
KUANTAN, 3 Okt - Kecewa dengan UMNO, seorang Ketua Cawangan parti itu bersama lebih 50 orang penyokongnya bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau yang hanya dikenali sebagai "Hassanuddin" merupakan Ketua UMNO Cawangan Indera Mahkota 1, telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dalam satu majlis di Restoran Saji Rahmat dekat sini petang semalam. Pada majlis itu juga PKR Ranting Indera Mahkota 1 ditubuhkan dan beliau dipilih sebagai Ketua Penaja ranting terbabit. Dalam ucapan ringkasnya, Hassan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR selepas melihat UMNO kini semakin tersasar dari arus perjuangan. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, mereka lebih berselera mengenyangkan tembolok masing-masing dengan mengejar kekayaan peribadi masing-masing. Akhirnya rakyat dipinggirkan dan kebajikan hanya dijaga bila tiba musim pilihanraya seperti sekarang ini. Pada majlis ringkas itu, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota Lee Chean Chung juga turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan syabas kepada Hassan yang berjaya menaikkan semangat PKR di cabang itu. Beliau berharap dengan kemasukan Hassan dan pengikutnya, maka cabang Indera Mahkota akan diperkukuhkan lagi dalam usaha mengekalkan kerusi parlimen itu yang dinenangi pada PRU-12 yang lalu.
[Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN Pahang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang) serta lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat. PKR Indera Mahkota sebelum ini dianggap cabang yang paling banyak bergolak apabila krisis kepimpinan parti menyebabkan Timbalan Ketua Cabangnya, Ibrahim Sidek bertindak keluar dan menyertai UMNO. Kemudian berlaku banyak krisis dalaman yang lain semasa pemilihan parti itu Oktober tahun lalu. Namun pemilihan semula tidak dijalankan kali ini memandangkan ia tidak sampai 30% yang dibenarkan. Apapun, peluang untuk kedua-dua parti menang di Indera Mahkota tetap cerah sebenarnya. Tambahan pula perubahan jelas dapat dilihat di sana sini. Cuma strategi sahaja yang perlu].
[Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN Pahang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang) serta lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat. PKR Indera Mahkota sebelum ini dianggap cabang yang paling banyak bergolak apabila krisis kepimpinan parti menyebabkan Timbalan Ketua Cabangnya, Ibrahim Sidek bertindak keluar dan menyertai UMNO. Kemudian berlaku banyak krisis dalaman yang lain semasa pemilihan parti itu Oktober tahun lalu. Namun pemilihan semula tidak dijalankan kali ini memandangkan ia tidak sampai 30% yang dibenarkan. Apapun, peluang untuk kedua-dua parti menang di Indera Mahkota tetap cerah sebenarnya. Tambahan pula perubahan jelas dapat dilihat di sana sini. Cuma strategi sahaja yang perlu].
Umno masuk PKR dan PKR masuk UMNO.......ini semua cerita dongeng zaman batu daaaaaa.
BalasPadamNuuuu yg penting yg tak menjadi ahli-ahli mana2 party lagi penting dan patut dijaga.
Kadang2 puak katak ni bukan boleh dipercayai sangat.....kalau dengan party asal mereka boleh kencing,tak mustahil degan party baru mereka sertai ini akan diberakkan mereka nanti........
hasan Gan....
BalasPadamKeluar dan masuk parti adalah hak masing-masing.
BalasPadamYang penting bukan KUANTITI tapi KUALITI.
Kuantiti yang penting dalam pilihanraya bukan kualiti, itu sebabnya UMPORNO kutip segala Indon, Bangla, Pilipino, Myanmar setan dan iblis jadi warga negara segera untuk undi umporno. Nak harap ke Melayu undi umporno dah tak yakin dah sebab umporno lama sangat dok tipu melayu. Melayu yang masih sokong umporno hanyalah yang teloq dah kena kasi.
BalasPadamapa nk heran minggu dpn masuk balik umno dh dapat habuan....tunggu n lihat aje...
BalasPadambetul betu betul hehehehe
BalasPadamBETUL KE NI?? XKENAL PUN MAMAT TU
BalasPadamNak masuk parti mana pun tak kesahlah asalkan kita tahu apa yg kita buat dan kemana halatuju kita didunia dan di akhirat.Kita juga kena mengambilkira nasib masa depan anak cucu kita.Ramai yg kesana kemari hanya ikut-ikutan dan kekadang hanya melepaskan geram.
BalasPadamAku memilih untuk tidak masuk mana-mana parti buat sementara waktu,tapi aku tetap membuat persediaan yg rapi walau parti mana pun yg memerentah nanti.Aku tidak mahu menjadi Pak Kadok yg menang sorak kampung tergadai,atau lebai malang yg di kejar tak dapat yg di kendong berciciran.Aku kena menilai diri sendiri terlebih dahulu dan perbaiki mana yg lemah,supaya tidak tercicir sekiranya perubahan besar berlaku.
Aku rasa perubahan besar akan berlaku sedikit masa nanti,tak kira siapa pun yg memerntah.Andainya PR memerentah,agenda buku jingga menungu,dan aku terpaksa mengikuti arus parjalanan buku jingga tersebut.
Atau mungkin juga BN akan terus memerntah,perubahan besar juga akan berlaku,kemenganan BN akan menjadikan Najib lebih berkuasa,ini sudah tentunya agenda semangat 1 Malaysianya akan di laksanakan oleh beliau bersungguh-sungguh.Arus perjalanan 1 malaysia ini juga bukan sesuatu yg mudah untuuk kita harungi.Sistem atau dasar meritokrasi akan kian di implimentasikan,jadi sekali lagi betapa perlunya aku terpaksa memperbaiki kelemahan diri dan keluarga ku.Supaya, aku tidak lagi bertitlekan Melayu Lemah, Melayu Pemalas,Melayu Lembab,atau Melayu Subsidi dsb.
Ramai di antara kita yg bermati-matian mahu mengubah kerajaan,teruskan lah.Tapi jangan pula lupa mengubah diri sendiri.
kemasukan ahli mana2 parti ke sebuah parti yg lain melambangkan parti yg menerima kemasukan itu semakin mendapat sambutan. Dalam hal kemasukan ahli parti, baik umno atau PR di Indera Mahkota ada satu fenomena biasa sebenarnya. Kalau kita lihat setiap kali ada PRK, Indera Mahkota lah yg paling banyak berita atau pihak2 yg lompat parti ni. Pada aku tiada yg boleh dibanggakan dengan perkembangan ini. Tak caya.. Kita tunggulah waktu pilihanraya nanti.. Sure ada yg lompat parti lagi. Kenapa??? Masyukkkkkk....
BalasPadammungkin dia dh dpt hidayah dan xnak bersubahat dengan pemimpin2 yg menolak hukum hudud..
BalasPadam