
KUANTAN, 9 Ogos - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa menyediakan sebuah surau untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Taman Esplanade (Sungai Kita) dekat sini. Kemudahan itu amat perlu bagi sebahagian umat Islam yang mengunjungi lokasi terbabit, terutamanya pada hari cuti am dan sebagainya. ketiadaan surau menyebabkan orang ramai terpaksa menyeberangi jalan untuk bersolat di surau Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) yang terletak berhampiran. Difahamkan, masalah ini juga merumitkan para peniaga yang mereka yang berkunjung ke tapak bazar larut malam "D'Muda Mid Town Esplanade" yang diadakan di kawasan itu pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ketiadaan surau menyusahkan pengguna kerana terpaksa menyeberang jalan untuk bersolat. Ia amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan. Justeru itu, pihak MPK perlu berkerjasama dengan penganjur bazar tersebut iaitu Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) untuk menyediakan kemudahan itu dengan kadar segera. Menurut seorang pengunjung beliau telah beberapa kali mengadu hal itu kepada pihak penganjur, namun sehingga ke hari ini ia masih dipandang sepi. "Tiada tindakan, sekadar janji manis sahaja apabila diajukan persoalan ini", katanya. Apa yang menarik, MPK boleh pula menyediakan sebuah tandas awam berbayar di kawasan itu, sebaliknya kemudahan surau tidak diutamakan oleh pihak yang berkenaan.

Bazar larut malam Espanade kini mula menjadi destinasi beli belah popular
Lokasi bazar larut malam Esplanade memang menarik, tetapi tiada surau
Bukankah, majoriti yang hadir ke kawasan tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka sudah pastilah kemudahan surau amat dititikberatkan sebenarnya. Sementara itu beberapa orang peniaga bazar larut malam yang ditemui juga amatlah berharap MPK menyediakan surau dengan segara. "Kami bermasalah untuk bersolat terutamanya pada waktu Maghrib yang agak pendek. Tambahan pula, ketika itu masing-masing baru sampai dan membuka gerai masing-masing. Akibatnya, ramai diantara kami terpaksa bersolat di dalam gerai atau dimana-mana lokasi yang sesuai. Ia amatlah menyusahkan dan begitu tidak selesa", kata mereka.
[Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini. Jika tiada tindakan daripada pihak terbabit maka satu pendedahan eksklusif akan dilakukan. Kemudahan surau adalah hak umat Islam. MPK boleh membenarkan acara hiburan diadakan di kawasan terbabit namun mereka lupa akan tanggungjawab terhadap agama. Sebagai permulaan, penganjur bazar larut malam D'Muda Mid Town Esplanade bolehlah menyediakan sebuah surau sementara untuk kemudahan orang ramai. Diharap perkara ini diambil berat terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Difahamkan, perkata ini memang sudah beberapa kali dimaklumkan kepada penganjur berkenaan namun mereka langsung tidak mengambil berat hal ini. Maka itu, di harap agar mereka yang terbabit itu lebih prihatin terhadap agama].
Bazar larut malam Espanade kini mula menjadi destinasi beli belah popular
Lokasi bazar larut malam Esplanade memang menarik, tetapi tiada surau
[Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini. Jika tiada tindakan daripada pihak terbabit maka satu pendedahan eksklusif akan dilakukan. Kemudahan surau adalah hak umat Islam. MPK boleh membenarkan acara hiburan diadakan di kawasan terbabit namun mereka lupa akan tanggungjawab terhadap agama. Sebagai permulaan, penganjur bazar larut malam D'Muda Mid Town Esplanade bolehlah menyediakan sebuah surau sementara untuk kemudahan orang ramai. Diharap perkara ini diambil berat terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Difahamkan, perkata ini memang sudah beberapa kali dimaklumkan kepada penganjur berkenaan namun mereka langsung tidak mengambil berat hal ini. Maka itu, di harap agar mereka yang terbabit itu lebih prihatin terhadap agama].






Bawak sejadah sendiri lepas tu solat je lah kat belakang gerai ke mana2 tempat yang sesuai. Tak salah kan kalau buat camtu?
BalasPadamparti syaitan adalah parti yang meluluskan permis judi dan maksiat.
BalasPadamParti syaitan adalah parti yg dipimpin olih lelaki dayus yg membiarkan isteri tidak menutup aurat.
rakyat yang jahil adalah rakyat yang cintakan bangsa lebih dari cintakan agama