script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Jika Lebih Setengah Juta PATI Didaftar Dalam Masa Sembilan Hari, Bermakna KDN Gagal Menjaga Keselamatan Dalam Negara Sebenarnya !

Sungguh mengejutkan apabila kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 530,625 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus. Persoalannya sekarang, kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu?. Maka perginya pasukan imigeresen, polis marin serta lain-lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?. Difahamkan ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Jika ini berlaku mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah satu juta orang. Itu belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sah. Dari satu segi, memang kita melihat program 6P itu seolah-olah berjaya dilaksanakan. Namun, dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah untuk dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi jika kumpulan subversif atau penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini?. Bukankah ia akan memudaratkan rakyat akhirnya.


Bayangkan, yang berada di Pusat Tahanan pun sudah ramai kemudian
dicampur dengan PATI yg bebas, bukankah ia cukup menakjubkan

Senario ini membuktikan kerajaan telah gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Malah difahamkan juga terdapat begitu ramai PATI mendiami kawasan tertentu dengan dijaga oleh penduduk tempatan termasuk anggota RELA sendiri. Walhal mereka sepatutnya menangkap PATI yang berkenaan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Inilah yang berlaku di depan mata kita sekarang ini. Akhirnya bumi yang dipijak ini menjadi milik orang buat selama-lamanya. Paling mengejutkan ada PATI yang mendaftar itu mengaku sudah lebih sepuluh tahun berada di negara ini. Malah mereka boleh mempunyai rumah dan membawa semua ahli keluarga dari negara masing-masing masuk ke Malaysia. Bagaimanakah mereka begitu muda melakukannya. Mereka juga mengaku ada pihak yang "menjaga" dan "mengawal" keselamatan mereka di sini. Kenapakah ini berlaku?. Bolehkah mereka dipelihara jika tidak dengan izin pihak berkuasa itu sendiri sebenarnya.

[Bukankah ini juga menunjukkan kegagalan Kementeri Dalam Negeri (KDN) dalam menjaga keselamatan dalam negara kita. Itu belum lagi termasuk yang telah diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya. Oleh itu, rakyat perlulah melakuan perubahan jika tidak mahu negeri ini dijajah dalam diam oleh orang asing. Apa yang berlaku di Pekan, Pahang harus dijadikan ikhtibar apabila beribu-ribu warga Kemboja dan Myanmar kini menjadi penduduk tetap (PR) di kawasan terbabit. Rakyat tempatan akhirnya terbiar di bumi sendiri. Semua ini disedari, namun siapakah yang boleh membantu mengatasi semua ini. Mahu diharapkan kepada agensi yang berkaitan nampaknya tidak ada tanda-tanda kejayaan dapat dilihat apabila terbukti dalam masa yang singjat lebih setengah juta PATI didaftarkan. Itu yang berdaftar, bagaimana pula dengan mereka yang masih bersembunyi. Semoga rakyat sedar dengan fanomena ini dan menginsafi atas segala apa yang berlaku. Masa untuk berubah sudah tiba].
Share:

11 ulasan:

  1. Rakyat Malaysia sokong Pakatan Rakyat, kerajaan BN cari sokongan dari pendatang haram Indonesia, Philipina, Thailand, Myammar, India, Vietnam, Kemboja...

    Kepada Mat Indon, Minah Indon, masa ini adalah masa keemasan untuk kamu memiliki dua kerakyaatan... Malaysia dan Indonesia.

    Ajak semua suadara mara kamu di Indonesia datang ke Malaysia sekarang, tidak payah pakai passport, tidak perlu visa pasti kerajaan BN sambut dengan senyuman.

    Kerajaan UMNO BN alias 1 Malaysia ketandusan rakyat untuk mengundi dalam pilihanraya ke 13....

    BalasPadam
  2. mana pi puak pencacai umno kat sini...tak mau komen ka...

    BalasPadam
  3. "Dengan ini kami mengisytiharkan Suwianto Gunawan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8..."

    BalasPadam
  4. rakyat msia tkkn sedar malah akan terus jd bodoh hingga ke akhir hayat hanya kerana barisan nasional saja yg dpt beri mereka makan minum gaji kemudahan pembangunan kemajuan, barisan nasional tuhan mereka malah lbh dari itu kerana apa jua tindakan kerajaan mereka hatta memberi kerakyatan percuma kepada bangsa lain hanya utk kepentingan undi bn pun tidak akan menukar mentaliti mereka untuk terus menyokong dan menyembah umno bn

    semoga satu hari bangsa asing akan menjadi majoriti dan rakyat asal msia sbg minoriti.tkpe janji BN terus menang besar

    bonus dah dapat teruskan undiiiiiii umno

    BalasPadam
  5. Tulisan anon 11:09 sangat desperate gayanya. Kalau sokongan kpd UMNO makin berkurang, janganlah ditohmah PAS dengan hujah-hujah yg dangkal. Muhasabahlah sikit apa yg telah dibuat oleh pasangan suami isteri penipu yg korang sanjung-sanjung sgt (Najis dan Rosmah). Cermin diri.
    Dunia teknologi maklumat ni org dah cerdik nilai mana yg baik mana yg buruk. Taktik kotor dan fitnah dah x laku malah bakal memakan diri.
    Daripada engkorang pencacai UMNO melalak dalam ni baik pergi tolong kerajaan angkut Mat Indon nuh.

    BalasPadam
  6. Malaysia nak bergabung dengan Indonesia lah bentuk sebuah negara baru. Amacam?

    BalasPadam
  7. KDN KEMENTERIAN HARAM NEGARA KEJE MEREKA BARU NK BELAJAR DAFTAR PATI SECARA BESAR BESARAN DENGAN HARAAN MEREKA INI BLH GIGUNAKAN UTK MENGUNDI BN.

    JGN HARAP KAMU BLH MENANG HARAM JADAH NEGARA WALAU KAMU IMPOR PENGUNDI IMPOT 10JUTA ORG PUN KAMU TK DPT BELI HATI RAKYAT YG TETAP ALAN MELUDAH KAMU HINGGA KE LIANG KUBUR

    BalasPadam
  8. Calon2 BN dlm PRU nanti tentu meriah dan ramai yg akan teruja sbb terdiri drpd berbagai bangsa, Indon, Bangla, Nepal, Myanmar, Vietnam dan entah apa2 lagi lah.

    BalasPadam
  9. Tambah sikit....pelindung PATI yang maha berkuasa ialah PDRM. Duit perlindungan bulanan seorang PATI RM 60.00. Kalau ditahan semasa memandu tanpa segalanya...bayaran RM 100.00. Cuba bayangkan...macammana polis ni nak tangkap PATI...mereka semua ni adalah angsa bertelor emas bagi mereka. Prebet baru kerja dah pakai kereta honda accord. Tapi nama pemilik orang lain. Kerani di jabatan kerajaan...pakai honda juga...tapi honda cup. Jadi siapa PENGKHIANAT DI MALAYSIA NI.

    BalasPadam
  10. inilah kerajaan pariah yang patut disokong

    BalasPadam
  11. Betul ke rakyat Malaysia sokong PR dan PR akan menang?.Jangan syok sendiri.Selangor yg ramai pengundi Cina ni pun akan kembali ketangan BN.Kau org cuma syok bila baca,dengar dan lihat gelagat penyokong totok PR.memang lah mereka kata sokong PR,dan yg terkinja-kinja di perhimpunan bersih yg totok ini lah.

    Tapi advantage BN ialah;ahli BN akan tetap sokong BN,dan org atas pagar sudah mula condong kepada BN.Mengapa?.Penyokong atas pagar terutamanya org Melayu, sudah melihat keangkuhan pihak tertentu dan kelemahan parti Melayu dalam PR yg mereka harapkan sebelum ini.Mereka kelihatan ghairah membela orang lain dari menuyiasat dulu sesuatu perkara sebelum membuka mulut.

    Parti Melayu dalam PR kelihatan sudah malu utk membela Melayu dan perjuangan Islam mereka pun sudah kelihatan bersyarat.Dr.Hassan Ali kelihatan lebih berani dalam hal ini,tapi beliau kesaorangan dan di perkecilkan.Itulah soksek-soksek sekarang ini,org Melayu Selangor sudah berubah pandangan terhadap PR,issu v. sex juga memainkan peranan besar menjadikan org tidak lagi percaya kepada 'itu bukan saya' yg di war-warkan bakal PM Malaysia.

    Soal pemgang pasport PR menajdi pengundi,itu aku tak mahu komen,sebab aku tak tahu-mungkin ya mungkin taidak,teerserahlah kepada pihak berkepentingan menyisat,mengadu atau mengambil tidakn.Tapi yg pasti bagi aku,BN tak perlu berbuat begitu,kerana dgn berusaha mendapatkan sokongan org atas pagar sudah cukup untuk BN menang dan in bukanlah kerja sukara dalam keadaan sekarang.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.