
KUANTAN, 10 Ogos - Tindakan sebilangan Pegawai Imigresen Pahang mengherdik dan melontarkan kata-kata biadap terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang datang ke pejabat itu untuk mendaftar diri dalam program pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) amatlah dikesali. Mereka bukan sahaja bercakap kasar dan sombong, malah turut melayan PATI yang hadir ke pejabat tersebut seperti "binatang". Perkara ini dimaklumkan oleh orang ramai yang sempat menyaksikan kejadian tersebut baru-baru ini. Mereka terkejut kerana ada pegawai berkenaan yang bertindak diluar batasan, termasuk terjerit-jerit dan melontarkan kata-kata kesat terhadap PATI yang sedang beratur panjang untuk mendaftar. Bukan itu saja, malahan ada juga maklumat mengatakan seorang PATI warga Bangladesh telah dihentak dengan objek keras (telefon) di kepalanya gara-gara jari berpeluh semasa pendaftaran biometrik. Semuanya akibat tidak tahan melayan kerenah mereka ketika berurusan dengan pihak berkenaan. Ramai saksi mendedahkan dan melihat dengan jelas perkara ini. Mereka amat kecewa dengan apa yang berlaku. Malah ada yang hairan kenapa pegawai berkenaan boleh berkelakuan seperti itu di bulan Ramadan ketika mereka sendiri sedang menjalani ibadah puasa. Sepatutnya mereka lebih berhemah pada bulan yang mulia ini. Tetapi, senario yang telah berlaku adalah sebaliknya pula.
Kehadiran PATI yang ramai hingga ke luar pos pengawal Pejabat Imigresen

Inilah dia wajah salah seorang pegawai Imigresen yang dilaporkan biadap itu
Kehadiran PATI yang ramai bukanlah lesen untuk mereka berlaku biadap
Menurut seorang saksi yang membawa beberapa orang PATI mendaftar dalam program itu berkata sikap pegawai berkenaan tidak ubah seperti melayan hamba abdi. "Mereka sesuka hati memarahi PATI dengan kata-kata kesat. Bukan itu saja malahan ada juga yang tergamak cuba memukul mana-mana PATI yang cuba melawan atau menjawab", katanya. "Saya lihat sendiri didepan mata bagaimana beberapa orang PATI terpaksa menungguh begitu lama semata-mata untuk mendaftar. Ada sebilangan mereka datang sejak awal pagi dengan membawa bersama anak-anak kecil, tetapi sehingga jam 2.00 petang nama mereka masih belum dipanggil. Sedangkan pegawai terbabit memberi ruang sebebasnya untuk memanggil nama-nama majikan yang membawa parti masing-masing. Biar pun kita tahu mereka menyediakan kaunter yang berbeza di dalam pejabat berkenaan, tetapi sekurang-kurangnya berilah ruang dan keutamaan kepada orang-orang tua yang uzur terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak kecil", tambahnya lagi.
[Tinjauan kami ke lokasi kejadian mendapati, ramai PATI terpaksa berpanas terik dan beratur panjang untuk mendaftar program itu. Mereka bukan sahaja berhadapan dengan keadaan itu pada bulan Ramadan (bagi yang beragama Islam), malahan terpaksa pula berhadapan dengan karenah pegawai yang tidak berperikemanusian. Amatlah tidak wajar, PATI dilayan sedemikian rupa sedangkan kerajaan sendiri yang menawarkan program itu kepada mereka. Jika ini keadaannya, adalah lebih elok program itu tidak dilaksanakan. Sikap sombong dan angkuh pegawai seperti itu amatlah memalukan dan jelas sekali menjatuhkan imej kerajaan sendiri sebenarnya. Biar pun tidak semua yang bertindak demikian, namun mereka harus sedar akan tanggungjawab masing-masing. PATI juga adalah manusia atau makhluk Allah yang perlu dilayan seadilnya. Jika tidak lebih baik dipunggah kesemuanya dan dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Tidak perlu berbangga kononnya mereka terpaksa bekerja dari lewat malam hingga siang hari, kerana itulah tanggungjawab dan amanah yang telah diterima. Jika tidak mahu berhadapan dengan masalah, lebih baik mereka yang terbabit berhenti kerja. Di harap pihak yang berkenaan dapat memantau perkara ini demi menjaga imej negara. Di mana konsep mesra dan berbudi bahasa yang telah diwar-warkan selama ini agaknya].
Kehadiran PATI yang ramai hingga ke luar pos pengawal Pejabat Imigresen

Inilah dia wajah salah seorang pegawai Imigresen yang dilaporkan biadap itu
Kehadiran PATI yang ramai bukanlah lesen untuk mereka berlaku biadap
[Tinjauan kami ke lokasi kejadian mendapati, ramai PATI terpaksa berpanas terik dan beratur panjang untuk mendaftar program itu. Mereka bukan sahaja berhadapan dengan keadaan itu pada bulan Ramadan (bagi yang beragama Islam), malahan terpaksa pula berhadapan dengan karenah pegawai yang tidak berperikemanusian. Amatlah tidak wajar, PATI dilayan sedemikian rupa sedangkan kerajaan sendiri yang menawarkan program itu kepada mereka. Jika ini keadaannya, adalah lebih elok program itu tidak dilaksanakan. Sikap sombong dan angkuh pegawai seperti itu amatlah memalukan dan jelas sekali menjatuhkan imej kerajaan sendiri sebenarnya. Biar pun tidak semua yang bertindak demikian, namun mereka harus sedar akan tanggungjawab masing-masing. PATI juga adalah manusia atau makhluk Allah yang perlu dilayan seadilnya. Jika tidak lebih baik dipunggah kesemuanya dan dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Tidak perlu berbangga kononnya mereka terpaksa bekerja dari lewat malam hingga siang hari, kerana itulah tanggungjawab dan amanah yang telah diterima. Jika tidak mahu berhadapan dengan masalah, lebih baik mereka yang terbabit berhenti kerja. Di harap pihak yang berkenaan dapat memantau perkara ini demi menjaga imej negara. Di mana konsep mesra dan berbudi bahasa yang telah diwar-warkan selama ini agaknya].












24 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Layanan yg bagaimana perlu diberikan? Macam daftar ke dalam hotel? Pernah kah tuan pergi ke pejabat kedutaan Indonesia? Kalau tak pernah cuba pergi dahulu. Namun saya tak percaya kalau terdapat pelajar yg gunakan kekerasan semasa menjalankan tugas mereka. Saya percaya pegawai kerajaan di negara ini lebih baik dari peg di kedutaan Indonesia.
ambeekk kau siap ada muka lagi..yelah tensen jgk weh kalau dah ramai nak layan...dah la bahasa lain2 nak paham..
bukan pelajar tetapi pegawai
inilah masanya menguji kesabaran. memang susah nak memuaskan hati semua orang. Rasulullah pun berpesan, "BALASLAH KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN". Kalau kita pergi ke kedutaan indonesia mereka bersikap kasar kita jangan tiru dan balas pulak. dah berdendam namanya.
kakitangan kerajaan pon manusia jugak... blom lg dengar pati cakap yang imigresen ni hamba diorang... ye la.. sepatutnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ditukar pada rakyat malaysia/pegawai kerajaan diketepikan, pati diutamakna.. cam tu ker?? baik sangat Malaysia ni kan..
salah org nmpk,salah sendiri xnmpk.jgn pk nak untung jer...kalu setakat 1 hari jer tgk dan buat kesimpulan,baik xpayah.kalau baik hati sangat,tolonglah sediakan kemah yg berkipas serta tempat yang selesa untuk setiap pati yang datang untuk berdaftar. silalah manjakan mereka walhal adakah kamu tahu mereka ini telah menceroboh dan merampas hak rakyat malaysia sendiri.adakah kamu ingin membela nasib mereka yang telah menceroboh negara ini ?...fikirlah wahai saudara...
...............
Sombonglah kalian di dunia ni...walau pun PATI, tetapi mrk tetap hamba Allah.....dimana sekecil zarah pun perbuatan kita akan di tanya di hari akhirat nanti.....
Rasanya dah penat kerajaan lancarkan slogan mesra, senyum...tatapi pegawai pegawai macam nilah merosakkan imej kerajaan dan negara....
isu itu tidak timbul sebenarnya, saya slh seorg orang awam yang berada di pjbt imigresen pada hari terbabit, wartawan blok ini sebenarnya sengaja nmenggunakan kedudukan dia sebagai wartawan dengan menghentam pegawai2 terbabit setelah pegawai terbabit tidak membenarkan pati warga asing yang di bawa oleh wartawan ini memotong barisan yang panjang. siapa yg salah? pegawai yang bertegas atau
wartawan yang cuba mengambil kesempatan ini? selalunya bila penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan di ambil berat tp bila wartawan yang cuba melakukan kesalahan org buat tak tau saja
nak layanan macam mana lagi? sedangkan PATI ni dah lah melanggar undang-undang Malaysia. mereka bukan sahaja membawa masalah sosial pada negara tapi juga membawa masalah penyakit. pernah kah anda ambil tahu mengenai pegawai imigresen yang menjaga PATI yang telah ditangkap di jangkiti penyakit batuk kering dari PATI dan akhirnya meninggal dunia? pernah ambil tahu? hanya keadaan2 tertentu sahaja cepat sangat nak complaint. kamu lebih utamakan PATI yang sah-sah bukan rakyat MAlaysia berbanding pegawai2 imigresen yang sememangnya warga Malaysia dan selama ini mereka lah tulang belakang negara dalam isu PATI. ini namanya kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. sayang2 sangat lah kat PATI tu yer yang selalu membawa masalah pada negara. bila PATI melambak mula lah salahkan imigresen. sedap2 jer suruh orang berhenti kerja. kamu tu sepatutnya berhenti menghentam orang yang senegara dengan kamu dan berhenti juga membela orang yang telah mencabul undang-undang negara kamu.
tidak semua berita yang disiarkan oleh wartawan ini benar semuanya, kalu benar ada pati yg di hentak dengan telefon, tak kan majikan nak tgk saja? kenapa tak buat repot polis? jgn pula penulis yg di sabitkan kesalahan kerana mengeluarkan cerita2 yang tidak benar terhadap kakitgn kerajaan. ini boleh menjatuhkan imej mana2 jabatan sekiranya beritan ini hanya bertujuan untuk membalas dendam. siapa pengkianat sebenarnya pegawai yang bertegas atau seorg wartawan yg cuba mengambil kesempatan.
oh alkisahnya mcm tu? rupanya ada keinginan yang tidak dapat dipenuhi sebab tu cepat sangat nak buat berita fitnah. dalam entri ini bukan main lagi cerita pasal bulan puasa. tapi kamu memfitnah ni, tak ingat ini bulan puasa ker? kalau ada apa kejadian serta bukti boleh?????
kepada wartawan yg melaporkan berita ini cepat2 la bertaubat kepada ALLAH kerana melemparkan fitnah kepada orang yang menjalankan tugas demi negara dalam bulan puasa ni, bila bertegas dikatakan memaki hamun pati, bila buat tak tahu kata makan gaji buta?
patut la wartawan ini sayang sgt dgn pati rupanya dia pun ada bawak pati untuk mendaftar!!!!!!!! elok sgt la tu nak tutup kesilapan diri sendiri buat cerita tak betul terhadap pegawai yang bertugas tak pasal2 glemer pegawai tu muka masuk brita. kepada pegawai terbabit saya cadangkan, ambil lah tindakan undang2 terhadap penulis kerana buat cerita tak betul. saman je penulis ni baru tau undang2 untuk semua. hidup kakitgn awam.....
nama je wartawan tp tak berapa bijak itu lah kalau dah namanya fitnah mesti ada kelemahan dalam berita yng di siarkan,memang la nama pati tak kan di panggil sebab pegawai yg bertugas bukan kenal pun dengan pati tu, kalau la pegawai tu panggil nama mesti wartawan keluarkan cerita fitnah yg lain pulak,kesian pegawai tu nak bertugas pun kena fitnah. saya kagum dengan wartawan kerana sayangkan pati, pegawai negara sendiri di fitnah. cuba wartawan pergi negara mereka, adakah mereka akan melayan wartawan dengan istimewa???????
entah2 penulis blog ni antara mereka2 yang melindungi PATI selama ini.
Baru kena herdik pun nak bising. Kalau Aku tembak je satu per satu. Menyusahkan semua pihak. Dahlah masuk ke negara orang sesuka hati, tanpa rasa bersalah, ada pulak bawak budaya buruk mereka ke sini. Dah elok kerjaan berlembut, nak layan macam mana lagi. Memang mereka hamba Allah juga, tapi cuba fikir, negara kita ibarat rumah, tetiba ada penceroboh dlm rumah kita, apa patut kita buat, layan mereka secara terhormat ?? Orang tak siuman je yang sanggup beri layanan baik pada mereka nie.
sure wartawan ni la yg sengaja membesarkan cerita. mengadu domba dan menyebar fitnah. siasat wartawan ni siapa sebenarnya dia. aku bimbang dialah salah seorang pendatang haram tu yang memalsukan dokumen diri. pastu berlagak sebagai wartawan. kan ramai sekarang ni wartawan menipu.
PDO ni kadang2 mengarut jugak laporan dia.
Waktu wartawan kangkong ni berada di pejabat Emigresen saya pun berada disitu (hadir daftar pekerja haram saya) dan saya ada melihat si wartawan kangkong ni ada meminta untuk 'potong Q'bagi mendaftar PATI.Oleh kerana Pegawai disitu telah tidak membenarkan beliau 'potong Q'dan minta beratur seperti PATI lain....aleh aleh gambar pegawai Imigresen dan berita buruk tentang Imigresen Pahang keluar Daily Pahang.
Hikmahnya:
1. sekarang kita tahu bahawa berita Daily Pahang ni bukan berita betul tapi mempunyai unsur Fitnah dan karut dan tidak boleh dipercayai.
2. Wartawan dengan mudah boleh memfitnah untuk balas dendam kerana kepentingan diri tidak dilayan.
3. Standard penulisan serta ayat ayat yang digunakan untuk mengambarkan keadaan dan suasana menunjukan wartawan Daily Pahang ni berkelulusan kolej atau university taraf Kangkong.
4. Mungkin juga masa mohon kerja dulu pakai rekemen bukan pakai kelulusan.(sebab tok@Tokki@kaum kerabat ada kerja disitu)
5. Bagi orang ramai lupakan saja Daily Pahang banyak lagi blog-blog yang lebih baik dan bermutu untuk dibaca.
6. Bagi Pegawai Emegresen yang difitnah bersabar bahawasanya Allah bersama orang orang yang benar manakala balasan neraka bagi sipembuat fitnah. Amin
sah2 wartawan ni bersekongkol dengan PATI!kalo tak buat ape plak dia kat imigresen tuhh!ambek kau!terkantoii!
wartawan ni je yg bermanja dan bermesra10x dgn PATI...imigresen perlu bertegas bagi menjamin keselamatan negara!!!
Pegawai2 semua tu penguatkuasa, bukan kerani bank nak cakap elok2. Penguatkuasa kena la tegas, cakap mmg kasar sikit, sebab badan2 uniform ni jaga keamanan negara, takleh lembut2 sangat.
wartawan mane yg bangang sgt nih??
otak berkuman ke ape???
ko tengok bape ramai PATI yg dtg nak daftar??
ni baru kat PAHANG.. blum kat negeri2 lain..
ko nak tunggu MALAYSIA ni kena jajah ngn diorg dulu ke baru nak berkasar??
nak berbaik pn ade batasnya, mane kedaulatan negara kita kalau semua yg salah nak bagi layanan 5 bintang??
bodo pnye brita...
Post a Comment