PEKAN, 22 Ogos - Kilang
DRB-HICOM di sini dijangka mula memasang kira-kira 250 unit kereta
Volkswagen selewat-lewatnya November ini, pengeluaran pertama yang akan menguji pasaran tempatan dan global, kata
Datuk Seri Najib Razak. “Peminat Mercedes dan Volkswagen sudah tentu akan lebih mengenali Pekan selepas ini,” katanya sambil berharap DRB-HICOM akan turut menambah kakitangannya kepada 6,000 orang berbanding 2,500 orang ketika ini dalam tempoh empat tahun akan datang. Beliau berucap pada majlis mesra Ramadan bersama lebih 1,000 warga DRB-Hicom dan menerima penyerahan bendera sempena
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan Negeri Pahang di Pekan yang diadakan d
i Taman Sri Maulana di sini. Najib yang juga
Ahli Parlimen Pekan, berkata ia juga akan menjadi platform bagi menjadikan Pekan pangkalan eksport kenderaan itu bermula 2014 dan bandar yang mempunyai hubung kait dengan pengeluaran automotif bagi pasaran antarabangsa. Najib kemudian bersolat tarawih bersama penduduk dan menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin serta ibu tunggal di
Masjid Padang Polo, Pekan. Terdahulu beliau menghadiri majlis penyampaian dividen kepada peserta
Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan
Tanam Semula Berkelompok (TSK) dan mengumumkan dividen RISDA sejumlah
RM179.6 juta bagi 2010 yang akan beri manfaat kepada 42,206 peserta RTBB dan TSK di seluruh negara.
[Dalam ucapannya, beliau mahu semua pekebun kecil di negara ini mengguna pakai teknik terbaik dalam meningkatkan produktiviti hasil getah dan kelapa sawit supaya dapat menambah pendapatan berlipat ganda sejajar prinsip Model Baru Ekonomi (MBE). Perdana Menteri juga yakin usaha berterusan serta penggunaan baja yang betul akan dapat meningkatkan pengeluaran seterusnya menambah pendapatan bulanan golongan berkenaan, sekali gus memastikan sektor perladangan negara terus berdaya saing dan menggalakkan penyertaan lebih ramai generasi muda. “Begitu juga perkara berkaitan membaja perlu diberi perhatian utama... saya minta RISDA lancarkan gerakan di seluruh negara supaya pekebun kecil membaja pokok getah atau sawit mengikut jadual dan dapat meningkatkan hasil serta pendapatan masing-masing," tambah beliau lagi].
Pekan, Pahang akan terkenal dengan pengeluaran kereta Volkswagon walaupun ianya tidak memberi menafaat kepada penduduk dsini dan Malaysia secara amnya. Harga minima Volks RM 150,000. Berapa orang Melayu dan rakyat mampu membelinya sedangkan kereta Perodua pun dah tidak mampu. Keretanya kecil tapi harganya 40,000 keatas.
BalasPadampekan akan melambangkan status kehidupan najib sebagai org bangsawan juga tahap kekayaan kehidupan bigmama juga melambangkan yg umno itu lahir dari istana barulah ada gaya tempat pembuatan kereta yg bernilai ratusan ribu ringgit,barulah kena dgn kehidu[an dan jiwa najib and bigmama....
BalasPadamUlasan PDO nih sesuai dan selari dengan utusan meroyan tuh. PDO nih UMNGOK jugeke sejat kena 'tuwi' hari tuh... Kesihan PDO dah tak sebebas dahulu...
BalasPadamkalu bagi penduduk pekan keta woklkwagen sebijik sorang barula najib jadi pemimpin berjiwa rakyat..
BalasPadamsepupu aku keje kat kilang kete pun boleh pakai moto dengan kete proton secondhand je...