script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Pemuda Yang Di Tuduh Membawa Pisau Semasa Himpunan Bersih 2.0, Hantar Notis Saman RM10 Juta Terhadap Berita Minggu - NSTP

TEMERLOH, 16 Ogos - Seorang Pemuda Unit Amal PAS yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan. Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta. Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat. “Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan,” katanya kepada Harakahdaily. Akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Julai iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur di halaman muka depannya telah menyiarkan gambar seorang pemuda bertubuh sasa dan bertopeng sambil memegang pisau. Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana kapsyen di bawah gambar akhbar berkenaan tetapi gambar tersebut telah diubah suai. Bercerita lanjut, Abdul Razak berkata beliau turun ke Kuala Lumpur pada perhimpunan tersebut sebagai anggota Unit Amal PAS yang diajar dengan disiplin tinggi. Beliau diarahkan mengawal keselamatan puluhan ribu rakyat di hadapan menara Maybank. Katanya, pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, beliau sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah pihak polis ujarnya.


Tambahnya lagi, gambar yang disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas ke tepi. Serentak dengan itu, beliau menganggap akhbar kawalan UMNO itu berniat jahat dan fitnah sehingga merosakkan nama baik serta reputasinya serta dipandang rendah oleh masyarakat. “Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan. “Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat,” tambah beliau lagi.

[Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil. Apa yang diedahkan itu sungguh mengejutkan dan terbukti gambar-gambar berkenaan telah diubah suai sedemikian rupa untuk menunjukkan seolah-olah peserta demontrasi Bersih 2.0 bertindak ganas terhadap polis. Namun, hakikatnya adalah berbeza daripada apa yang dipertakan dan hanya mereka yang berada di lokasi berkenaan lebih mengetahui apa yang terjadi. Justeru itu media arus perdana digesa tidak terlalu taksub memaparkan berita dengan menutup kebenaran dan menyebarkan kepalsuan. Jika ini terus dilakukan, maka rakyat pasti akan semakin meluat dan menyampah terhadap kerajaan UMNO Barisan Nasional sebenarnya].
Share:

8 ulasan:

  1. 2 X 5...masing2 pakar super impose... sana dan sini sama saja..

    BalasPadam
  2. 3:29:00 PM
    ko jgn jd warga malaysia la..atas pagar mcm lalang..berduyun lagi yang nak jadi warganegara.

    BalasPadam
  3. hehehe UMNO JD BARUA MCA MIC GERAKAN SEJAK LEBIH 50 TAHUN MCM SIAL. TK RETI RETI NK MENGUCAP. BARU 2 TAHUN BWH DAP BARUA MENGGELUPUR KELAPARAN KERANA PROJEK TARAK MASYUK...HAHAHA MAMPUS LA KAU BARUA PAPA KEDANA

    AKU CADANGAN UTK DAPAT DUIT SEGARA WOI BARUA...KAU JUAL SEMUA NEGERI BWH BARUA NAH BARUA AKAN KAYA RAYA. APA KESAH RAKYAT BARUA MEMANG KENA JUAL DULU KINI SELAMANYA DIBAWAH PIMPINAN BARUA BARUA BARISAN PERABIH DUIT NEGARA

    BalasPadam
  4. Saman, bagus bagus kita kan anak jantan kalah menang cerita lain yamg penting pengajaran kepada barua2 amno kalau boleh bagi dia terus bengkrup lagi bagus, selain sokongan boikot yang dah sedia melemahkan penguasan utusan, saman malu juga mampu meranapkan sebahagian struktur kekuatan perniagaan dan pelebaran pengaruh propaganda nya.
    Isu boikot beli utusan ni dah lama aku praktik kan sejak tahun 93 lagi dan hampir keseluruhan famili sebelah mak dan bapak aku pun dah lama boikot beli utusan, tapi kalau baca free kat kedai kopi aku belasah le juga cuma berita terpilih sahaja aku baca yang lain2 auta aku tolak tepi le, bukan aku tak suka membaca cuma ulasan berita melebih lebih, boleh menyebabkan darah aku jadi mendidih dari aku ludah surat khabar tu lebih aku tak teruskan membaca kang tak pasal2 lak bergaduh dengan tuan kedai.

    BalasPadam
  5. hahahaha sokong bravo 11:48 setiap kali aku terpandang utusan dan berita hari hari aku akan meludah dan ppppttttuiiiit terutama kat kambing2 senyum tua nak mampus itu

    kekadang aku letak tapak kasut kat muka kambing tua itu menandakan tahap busuk dan shitnya utusan dan berita hari hari.

    izinkan sekali lagi aku pppttttttuuuuuiiiiiii kt muka ini dua dua paper

    BalasPadam
  6. saya menyeru dalam bulan yg mulia ini marilah kita sokong umno hanya kerana umno yang mampu beri kita kemajuan pembangunan bangunan yang tinggi tinggi mencecah langit.

    tahniah kepada kepada beberapa org bekas bekas calon pembangkang kini telah kembali ke pangkuan umno dlm tiket bebas.(calon katak)

    kini kita jgn pandang belakang lagi tengok sana ahli parlimen pembangkang bukan islam 39 manakala hanya 38 calon AP pembangkang islam

    nah mari kita tengok pula skrg ini calon islam umno lebih ramai dari calon bukan islam BN iaitu 150 AP umno 5 orang je AP MIC MCA

    kita boleh lihat betapa islamnya dan selamatnya kerajaan bn dan kerajaan negara islam malaysia tercinta ini.

    mari kita lihat kadar penyelewengan sifar yg telah dicapai oleh kerajaan bn skrg yg diterajui oleh AP islam UMNO, kita dapat lihat betapa bersihnya pentadbiran kita ini sehingga khazanah negara digunakan dgn berhemah semata mata untuk kemakmuran rakyat dan rakyat kita telah menikmati gaji minunum yang cukup hebat berbanding dgn negara pesisir kita iaitu RM345.00

    Jika kemakmuran dan kemajuan pembangunan maha hebat ini rakyat sudah tentu akan menyokong kuat kerajaan BN yg ternyata membela rakyat nah sekali lagi kakitangan awam diberi bonus bonus yg mengagumkan bonus setengna bulan gaji yang mana mampu untuk membeli baju raya anak anak terutama keluarga yang ada 10 anak.

    fikir fikirkanlah wahai kaum ku melayuan ternyata umno telah memberi kita cukup makan dengan hasil mahsum negara kita yang melimpahr ruah....gaji kita amat lumayan. percaya lah kurniaan petroleum, minyak sawit, dan byk lagi hasil negara kelak akan mampu menaikkan lagi gaji gaji rakyat semua ke tahap RM550.00 sebulan nah ini akan mampu memberi rakyat hidup mewah ditambah lagi kerajaan memberi lagi subsidi pertroleum ke tahap paling murah iaitu RM1.95 seliter. saya percaya rakyat akan puas hati. nak dibandingkan dengan kerajaan semasa anuar ibrahim jd menteri kewangan apa ke jadah dia letakkan harga petrol RM1.20 seliter. ini ternyata buat rakyat mengamuk bila terpaksa mengisi petrol dgn harga rm1.20 terlalu mencekik darah rakyat.

    kerajaan bn kini telah membuka mata rakyat ygmana telah memberikan subsidi yg banyak utk rakyat merasai nikmatnya yg berganda ganda yakni gaji paling maksimum pekerja bawahan rm550.00 di campur dgn subsidi petrol lg ini...prgghhhhhh aku bahagia amat behagia dibawah kerajaan barisan nasional ternyata ia membela rakyat terutama melayu melayuan...

    mari kita semua mengundi umno untuk hidup mewah maju

    BalasPadam
  7. Marilah sokong UMNO kerana Perdana Menteri UMNO dan isterinya sangat pemurah, bertaqwa dan pandai berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemat hasil duit simpanan sendiri.

    BalasPadam
  8. APA NAK HERAN, SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR NUAR...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.