script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pertemuan Duta AS Dengan Pembangkang Di Hotel Hyatt, 'Tiada Dalam Jadual' Sebenarnya !

KUANTAN, 1 Okt - Kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat, Paul W.Jones (foto) ke Pahang pada Selasa lalu nampaknya menimbulkan kontroversi. Sebelum ini PDO ada mendedahkan berkenaan satu pertemuan sulit antara Duta terbabit dengan pimpinan pembangkang (Pakatan Rakyat) yang diketuai oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Difahamkan pertemuan tersebut telah diadakan di Hotel Hyatt dekat sini. Persoalannya yang timbul, benarkah pertemuan yang dikatakan "sulit" itu telah dirancang atau secara tidak sengaja?. Ini kerana terdapat dakwaan daripada pihak tertentu mengatakan pertemuan antara pemimpin pembangkang itu adalah tidak termasuk di dalam jadual rasmi Duta terbabit (Klik Sini). Cuma, beberapa orang pemimpin pembangkang dikatakan telah menunggu kehadiran beliau dilobi hotel terbabit tanpa ada "temujanji" yang sepatutnya. Lantara itulah pertemuan "santai" itu hanya berlaku seketika dan bukanlah secara rasmi seperti yang didakwa. Maknanya, tidak ada apa-apa perkara penting yang dibincangkan dalam pertemuan ringkas terbabit. Cuma gambar-gambar diambil sebagai membuktikan kononnya ada pertemuan khas yang telah dirancang sejak dari awal. Apakah benar dakwaan ini atau itulah hakikat sebenarnya.


Adnan dikatakan telah lebih awal adakan pertemuan dengan Duta tersebut

Gambar pertemuan Duta Amerika dengan pemimpin pembangkang Pahang

[Difahamkan, pada sebelah pagi hari tersebut Duta berkenaan telah terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob di lokasi yang sama. Adnan kemudiannya memandu kenderaan bersama Duta terbabit untuk mengadap Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah dikediamannya dekat Pekan. Pertemuan Duta itu dengan Sultan Pahang adalah atas dasar hubungan diplomatik dan juga menjunjung kasih memandangkan beliau baru bertugas di negara ini. Persoalannya, apakah benar pertemuan dengan pemimpin pembangkang itu tidak dirancang dan tiada dalam jadual atau pun sebaliknya. Jika tidak dirancang, maknanya gambar-gambar yang diambil di sekitar lobi hotel terbabit mungkin juga adalah sebagai gimik semata-mata bagi membuktikan kononnya ada pertemuan sulit diadakan dengan Duta berkenaan. Walhal ia berlaku secara tidak sengaja agaknya. Semua ini menimbulkan kemusykilan yang cukup kontroversi sekarang].
Share:

6 ulasan:

  1. Baguslah PR Pahang dapat bertemu dengan Duta Amerika, tapi jangan lupa, Amerikalah Imperialis dunia, yang menjahanamkan Palestin, Iraq,Vietnam, Afghanistan, mereka mempunyai agenda mereka sendiri bila nak bertemu PR.

    BalasPadam
  2. Saya setuju sangat dengan pendapat diatas.

    Tapi kerajaan juga harus memutuskan hubungan dengan APCO Yahudi. Selain menjahanamkan duit negara RM70 juta setahun mereka juga ada agenda jahat.

    Dalam Al Quran sendiri menegaskan jangan kita meminta nasihat dari Yahudi dan Nasrani nanti kita akan sesat.

    TQ.

    BalasPadam
  3. saya sokong pendapat anda berdua

    BalasPadam
  4. APCO tu sahabat Njib Rosmah,bukan Umno.Najib &Rosmah gila publisiti,takut Mahyuddin tendang dia keluar.Aku walau pun orang Pahang,tapi kalau dari Umno,aku lebih suka Mahyuddin jadi PM,kalau PM dari PR aku suka Karpal Sing,sebab dia nampak konsisten.

    BalasPadam
  5. Kenapa PDO membuat andaian dan tidak rojok kepada pimpinan PR dari PKR, PAS dan DAP. Kejujuran adalah standard kewartawanan yang mulia!

    BalasPadam
  6. setakat berjumpa dgn DUTA negara uncle sam pengkhianat umat manusia beragama islam ini pun nak di kontroversikanke???tak payah nak cerita lebih2lah PDO.. carilah isu yg lain yg mungkin lebih menguntungkan buat rakyat setakat nak jumpa DUTA ni pegi jahanamlah...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Penuntut Wanita Sebuah IPTA Maut, Kereta Yang Dipandu Hilang Kawalan Lalu Terbabas KM 25.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.