script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli UMNO Di Gesa Kuasai Alam Siber Untuk Sekat Sebarang Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan BN!

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (foto) berkata setiap ahli UMNO perlu lebih agresif menguasai peperangan di alam siber terutama berkaitan media baru bagi menangkis secara efektif segala tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap parti itu dan kerajaan. Jelas beliau berkata perkara itu amat penting bagi mengubah sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap UMNO dan kerajaan yang cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru. “Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa yang ditulis,” katanya selepas menghadiri wacana politik bertajuk “Pembentukan Persepsi Politik” anjuran Jabatan Penerangan UMNO di sini semalam. Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan memandang serius terhadap persepsi negatif masyarakat terhadap setiap tindakan kerajaan dan sentiasa mengambil tindakan untuk memperbetulkan. Mengenai wacana politik itu, beliau berkata ia merupakan satu pembaharuan yang dibawa oleh UMNO bagi meningkatkan pengetahuan anggotanya dalam pelbagai bidang politik menerusi pembentangan idea oleh pakar-pakar. ”Ini merupakan satu program percambahan minda dan penambahan ilmu…siri wacana ini akan menjadi takwim tetap Penerangan UMNO selain ceramah dan program lain”, ujarnya.

[Nampaknya UMNO sudah semakin sedar akan kekuatan pembangkang di medan "perang siber" sekarang ini. Namun, apakah kesedaran itu sudah terlambat atau tepat pada masanya. Apa yang jelas kini, media siber masih dikuasai sepenuhnya oleh blog-blog pro pembangkang di negara kita. Sebelum ini, dalam satu program di Bentong beberapa hari yang lalu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berkata UMNO perlu mewujudkan “unit tempur siber” yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber. Maknanya, kini UMNO benar-benar sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan pembangkang di alam siber. Soalnya, apakah persediaan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Malah, ada blogger-blogger yang selama ini berjuang dengan speenuh hati untuk membela pihak-pihak tertentu tidak diberikan layanan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang akhirnya meninggalkan perjuangan tersebut dan kembali meneruskan survival kehidupan yang lebih memerlukan. Oleh itu, parti-parti politik diminta agar lebih mengambil perhatian terhadap blogger dan media baru mereka agar tidak terus dipinggirkan dari segi kebajikan dan kewangan. Jika tiada dana mencukupi, maka bagaimana mereka akan meneruskan perjuangan].
Share:

4 ulasan:

  1. Too little too late la.

    Buas, bengis....

    BalasPadam
  2. Penyokong UmnoApcoPorno semuanya bodoh, bahlol dan bangang. mana boleh kuasai IT. Yang mereka tau hanya mempercayai ayat2 suci Utusex Malaysia dan menonton Tv 3/4 ajer...

    BalasPadam
  3. Eh jangan, kalau dah pandai nanti buka laman porno, keh keh keh. Jadi, eloklah jadi bodoh siber.

    BalasPadam
  4. Umno yang Islam le join PAS, barulah kuat, tak gitu. Jangan salah faham ia, bukan PAS join umno.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.