KUALA LUMPUR 16 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya gagal dalam saman fitnah RM200 juta terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (foto). Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada Felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa Kee Kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar Suara Keadilan. Menurut hakim, plaintif telah gagal memanggil Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan bahawa Kee Kwong telah menyatakan perkataan fitnah ketika ditemubual. "Berikutan ini, kes ditolak dengan kos,” katanya. Hakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, meskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000. Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan serta kebenaran.
[Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka. Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk "Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu." Plaintif mendakwa artikel itu memfinah mereka kerana perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa pengambilan balik dan pembinaan Menara Felda di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan memberi manfaat kepada kroni. Dalam kenyataan pembelaannya, Dr Tan berkata perkataan yang dibuat atau mengandungi ulasan dan menzahirkan pendapat itu merupakan ulasan adil berhubung kepentingan awam seperti kedudukan kewangan, perbelanjaan, pengurusan dan kegiatan plaintif. Dr Tan menafikan bahawa perkataan itu dengan cara apa pun memfitnah plaintif dan dalam konteks artikel itu, jika diambil secara menyeluruh, perkataan itu tidak bermakna atau boleh membawa sebarang makna seperti yang di dakwa oleh pliantif tersebut].






sman, felda gagal la sman oiii....
BalasPadamanon Wednesday, August 17, 2011 3:30:00 AM
BalasPadamkomen awak tak berkaitan langsung ngan artikel diatas. ini pasal pengurusan felda..harap maklum.