script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

KDN Minta Ketua Wanita PKR Kemuka Bukti Atau Lapor Polis Kata 'Program 6P' Seludup Pendatang

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin mengemukakan bukti atau membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang terkandung dalam satu laporan akhbar semalam. Merujuk kepada laporan bertajuk ‘PKR Dakwa Program 6P Seludup Pendatang’, Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam (foto) berkata, kementerian menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai tuduhan berat kepada kepentingan negara. "Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik setiap pendatang tanpa izin untuk tujuan keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mahmmod berkata, data biometrik dapat meningkatkan keupayaan dan keberkesanan proses penguatkuasaan dalam menangani isu pendatang tanpa izin di negara ini. Beliau berkata, ini terbukti dengan kejayaan KDN menangani beberapa jenayah rentas sempadan, khususnya pemerdagangan dan penyeludupan manusia sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara. “KDN tidak akan berkompromi kerana Program 6P bukan agenda politik tetapi inisiatif penting yang menjurus kepada aspek kepentingan rakyat, khususnya keselamatan negara,” katanya.

Share:

4 ulasan:

  1. mmg wujud penyeludupan pndatang asing..lau xcaya tinjau2 di bandar Pekan,rata2 masyarakat yg ada di situ dari kemboja...baik di kdai makan,pasar tani atau dimana2 sahaja..difahamkan mereka ini diletakkan sementara waktu di sangkar2 ikan di tepi sungai pahang...(di Pulau Keladi dan ketapang)apabila mereka tahu bahasa melayu baru mereka keluar...lau x caya boleh ambush dioawng ni...nila politik nkajib yg nak sgt menang PRU akan dtg...disebabkan pangkat negeri tergadai..selamatkan PAHANG pd PRU akan datang...

    BalasPadam
  2. Aku terus gelak bila baca kenyataan Mat Sabu yang mengatakan dia ditahan ISA sebab dedah Melayu jadi paderi. Punyalah pembohong si Syiah nih, dia langsung takder perasaan malu langsung walaupun sekarang ini bulan Ramadhan dan Allah Taala dah tarik kebolehannya untuk berjalan dan duduk macam orang normal.

    Kalau korang nak tahu, Mat Sabu kali pertama ditahan ISA pada tahun 1984-1986 sebab terlibat dengan gerakan pelampau. Dia kemudiannya dibuang daerah ke Kuala Pilah. Kali kedua dia ditahan ISA adalah pada 1987 dalam Operasi Lalang bersama-sama ramai pemimpin Melayu termasuklah dari UMNO selepas tercetus bantahan terhadap kenyataan Lee Kim Sai berhubung isu Timbalan Perdana Menteri Cina.

    Bila agaknya Mat Sabu ditahan ISA sebab dia dedahkan pasal paderi Melayu macam yang didakwanya?

    Mungkin Mat Sabu rasa, kebanyakan generasi sekarang tak mahu ambil tahu tentang sejarah, maka mudahlah dia jual temberang dan jual tahi minyak. Oleh kerana sekarang ini, isu murtad membuatkan PAS semakin sengsara dan tak senang duduk, maka Mat Sabu pun mengaitkan kononnya dia menentang pemurtadan jauh lebih lama daripada UMNO.

    Huk ala... kalau ya pun dia menentang dan kalaulah berlaku, itu zaman sebelum PAS berdakap-dakapan dengan DAP... sekarang, berani Mat Sabu buat macam tu? Kalau tak kena tarik balik jawatan yang dianugerahkan oleh Tuan Besar Lim Guan Eng kepadanya sebagai salah seorang pengarah dalam Perbadanan Air Pulau Pinang, tentu rambut CODE-10 dia pula yang dikahak oleh pemimpin DAP itu.

    Aku tak nafikan, dulu memang PAS juara perjuangan Islam. Hebat PAS masa dulu. Pendek kata, walaupun PAS kelihatan bermusuh dengan UMNO, banyak jasa PAS sebagai check-and-balance UMNO-BN. Tetapi keadaan dah berubah. Kalau 2003 sampai 2008, UMNO macam bangkai bernyawa sebab dijajah oleh Tun Don dan anak menantunya, PAS pula sekarang ini tidak lebih daripada salah satu pencacai DAP yang kalau Lim Kit Siang sepak punggung pun, akan tersengih-sengih sambil menjilat kepala lutut apek tua tu.

    Tak payah cerita tentang sejarahlah Mat Sabu... PAS memang terbukti lemah, pondan, pengecut dan penjilat DAP! PAS berani kata, DYMM Sultan Selangor tidak perlu dilibatkan dalam kontroversi JAIS-GMDU tapi berani PAS kata, Lim Guan Eng jangan masuk campur bela gereja?

    Ada berani?

    Kalau tak berani, pergi sajalah kira berapa duit dalam tabung bergerak Unit Amal setiap kali Mat Sabu ceramah tuh!!!
    Posted by House PK

    BalasPadam
  3. Apa jua maki hamun kamu terhadap PAS, saya tetap pangkah Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke-13 ini.

    BalasPadam
  4. aku tergelak besar membaca luahan si mamat umno ini mengenai mat sabu dan pas,tergelaknya apabila si tongok ini mengatakan pas berdakapan dgn dap,alhamdulillah itulah yg di ajar dlm islam bukanya seperti umno setan ini berdakapn dan bercumbuan dengan yahudi israeal laknatullah,so apa cetak kau.... umno sudah pun menjadi ISRAEL LAKNAT....UMNO DAN YAHUDI ADALAH SAMA.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.