script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Jana Kemenangan Dalam PRU-13, PAS Adakan Konvensyen Pilihan Raya Malam Ini Dekat Markas Darul Amin, Sungai Gau Temerloh!

TEMERLOH, 17 Ogos - Dengan jangkaan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 hanya dalam tempoh beberapa bulan dan PAS bersama Pakatan Rakyat pula berpotensi untuk mencipta kemenangan, satu konvensyen pilihan raya akan diadakan hari ini. Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang yang dijadualkan akan berlangsung di Markas Darul Amin, Sungai Gau bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Menurut pengarah program Abdul Majid Hasan (foto), pada majlis tersebut tiga tokoh PAS Pusat akan membentangkan pengarahan kerja serta motivasi iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli. “Tema konvensyen yang sangat penting ini ialah ‘Sederap Menjana Kemenangan’ dan ia lanjutan daripada program retreat pilihan raya yang diadakan di Cameron Highlands baru-baru ini. “Matlamatnya ialah untuk merangsang, menggerakkan dan mengaktifkan jentera serta petugas di semua peringkat parti untuk kemenangan pada PRU 13. Juga menyediakan roadmap bertindak mulai Ogos 2011. “Urusetia menjangkakan 1,000 peserta akan hadir yang terdiri daripada anggota Badan Perhubungan Negeri, Dewan-Dewan, Kawasan PPPP, AIPP, DHPP dan Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang,” katanya. Abdul Majid yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang berkata, acara pada sebelah siang akan berakhir pada pukul 4 dengan penyerahan buku rumusan bertindak yang disepakati iaitu ‘Perincian Gerak Kerja Merujuk Resolusi Retreat’. Pada sebelah malamnya akan diadakan tahlil dan iftar perdana, Solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan diakhiri dengan ceramah perdana.


Tiga pemimpin besar PAS yang dijangkan berceramah pada malam ini
Dalam pada itu Abdul Majid memberitahu, fokus PAS Pahang ialah untuk mendapatkan undi Melayu dan jika berjaya Pakatan Rakyat boleh mendapat majoriti mudah. Tambahnya, ini tidak mustahil kerana 12 daripada 14 kerusi parlimen di Pahang merupakan kawasan Felda. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, terdapat 25 kerusi kawasan Felda daripada 43 DUN keseluruhannya. “Dengan peningkatan sokongan dibandar, sokongan bukan Melayu yang masih kekal, lonjakan kesedaran di kalangan peneroka Felda serta pelbagai kelemahan kerajaan negeri yang hangat diperkatakan, maka kita yakin Pakatan boleh membuat kejutan dalam PRU akan datang asalkan pelan gerak kerja dilaksanakan di semua peringkat, tegasnya. Tambahnya, gelombang kebangkitan kemenangan bermula dengan konvensyen ini.

[Pakatan Rakyat (pembangkang) kini sudah mencongak untuk menang mudah di 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang terutamanya bagi kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Asas yang terbaik digunakan sekarang ialah mereka kebanyakkan menolak pembinaan kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation di Gebeng yang sedang hangat diperkatakan itu. Seandainya, pembangkang berjaya memenangi hati masyarakat peneroka Felda maka kemungkinan besar untuk melihat perubahan tampuk pimpinan negeri bakal terlaksana selepas Pilihan Raya Umum akan datang pastinya. Apapun, UMNO BN sudah pasti tidak akan berdiam diri serta melakukan berbagai usaha bagi memenangi hati rakyat. Justeru itu, pertembungan politik dalam PRU-13 ini adalah yang paling sengit dalam sejarah 50 tahun pilihan raya diadakan di negara kita ini].
Share:

9 ulasan:

  1. DAP Kuasai Pembangkang

    29 kerusi DAP, PKR hanya 25 kerusi, PAS ada 23 kerusi. 38 orang ahli parlimen pembangkang adalah bukan Islam, 39 adalah Islam. Kesimpulannya, menyokong pembangkang melemahkan kekuatan orang Islam dalam Parlimen


    Fikir-Fikirkanlah..... wahai kaum melayu ku

    BalasPadam
  2. lidi kuat kerana byknya diikat jadi padu tk blh dipatahkan

    islam kuat kerana pemimpinnya memimpin rakyat amal maaruf cegah mungkar. menegakkan tiang agama perkara utama, sebelum bercakap lbh jauh pastikan adakah kita semua kemas molek tiang 5

    jgn ckp berdegar riuh sana sini memperjuangkan islam dalam masa sama songlap sana sini tetap juga dilakukan.

    BalasPadam
  3. MELAYU MUDAH DI TIPU

    BalasPadam
  4. apa salahnya, kalau DAP bolih mengurangkan beban rakyat, dan memberi kebajikan kepada rakyat, biarlah DAP yg perintah malaysia.

    BalasPadam
  5. Biarpun UMNO menguasai kerusi berbanding Gerakan, MCA dan MIC, tapi bila UMNO digertak oleh mereka terus kecut telur. Mintak tanah bagi, mintak peruntukan bagi, mintak projek bagi, mintak apa saja bagi takut mereka lari dari BN.

    Bila mereka hina Islam, UMNO angguk sama, takde telur nak bersuara. Contoh isu lesen judi, isu bersalam lelaki perempuan dll.

    BalasPadam
  6. Tak nak cakap banyak la..tengok Pulau Pinang...masa UMNO ada kuasa dulu....apa melayu dapat, makin merempat adalah....

    BalasPadam
  7. APA NAK HERAN, SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR NUAR...

    BalasPadam
  8. Cadangan Tawaran Kpd Peneroka Felda Jika Pakatan Menang PRU 13.
    1. Felda diurustadbir mengikut The Normal Practice Of Oil Palm Industry.
    2. Semua pengilangan adalah milik peneroka. Memang tak di buat olih players industry sawit yang lain kilang dan ladang di pisahkan. Maka timbul lah masalah pertikaian kadar perahan. Diluar sana pertikaian di tukar dengan inisiatif meningkat usaha mendapatkan mutu minyak yang optimum.Lihatlah apa jadi dengan Felda berapa banyak saman kes tipu kadar perahan. Ini lah akibatnya jika oil palm industry tak di urustadbir mengikut normal industry practices.Felda nak ambil untung atas ladang maka gadoh lah.Buat ladang tak ikot Normal Estate Practice.Diluar sana the stake holder is the shareholders. Di Felda the real stakeholder should be the peneroka sebab mereka pemilik tanah.Serahkan semua kilang kapada peneroka dan habis cerita kadar perahan.
    3. Ladang milik Felda Plantation diagihkan kepada peneroka baru. Kami yang pernah berkhimat dengan Felda pon ramai tak betanah.

    BalasPadam
  9. Aku dengar Nizam PKR tetap nak tanding kerusi Parlimen Temerloh... hehehehe... senanglah umno nanti... Nizam ni, org PKR dan PAS bukan suka sgt dgn dia... dengar cerita Pemuda PAS boikot Nizam, ye ke?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.