script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Khairy' Sanggup Terima Keputusan Kalau Perdana Menteri Rasa Dia Calon Yang Akan Kalah

KOTA BHARU 21 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (foto) berkata, beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang. Beliau berkata, keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang. "Jika Presiden UMNO memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya. Khairy berkata, perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa. Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan UMNO tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.

[Dalam hal ini, Khairy Jamaluddin nampaknya sudah mula sedar yang khidmatnya sudah tidak lagi diperlukan oleh parti itu. Bermula dari awal kuasa beralih dari "bapa mertuanya Pak Lah" kepada Najib Razak, jelas dapat dilihat Khairy kini umpanan KJ yang terbuang. Beliau merupakan satu-satunya Ketua Pemuda UMNO yang tidak terpilih menyertai kabinet Barisan Nasional. Ia satu penghinaan dalam diam yang tidak disangka oleh ramai pemimpin UMNO sebenarnya. Namun, Khairy seolah-olah masih tidak sedar akan perkara ini. Beliau kini mula nampak tanda-tanda karier politiknya bakal berakhir menjelang PRU-13 nanti. Apakah wajar seorang Ketua Pemuda UMNO tidak terpilih sebagai calon pilihanraya. Jika ini berlaku, maka Khairy sekali lagi menempa sejarah baru dalam politik negara. Apapun, semoga beliau tabah melalui keperitan perjuangannya].

Share:

2 ulasan:

  1. Khabarnya Khairy akan tubuh parti baru kalau x tercalon. Namanya parti UBNO. B for Bangladesh.

    BalasPadam
  2. hahahahaha....setuju sesangatt...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.