script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengerusi PKR Pahang Jawab Tohmahan Blogger UMNO Tentang Pertemuan Dengan Duta Amerika

KUANTAN, 5 Okt - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang hari ini menjawab dakwaan dan tuduhan pihak tertentu kononnya pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W.Jones di Hotel Hyatt dekat sini minggu lalu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang. Menerusi satu kenyataan dalam blog rasmi PKR Pahang, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri parti itu Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) berkata beliau ingin menjelaskan perkara yang sebenar kerana beliau tahu UMNO Pahang amat susah hati apabila mendapat tahu adanya perjumpaan tersebut. "Sebenarnya saya tidak bercadang untuk mengulas lebih panjang tentang perjumpaan tersebut kerana secara rengkasnya telah dilaporkan melalui blog PKR Pahang di sini dan juga di sini. Tetapi oleh kerana Pahang Daily ada mengulas isu berkenaan di sini yang mungkin mengambil berita daripada pihak lain yang mendakwa pertemuan tersebut tidak dirancang bahkan mendakwa kepimpinan PR Pahang yang seolah-olah terhegeh menanti untuk bergambar dengan Duta berkenaan, maka lebih baik saya selaku Pengerusi PKR Pahang memberikan penjelasan sebenar tanpa ada rasa megah jauh sekali untuk mendewa-dewakan Amerika", kata beliau. Ikuti seterusnya DI SINI.
[Sebenarnya, berita pertemuan pimpinan Pakatan Rakyat Pahang dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia ini sememangnya sesuatu yang tidak dijangka. Tambahan pula ia dilakukan secara sulit tanpa pengetahuan seluruh kepimpinan yang lain. Malah, ada dikalangan pemimpin parti masing-masing yag sedikit terkilan dengan pertemuan tersebut. Ini kerana, Pakatan masih belum menjadi kerajaan yang sah di Pahang maka apakah motif pertemuan itu sebenarnya. Ia berbeza dengan MB Pahang yang turut berjumpa Duta terbabit. Mungkin ada hubungan dua hala atau urusan pelaburan yang dibincangkan. Bukankah Amerika itu adalah sekutu Yahudi?. Maka apakah wajar pembangkang membuat pertemuan tanpa melaporkan kepada rakyat. Ini akan menimbulkan fitnah dan curiga. Oleh itu, sebarang pertemuan harus diadakan secara telus dan tidak disulitkan].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Penuntut Wanita Sebuah IPTA Maut, Kereta Yang Dipandu Hilang Kawalan Lalu Terbabas KM 25.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.