan kamu sebelum ini berapa rapat nya kamu mengenali Anuar seolah olah tidur sebantal makan sepinggan yang isteri dan anak2 Anuar sekalipun tak mungkin berada dalam lingkungan situasi seperti begini, seperti mana yang kamu gambarkan dalam komen2 mengarut kamu sebelum ini.
    Seandainya kamu lah orang yang amat lengkap pengetahuan tentang segala keburukan yang dimiliki Anuar, mengapa mahkamah tidak memanggil kamu saja sebagai saksi kes ini Smang ??? atau sekiranya kamu telah tercicir senarai sebagai saksi utama buatlah saja lapuran polis dari awal dulu supaya mudah kerja mahkamah dan pendakwa sebab saksi2 yang ada seperti Najib Tun Razak, Rosmah Mansur, bekas KPN Musa Hassan dan yang lain2 hampir tidak berwibawa sedikit pun sekejap nak jadi saksi lepas itu bila tiba masa untuk disoal peguambela tukar pendirian pula tak mahu pula jadi saksi.
    Ini tidak... kamu berlagak sebagai saksi utama diluar sahaja dan juga sebagai hakim mahkamah kedua yang telah menjatuhkan hukuman dari luar mahkamah, cerdik ke nama nya tu.
    Peringatan buat kamu smang sekali lagi, ingat sayang sedikit kalau tak pada diri sendiri pun tapi sayangkan anak dan isteri kamu, sesungguhnya...
    "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

    "Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu mencuba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi. Bahwasanya kamu tak punya daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati".

    BalasPadam
  10. sman?...ko malaikat ker yang sentiasa memerhati?...jgn emo sgt.. aku selalu tanya ko,ko nampak ker anuar meliwat si saiful tu?..klu tak nampak, baik senyap..klu ko bising,nampak sgt kebodohan tu...

    BalasPadam
  11. sman oi sman.....jawab la kalau ko nampak SENDIRI yang DSAI meliwat saiful?????.......daripada artikel lepas2 dah aku tanya ko,tak terjawab pung....takpa,aku tunggu...

    BalasPadam
  12. anon 1:48:00,

    Yang senyap tu KS,tidak meneruskan permohonan belaiu,mungkin keran tidak mahu rakyat sedar akan implikasi keputusan tersebut,jadi lebih baik di diamkan saja.Kau orgn ni lembab sangat tak tahu apa yg berlaku ,patutlah mudah di tipu dek Anwar.

    BalasPadam
  13. sman.......maknanya ko tak nampak la si saiful kena liwat???..cis,cakap melambung,macam dia je yang betul..aku tak percaya ko..spisis penipu..

    dah la sman,jgn nk kutuk2 org lagi.dah penghujung ramadan dah,banyakkan bertaubat...opsss..nanti ko yang suruh kami bertaubat kn?.. tak payah la ko susah2 dok mikir pasal ni.biarlah mahkamah yang tentukan yerrr....

    BalasPadam
  14. anon Tuesday, August 23, 2011 11:19:00 AM

    ko ada bukti ker?...benda tu berlaku depan mata ko ker?...setakat cakap merapu, tak payah la nak komen2 cmtu.buat tambah dosa jer..nyampah aku bc...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.