script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Rakyat: Orang Ramai 'Terkilan' Dengan Isu Parkir Teksi Di Ceroboh Pemilik Kenderaan Awam

JERANTUT, 12 Ogos - Orang ramai di bandar ini melahirkan rasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pemilik kenderaan yang menceroboh kawasan parkir kuning yang dimiliki oleh Persatuan Pemandu Kereta Sewa (PPKS) di stesen teksi Bandar Baru Jerantut. Boleh dikatakan setiap hari, khususnya pada waktu puncak pemilik kenderaan terbabit menceroboh masuk ke kawasan petak kuning sehingga mengganggu pemandu teksi meletakkan kenderaan mereka. Senario yang sama juga semakin serius pada Ramadan apabila pemilik kenderaan awam menceroboh petak kuning dan meletakkan kenderaan mereka untuk berbelanja juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan berdekatan stesen teksi di sini. Mereka yang terbabit seolah-olah tidak memahami papan tanda larangan kenderaan awam yang dipasang oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di pintu masuk stesen teksi. Hal itu menimbulkan kesesakan dan mengundang rungutan malah, timbul rasa marah dalam kalangan pemandu teksi kerana kawasan parkir kuning diceroboh kenderaan lain. Beberapa orang pemandu teksi di kawasan itu telah menasihat pemilik kenderaan yang menceroboh parkir terbabit, tetapi teguran secara baik dan berlembut tidak diendahkan. Difahamkan, Persatuan Pemandu Kereta Sewa di sini menyewa tapak untuk stesen teksi di sini sebanyak RM400 sebulan daripada pihak MDJ. Jika keadaan ini berterusan, pemandu teksi tidak dapat meletakkan teksi masing-masing untuk menunggu pelanggan dan berkemungkinan akan mengurangkan punca pendapatan. Ini menimbulkan masalah bagi pengurusan stesen teksi apabila pelancong dan penumpang domestik terpaksa menunggu lama kerana ketiadaan teksi. Sementara itu ada pihak yang mencadangkan MDJ mengenakan parkir berbayar di semua lokasi Bandar Baru, Bandar Lama Jerantut dan Bandar Baru Inderapura agar pemilik kenderaan lebih berdisiplin tanpa meletakkan kenderaan sesuka hati.

[Kedegilan orang ramai terhadap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan terkadang mengundang masakah kepada pihak lain sebenarnya. Perkara ini perlulah diselesaikan segera dengan sebaik mungkin, jika tidak ia bukan sahaja menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan teksi malahan juga menimbulkan perbalahan apabila ada yang menegur pihak terbabit. Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di gesa memainkan peranan untuk menyelesaikan perkara ini. Sementara itu ADUN Damak, Dato' Lau Lee (foto) yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang diminta memainkan peranan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin hendaknya].
Share:

1 ulasan:

  1. 1.public parking dah jadi pasar ramadan.....

    2.space parking yang senang akses ke bangunan adalah tepi jalan utama. mana cukup!

    3. teksi dan kereta sapu tak guna pun semua lot parking kat situ.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.