Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat aktiviti berkaitan) untuk memudahkan urusan yang berkenaan. Harap Maklum.
Derita Rakyat Mendapat Perhatian Ahli Parlimen
BENTONG - Setelah hampir dua tahun menggunakan oksigen konsentrator (tabung oksigen) yang dipinjamkan Hospital Putrajaya, seorang warga emas terpaksa menyerahkannya kembali. Sebelum ini, warga emas, Shariah Abdullah, 72, dimasukkan ke Hospital Serdang pada 2009 kerana masalah paru-paru dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama sebulan. Anaknya kelimanya, Mohd Saat berkata, selepas keluar, ibunya itu dipinjamkan tabung oksigen untuk digunakan di rumahnya dekat sini. Menurutnya, sebulan lalu, Hospital Putrajaya meminta keluarganya memulangkan kembali tabung oksigen itu kerana ia adalah sebahagian daripada perjanjian. “Ia sangat penting untuk ibu saya meneruskan kehidupan kerana dia hanya mampu bertahan selama 15 minit tanpa tabung oksigen itu sebelum diserang lelah yang teruk. “Oleh itu, tabung oksigen sangat penting, namun saya tidak mampu membelinya kerana harganya agak mahal iaitu dianggarkan bernilai lebih kurang RM6,000,” katanya. Mohd berkata, namun dia bersyukur kerana masalah ibunya itu mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meluangkan masa datang ke rumahnya. sumber
Dua Lelaki Gagal Rompak Kedai Pajak Gadai Islam
KUANTAN - Dua lelaki bertindak nekad menceroboh bangunan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang semata-mata mencari jalan memecah masuk ke bilik kebal premis pajak gadai Islam Ar-Rahnu YaPEIM-MUIP yang terletak di tingkat bawah bangunan tiga tingkat di Jalan Mahkota di sini , kelmarin. Usaha dua penjenayah itu bagaimanapun gagal apabila lubang yang ditebuk menggunakan alat penebuk pada lantai bilik mesyuarat di tingkat satu itu menembusi ruang lain dan bukan bilik kebal seperti yang disangka. Kecewa dengan tindakan mereka yang sia-sia itu, penjenayah akhirnya angkat kaki bagaimanapun kelibat mereka berjaya dirakam sebuah sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan berhampiran. Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian pecah masuk yang membawa kerosakan kepada premis PKZ Pahang itu disedari seorang kakitangannya yang masuk kira-kira jam 7.22 pagi untuk memulakan kerja selepas bercuti sempena hujung minggu. Menurutnya, pengadu berusia 38 tahun itu menyedari pintu ke bilik mesyuarat terbuka dan terdapat kesan dikopak manakala bahagian lantainya berlubang hingga menembusi ruang tingkat bawah yang menempatkan kedai pajak gadai Islam itu. “Pengadu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada pihak polis sebelum beberapa anggota dikerah membuat siasatan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam. sumber
Jangan Bersubahat Dengan Kaki Ponteng Puasa
MARAN - Orang ramai mencadangkan supaya lesen perniagaan peniaga yang bersubahat kaki ponteng dengan menjual makanan kepada golongan itu digantung sepanjang Ramadan ini. Seorang guru Kafa, Muhd Haffiz Mohd Din (foto), 22, berkata, pihak tersebut perlu memandang serius perkara itu dalam usaha bersama membendung gejala ponteng puasa terutama dalam kalangan belia. Menurutnya, peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan mengaut keuntungan semata-mata pada Ramadan sehingga sanggup ‘menjual’ maruah agama Islam. “Jika didapati melakukan kesalahan bersekongkol dengan kaki ponteng, lesen perniagaan mereka wajar digantung sepanjang Ramadan supaya perkara ini tidak berulang. “Pemimpin setempat perlu memainkan peranan memastikan kawasan pentadbiran mereka bebas dari gejala ini. “Kerjasama semua pihak mampu atasi budaya ponteng puasa,” katanya. sumber
Derita Rakyat Mendapat Perhatian Ahli Parlimen
BENTONG - Setelah hampir dua tahun menggunakan oksigen konsentrator (tabung oksigen) yang dipinjamkan Hospital Putrajaya, seorang warga emas terpaksa menyerahkannya kembali. Sebelum ini, warga emas, Shariah Abdullah, 72, dimasukkan ke Hospital Serdang pada 2009 kerana masalah paru-paru dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama sebulan. Anaknya kelimanya, Mohd Saat berkata, selepas keluar, ibunya itu dipinjamkan tabung oksigen untuk digunakan di rumahnya dekat sini. Menurutnya, sebulan lalu, Hospital Putrajaya meminta keluarganya memulangkan kembali tabung oksigen itu kerana ia adalah sebahagian daripada perjanjian. “Ia sangat penting untuk ibu saya meneruskan kehidupan kerana dia hanya mampu bertahan selama 15 minit tanpa tabung oksigen itu sebelum diserang lelah yang teruk. “Oleh itu, tabung oksigen sangat penting, namun saya tidak mampu membelinya kerana harganya agak mahal iaitu dianggarkan bernilai lebih kurang RM6,000,” katanya. Mohd berkata, namun dia bersyukur kerana masalah ibunya itu mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meluangkan masa datang ke rumahnya. sumberDua Lelaki Gagal Rompak Kedai Pajak Gadai Islam
Jangan Bersubahat Dengan Kaki Ponteng Puasa
MARAN - Orang ramai mencadangkan supaya lesen perniagaan peniaga yang bersubahat kaki ponteng dengan menjual makanan kepada golongan itu digantung sepanjang Ramadan ini. Seorang guru Kafa, Muhd Haffiz Mohd Din (foto), 22, berkata, pihak tersebut perlu memandang serius perkara itu dalam usaha bersama membendung gejala ponteng puasa terutama dalam kalangan belia. Menurutnya, peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan mengaut keuntungan semata-mata pada Ramadan sehingga sanggup ‘menjual’ maruah agama Islam. “Jika didapati melakukan kesalahan bersekongkol dengan kaki ponteng, lesen perniagaan mereka wajar digantung sepanjang Ramadan supaya perkara ini tidak berulang. “Pemimpin setempat perlu memainkan peranan memastikan kawasan pentadbiran mereka bebas dari gejala ini. “Kerjasama semua pihak mampu atasi budaya ponteng puasa,” katanya. sumber[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum].






2011GEMPAR: Gambar Terbaru Anak Anwar Ibrahim Di Dedahkan...
BalasPadamAfifa binti Anwar, menurut ceritanya dia di lahirkan atas hubungan anwar dan shamsidar tahrin isteri kepada azmin ali, budak tu kini di beritakan berada di england, azmin kata anaknya ke england untuk sambung belajar, tapi sebenarnya afifa disorokan di sana.
Dan yang terbaru, ada sumber mengatakan yang budak afifa ni secara senyap-senyap membuat ujian dna di singapura, untuk mengesahkan sama ada betul dia anak azmin ali atau atau anak anwar dan menurut sumber, budak afifa ni tertekan apabila dia mengetahui hasil ujian tu menunjukan yang dia bukan lahir dari hasil hubungan azmin ali dan shamsidar.
PDO memang bingai, dah la tak reti nak counter hujah, maka delete lah semua posting komen walaupun bernas, tapi demi memelihara kepentingan peliwat negara, maka dideletenya komen komen aku, sedih memeikirkan nasib bangsa melayu pencacai kapir harbi ni...baik tutup je la blog sampah ni
BalasPadam