pahangdaily pahangdaily Author
Title: Datuk Zaid Ibrahim Tolak Provokasi Media Konon KITA Bergolak & Harap Rakyat Terima Kenyataan Parti Itu Juga Adalah Pembangkang Di Negara Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JERANTUT, 7 Okt - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air ( KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) berharap agar rakyat menerima kenyataan b...
JERANTUT, 7 Okt - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) berharap agar rakyat menerima kenyataan bahawa partinya itu juga adalah parti pembangkang di negara ini dan bukannya parti dalam gabungan Pakatan Rakyat semata-mata. Beliau berkata demikian dalam majlis penerangan parti KITA yang diadakan di Jerantut Hill Resort dekat sini petang semalam. Dalam majlis itu, selain sesi penerangan, majlis dialog turut diadakan. Berbagai persoalan dan kemusykilan yang sering bermain difikiran rakyat telah dihuraikan satu persatu oleh Datuk Zaid dalam majlis semalam. Majlis yang dianjurkan oleh Ketua KITA Cawangan Pahang, Md Nor Jaafar itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan hadirin dan wartawan yang hadir. Masing-masing percaya jika KITA mengotakan apa yang dijanjikan, maka nescaya satu hari nanti parti itu bakal menjadi sebuah parti yang akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Zaid dalam ucapannya menegaskan sikap sesetengah orang yang masih menganggap bila dikatakan parti pembangkang itu mestilah parti PAS, DAP dan PKR sahaja. "Orang lain tidak layak belaka. Itu tak betul", katanya. Beliau menjelaskan parti KITA adalah merupakan parti pembangkang baru yang juga mahu melihat kerajaan itu berubah melalui dasar-dasar yang dibuatnya. "Tengoklah, kalau PAS buat tak betul di Kelantan maka kita akan tentanglah PAS tu... Begitu juga kalau Kerajaan Kedah buat tak betul, kerajaan Lim Guan Eng (Pulau Pinang) tak buat betul, kita kena bersuara. Janganlah kerana parti tu yang memerintah adalah kerajaan yang sama dengan parti kita maka kita diamkan je", kata Zaid. "Saya rasa itu politik zaman dulu bolehlah, tapi sekarang perlu berubah. Asal kumpulan kita semua betul, kalay kumpulan lain semua salah. Kalau group BN semua salah, tak boleh .. ada jugak yang BN lakukan itu betul kita kena sokonglah", tambah beliau lagi. Zaid turut menegaskan pendekatan parti KITA adalah apa yang dia (kerajaan) buat. "Kalau dia buat betul, kita sokonglah. Katalah Bajet yang akan dibuat oleh kerajaan esok (hari ini). Kalau ada bajet yang menguntungkan kepada rakyat, kita sokonglah. Yang membazir tak tentu hala tu kita tak sokong. Bukan maknanya kita berpihak kepada parti Barisan Nasional (BN)", kata Zaid lagi.

KITA Sokong 'Dasar Yang Terbaik' Untuk Rakyat

Sementara itu, Zaid turut menegaskan bahawa beliau menyokong keputusan Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebab itulah yang diperjuangkan oleh beliau selama ini. Malahan, beliau sanggup letak jawatan menteri untuk membantah akta tersebut. "Saya sokong tindakan PM itu, sebab itulah perjuangan saya sejak 10-20 tahun dulu. Jadi bila orang buat kebaikan, kita sokonglah. Tidak kira yang buat itu Najib ke, Hj.Hadi ke, Anwar Ibrahim ke. Lim Guan Eng ke atau siapa. Kita kena sokong apa yang kita ubah. "Kalau dulu PAS tduh UMNO assobiyah. UMNO pula tuduh pas assobiyah. Semua sama. Jadi saya rasa politik macam ini tak sihat. Sikap berpuak-puak ini tak sihat. Penilaian tak betul. Kalau benda ni dari kumpulan kita semua betul. Politik ni adalah kerajaan, kerajaan buat dasar. Bila dia buat benda tak betul, tak kiralah parti apa pun ia tetap tak betul. Ini yang saya nak cuba wujudkan di negara kita ini. Politik yang melihat sesuatu benda tu secara objektif (ternilai). Kita jangan terlalu taksub dengan kumpulan kita, orang lain semua tak betul. Apa orang kita kata betul, apa orang lain kata tak betul", tambah beliau lagi. Beliau turut berharap untuk melihat politik yang lebih sihat, berasas dengan perjuangan dan kepentingan rakyat yang sebenarnya. "Saya tak kira, dan kalau boleh saya akan beri kerjasama kepada semua pihak samada BN atau pembangkang. Tapi kena buatlah benda yang betul. Mungkin cara kita baru dan cara ni tak biasa orang dengar. Pendekatan ni tak biasa kita dengar", tambah Datuk Zaid Ibrahim.


Krew PDO, Blogger Cucumatkilau sempat bergambar dengan Ketua KITA
Datuk Zaid Ibrahim dan Md.Nor Jaafar (Ketua KITA Cawangan Pahang)

[Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim pada majlis itu sedikit meredakan keadaan sebenarnya. Sebelum ini ramai yang menuduh KITA adalah talibarut UMNO dan Zaid akan kembali kepangkuan UMNO dan berbagai-bagai lagi. Rupanya, KITA dilihat lebih jujur dalam meneruskan arus perjuangan rakyat itu sebenarnya. Walau pun berbagai tuduhan dilontarkan namun beliau terus tegas dengan pendiriannya untuk melihat politik yang lebih relevan dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini. Maka, kemungkinan besar KITA akan menjadi parti alternatif buat rakyat Malaysia pada masa akan datang. KITA juga akan meletakkan calonnya pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Sokongan rakyat amat wajar jika KITA tidak lari dari landasan perjuangannya. Laporan seterusnya akan menyusul dan ikuti penjelasan lanjut Blogger Cucumatkilau yang turut diundang khas untuk hadir ke majlis tersebut semalam. Klik SINI untuk dengar ulasan beliau].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, October 07, 2011 2:39:00 PM

Kalu X Bongok & Zalim, Bukanlah United Myanmar & Nepal Organization namanya.....

Anonymous said... Friday, October 07, 2011 11:44:00 PM

'KITA' tak kan kemana...
Rahmat amat besar kalau tak hilang deposit!
Tengok lah nanti lepas PRU13.
Akan hanyut bagitu saja ikut arus.

Anonymous said... Saturday, October 08, 2011 10:29:00 PM

TAHNIAH KITA adalah KITA...jangan bila kalah merajuk dah la.

 
Top