Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Eksklusif: Kekecohan, 'Pesta Berbuka Puasa' Mega Kuantan Petang Semalam Mencemarkan Kesucian Bulan Ramadan, "JAIP" Di Gesa Bertindak Segera!


KUANTAN, 28 Ogos - Umat Islam kecewa dengan kekecohan yang berlaku ketika orang ramai sibuk berbuka puasa di Padang MPK1, di hadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I (foto) dekat sini petang semalam. Kekecohan itu berlaku apabila mercun yang dilepaskan ke udara oleh beberapa orang anak muda tiba-tiba jatuh dan meletup betul-betul di kawasan orang ramai yang sedang berbuka puasa. Ini menyebabkan mereka yang terlibat tersentak dan terkejut atas perbuatan tersebut. Suasana menjadi kecoh apabila orang ramai mula mengerumuni lokasi tersebut. Menurut seorang saksi kejadian tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak beliau berbuka puasa di situ. "Sungguh sedih dan kecewa melihat apa yang terjadi. Bayangkan ketika kami sedang sibuk berbuka puasa ada orang yang tergamak bermain mercun dan bunga api. Malah mereka mula menembak bunga api ketika jemaah solat Maghrib di dalam masjid yang terletak beberapa meter dari lokasi berkenaan. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka jelas sekali tidak menghormati kesucian bulan Ramadan malah rumah Allah yang berhampiran", katanya. Tinjauan kami ke lokasi terbabit mendapati ribuan umat Islam berbuka di padang itu petang semalam. Malah, kehadiran orang ramai ke "Pesta Berbuka Puasa Mega" di situ adalah yang paling ramai semalam. Lokasi tersebut sememangnya sudah sinonim dengan aktiviti berbuka puasa bagi warga Kuantan sejak sekian lama. Sebelum ini apa yang dipertikaikan ialah keenganan sebahagian besar umat Islam untuk berjemaah di masjid negeri selepas mereka berbuka puasa. Majoriti mereka akan bertebaran dan bertempiaran meninggalkan lokasi tersebut selepas berbuka puasa. Malah, mereka tidak ada langsung niat untuk bersama-sama berjemaah dalam masjid biarpun lokasinya hanya beberapa meter sahaja dari kawasan terbabit. Malah ada juga yang masih berada dan melepak di atas padang itu biarpun sudah masuknya waktu Isyak. Mereka hadir hanya untuk berbuka puasa tetapi bukan bersolat yang merupakan "tiang agama". Inilah senario yang berlaku sejak sekian lama.


Suasana yang sungguh menakjubkan, buka puasa sudah jadi satu pesta
Video membuktikan ribuan umat Islam berbuka puasa di padang tersebut

Berbuka puasa sudah menjadi pesta di bulan Ramadan bagi warga Kuantan

Isu lain yang turut menjadi perbualan ialah soal ramainya remaja dan anak muda yang berpeleseran di kawasan itu, tidak menutup aurat dan bergaul bebas antara bukan muhrim dengan sewenang-wenangnya. Mereka menjadikan lokasi terbabit sebagai satu tempat untuk bersuka ria disamping hajat untuk berbuka puasa. Paling menyedihkan, ada yang sudah duduk disitu sebelum masuknya waktu asar lagi, tanpa memperdulikan kewajipan untuk menunaikan solat. Senario ini amatlah mengecewakan ramai pihak sejak kawasan itu dijadikan lokasi dan pusat tumpuan berbuka puasa bagi warga Kuantan. Senario yang sama juga dapat dilihat kepada para peniaga di bazar Ramadan bersebelahan lokasi itu. Mereka berniaga di hadapan masjid, namun masing-maisng dilihat terlupa tanggungjawab terhadap tuntutan agama Islam itu sendiri. Ada yang membuka gerai sebelum waktu asar semata-mata mahu mencari rezeki di Bulan Ramadan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku.

Video yang diambil ketika kekecohan bermula akibat mercun dan bunga api

Kekecohan berlaku, mereka langsung tidak hormati bulan Ramadan ini

Kekecohan memuncak apabila orang ramai tiba-tiba berlari dan menyerbu

Pihak berkuasa agama terutamanya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang pejabatnya terletak di hadapan padang berkenaan digesa mengambil tindakan segera terhadap insiden ini. Kekeocahan yang berlaku jelas sekali telah mencemarkan kesucian bulan Ramadan dan maruah agama Islam itu sendiri sebenarnya. Apakah mereka yang bekerja di JAIP sanggup melihat segala kemungkaran yang berlaku ini didepan mereka tanpa dapat membuat sebarang tindakan. malah, difahamkan rata-rata kakitangan JAIP tahu dan memahami senario yang berlaku. Cuma mungkin masing-masing sibuk dengan urusan yang berkenaan, apa yang berlaku di depan mata tidak prihatin di hati mereka. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Maka, sudah tiba masanya mereka bertindak termasuk mengetatkan larangan kepada umat Islam yang mahu berbuka puasa di lokasi terbabit. Apa yang jelas dapat dilihat, pihak masjid negeri hanya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah merata-rata tanpa mengajak mereka bersolat jemaah Maghrib bersama-sama di dalam masjid berkenaan. Kenyataan itu senantiasa diulang-ulang oleh Bilal masjid ketika ingin melaungkan azan Maghrib.


Bukti,pejabat JAIP hanya beberapa meter dari lokasi terbabit sebenarnya

Biarpun berhari-hari dinasihatkan pihak masjid namun sampah sarap terus
dilihat bersepah di sana sini tanpa ada keinsafan dikalangan orang ramai

Apa yang berlaku ini perlulah dijadikan ikhtibar oleh pihak yang berkenaan. Sesungguhnya pembinaan sesebuah masjid berhampiran padang awam sebenarnya banyak risikonya. Lantaran itu umat Islam perlu peka dan prihatin terhadap insiden seperti ini. Berbuka puasa itu tidak menjadi kesalahan walau di mana jua. Namun, berpesta dan mencampurkan aktiviti maksiat dan yang mencemarkan maruah Islam itu tidak sewajarnya berlaku. Nampak benar, orang Islam terutamanya para remaja sudah hilang roh dan rasa hormat mereka terhadap Islam itu sendiri. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Maka, langkah terbaik ialah pihak berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan pengurusan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I Kuantan mencari jalan bagaimana untuk memulihkan keadaan ini. Cadangan sesetengan pihak supaya padang itu ditutup kepada orang awam amatlah tidak relevan sama sekali.


Alangkah indahnya jika solat atas padang sebegini di adakan di Padang MPK
[Sewajarnya pihak masjid mencuba adakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di kawasan padang berkenaan. Mungkin ia lebih afdal dari membiarkan umat Islam yang lain terus lalai menunaikan tanggungjawab mereka. Solat diatas padang ini biasa dilakukan di negeri Kelantan dan yang lainnya. Pihak masjid pula perlu sediakan paip air diluar masjid untuk tujuan berkenaan. Pentas dan kanopi besar perlu disediakan bagi menggelakkan cuaca buruk. Sebelum masuknya waktu berbuka puasa, maka elok diadakan ceramah agama dan persembahan nasyid bermula jam 5.00 hingga 7.00 malam. Bukankah ia lebih berfaedah dan mencerminkan hasrat untuk kita mewujudkan umat Islam yang cemerlang akhlaknya. Langkah membiarkan "Pesta Berbuka Puasa Mega" sedemikian rupa dikhuatiri mengundang fitnah yang lebih buruk selepas ini. Maka beringatlah, bahawa matlamat itu sebenarnya tidak menghalalkan cara].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

popia 1 said...

Alangkah baiknya, selepas berbuka semua hadirin sembahyang magrib berjemaah atas padang, yg xberapa baiknya, lepas je berbuka puasa, mereka lepak2 dan rayau2 dikawasan trsebut, hingga solat insyak, kpd yg pergi kemasjid untuk solat masjid alhamdulillah, kepada yg puasa, tetapi meninggalkan solat, puasa mereka sia2 sahaja.

popia 1 said...

Alangkah baiknya, selepas berbuka semua hadirin sembahyang magrib berjemaah atas padang, yg xberapa baiknya, lepas je berbuka puasa, mereka lepak2 dan rayau2 dikawasan trsebut, hingga solat insyak, kpd yg pergi kemasjid untuk solat masjid alhamdulillah, kepada yg puasa, tetapi meninggalkan solat, puasa mereka sia2 sahaja.

Anonymous said...

Orang main mercun pun jadi salah JAIP? Apa punya level punya penulisan ni?

Anonymous said...

Nama saja Islam. Bagi mereka bulan puasa adalah bulan berpesta makanan dan banyak banyak melakukan maksiat Ajaran Islam yang diterapkan oleh Sultan dan muftinya.

Anonymous said...

Walau siapa pun pengajurnya,ianya adalah sesuatu yg sia-sia.Berbuka puasa bukan sesuatu yg perlu di pestakan.Berbuka puasa adalah untuk di hayati dan insafi,betapa derita nya si fakir dan si miskin yg ketiadaan makanan.

Anonymous said...

aku pun pelik...apasal asyik2 jaip je yg nak salah...adoi...

Anonymous said...

Aku pelik akan kenytaan blogger yg mengaku dia ni cucu matkilau.. Setahu aku islam adalah satu agama yg lembut dan tidak memaksa.
Biasa la sekali sekala bersama keluarga berbuka puasa di padang. Asal kan ia tidk menganggu program masjid aku rasa masih tidak salah.
Lagipun dosa pahala milik masing2 bkn cucu mat kilau tentukn.
1 prkara lg, mcm mn dia tahu sema org yg ada d padang x pegi solat? Ermmmm. Pelik bkn

fana said...

betul3 tu islam agama lembut tak payah le...marah2 la.....buat aje aje ape2 yg awak suke mcm Babi sebab babi tak dok agama bro......he..he...

Anonymous said...

Begitulah cangkatnya pemikiran orang PAS...

Anonymous said...

Berpuasa jika tak sembahyang,puasa tu sia sia saja!anda dapat lapar dan dahaga sahaja.
yang hamjadah pergi bebrbuka kat padang sapa suruh? semua iblis dan setan dalam diri sendiri yg ajak,sebab setan kat luar dah dirantai.
So jgn salahkan JAIP or MPK kalau org ramai berbuka dipadang tu semua tak tau adab berbuka puasa yg diajar oleh sunah RASUL...takder pulak orang arab buat mcm tu,melayu bodoh kat Kuantan jer buat!hahahah

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]