script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hishamuddin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Nafi Dakwaan Pembangkang Pihaknya Beri Taraf Permastautin Tetap Mudah Kepada Warga Asing

KLUANG 13 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa pihaknya mudah memberikan taraf pemastautin tetap (PR) kepada rakyat asing. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, tuduhan itu tidak berasas malah sengaja ditimbulkan parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya akan datang. "Tuduhan ini tidak berasas kerana saya tahu dan saya yang meneliti syor-syor daripada pegawai kita. Kita meluluskan PR mengikut undang-undang. “Kenapa dulu mereka (pembangkang) tidak bangkitkan perkara ini. Jadi saya mahu nyatakan bahawa ini tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sembrong, Abdul Rahman Shahdan, yang menghidap penyakit kencing manis, di Felda Kahang Timur, di sini, hari ini. Hishammuddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, berkata, tindakan pembangkang yang membuat pelbagai tohmahan terhadap isu pemberian PR itu jelas menunjukkan mereka bimbang dan takut dengan program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, apa yang dibimbangi ketika ini adalah mudah bagi warga asing tinggal di negara ini dan atas dasar berkenaan, pihaknya melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) untuk merekodkan data mereka.

[Kenyataan Hishamuddin ini dilihat tidak kena pada tempatnya. Tambahan pula pendedahan yang dibuat oleh pihak pembangkang itu ada asas dan bukti-bukti kukuh yang telah didedahkan. Malah, isu ini sememangnya sudah lama dibangkitkan terutamanya melibatkan pilihanraya di Sabah dulu. Ramai warga asing yang bertaraf PR terutamanya dari Filipina dan Pakistan mendapat taraf kewarganegaraan yang membolehkan mereka mengundi BN di sana. Begitu juga dengan apa yang berlaku di semenanjung sekarang ini. Banyak bukti terdapatnya warga asing yang sengaja diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi. Malah, di Pahang ini sendiri ia banyak melibatkan warga Kemboja dan Myanmar yang mendiami kawasan Pekan dan sekitarnya. Malah mereka dilihat memiliki MyKad biarpun baru setahun jagung berada di negara ini. Namun, Hishamuddin juga ada hak untuk menafikan apa yang berlaku. Kerana itulah budaya dan amalan politik di negara kita sejak zaman berzaman].

Share:

7 ulasan:

  1. Menteri yang paling bodoh dalam sejarah tanah air. Membuat kenyataan seolah-olah rakyat juga dangkal macam dia. Apakah bukti-bukti yang dikemukaan PR itu palsu dan sengaja diada-adakan. Nampaknya menteri menteri kat Malaysia ni mengalami "sindrom penafian". Kalau setakat membuat penafian tanpa dikemukakan hujjah bernas kemudian disiarkan oleh akhbar utama seperti utusan dan berita harian....Saya rasa cara dan strategi itu sesuai untuk zaman 60-an saja.

    BalasPadam
  2. Seorang imam bertauliah di kawasan Gelang Patah digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dipercayai kerana beliau menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


    Selain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus kedua-dua ujian saringan yang dijalankan.


    Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah. - Harkkkharkkptuihh


    haii kenapa merungut?..dah tau keje dengan kerajaan negeri tapi dalam masa yang sama ingkar dengan arahan kerajaan negeri pun masih nak merungut?? sape yang bayar gaji dia? pembangkang kerr??


    bukankah sepatutnya tugas sebagai seorang imam yang di amanahkan untuk memimpin penduduk setempat dengan kegiatan yang berfaedah seperti mengimarahkan mesjid dan lain2 kegiatan aktiviti berkaitan kerohanian.


    Bila beliau di cekup ketika menyertai perhimpunan haram bershit tempohari maka tiada kesalahan jika pihak JAIJ mengambil tindakan susulan terhadap beliau kerana jelas beliau telah melanggar peraturan jabatan.


    dah ler menderhaka tapi masih tak sedar diri lagi. nama je imam tapi kalau sifat dah tak tau nak mengenang budi baik jangan jadi imam. buat malu penduduk setempat jek!. lebih baik dia letak jawatan dan apply keje jadi kambeng bershit pasrael full time


    Lain kali fikir dulu buruk baik sebelum buat tindakan bodoh yang hanya akan menyusahkan anak bini sendiri!

    BalasPadam
  3. Bila Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa pihaknya mudah memberikan taraf pemastautin tetap (PR) kepada rakyat asing..he...he...he.. !

    "Tuduhan ini tidak berasas kerana saya tahu dan saya yang meneliti syor-syor daripada pegawai kita."

    Bila menteri sebut tidak berasas bermakna ianya memang berasas.... kerana menafikan pekara yang benar adalah kerja pemimpin UMNO BN untuk menipu orang yang bodoh. He...he..he...

    "...Kita meluluskan PR mengikut undang-undang. “Kenapa dulu mereka (pembangkang) tidak bangkitkan perkara ini. Jadi saya mahu nyatakan bahawa ini tidak benar...”

    Bila menteri sebut "kenapa dulu mereka tidak bangkitkan" bermakna pekara itu memang benar-benar berlaku sejak dulu lagi.... menafikan pekara yang benar adalah untuk menipu pengundi yang bijak jadi bodoh... he...he...he...he...

    Kenapa Bersih 2.0 minta dakwat kekal tapi SPR sibuk dengan biometrik ? Tujuannya ialah supaya rakyat bertelagah sesama sendiri dalam memperjuangkan dakwat kekal dengan biometrik.

    Dakwat kekal mudah mengesan pengundi hantu, dan biometrik tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa, penyelidikan dan latihan kerana SPR perlu tahu cara guna untuk menipu.

    Akhirnya dalam keadan pilihanraya yang hampir tiba, dakwat kekal dan biometrik tidak dipedulikankan tapi mereka buat cara lama yang biasa mereka gunakan.... tipu dalam daftar pemilih, guna pengundi hantu, tipu undi pos he...he...he..

    Bila menteri menafikan kebenaran maka ramailah pencacai sokong pembohongan... he...he./..he...

    Pengundi hantu:
    1. Orang mati - SPR akan sediakan jumlah kertas undi orang mati itu dan sedia dipangkah oleh orang upahan SPR untuk calon BN.

    2. Nama pengundi pelik yang ramai dalam satu alamat - pihak SPR akan jumlahkan nama-nama pengundi dalam satu alamat itu kemudian disediakankan jumlah kertas undi dan sedia dipangkah oleh orang upahan untuk calon BN.

    3. Nama pengundi yang bertindan - Orang ini sebenarnya tidak tahu nama mereka ada lebih dari satu, yang tahu hanyalah SPR. Pihak SPR akan mengumpulkan jumlah nama yang bertindan itu dan asingkan jumlah kertas undi. Ketas undi itu akan dipangkah awal untuk calon BN sebelum pilihanraya dibuka kepada orang ramai.

    Ada orang menyangka bahawa penduduk tetap dapat warganegara boleh mengundi... jawapannya mungkin orang itu pergi mengundi dan mungkin juga orang-orang upahan SPR yang tolong pangkahkan kertas undi.

    Sebenarnya kerajaan BN hari ini hanya memerlukan nama dan alamat pengundi saja... bukan nya orang sebagai pengundi.

    Ini membawa maksud ada nama pengundi bermakna ada kertas undi. Ada kertas undi akan memberi harapan cerah untuk menambah jumlah kertas undi dan menang. Orang datang mengundi atau tidak bukan masaalah.

    Itu sebabnya kita melihat pihak SPR hari ini seperti orang kena sawan babi menolak permintaan Bersih 2.0 berkaitan lapan pekara kerana mereka tidak mahu mengubah sistem yang telah sedia dilaksanakan.

    Dari maklumat diatas menunjukkan SPR selama ini adalah agensi penipu yang bertindak sperti musang jaga reban ayam....
    he...he...he...he..

    Tun Mahathir penipu,
    Mohd. Najib /Rosmah penipu,
    Semua menteri penipu,
    Polis, SPRM, peguam negara,penipu
    SPR penipu
    Kerajaan UMNO BN penipu
    He...he....he...he...what the fuck!

    BalasPadam
  4. ok ler dpt PR ikut procedure dpt warga negara ikut procedure gak . INDON bergelar BUMIPUTRA ikut procedure mane plak?

    BalasPadam
  5. Peguam bodoh tu nak tanya wat apa, untuk rujukan pencacai Amno sahaja boleh ler.

    BalasPadam
  6. Wikileaks dah hebuh pasal kebinet najib ada budak gay, jawatan terpenting pulak tu. Patut le aku tengok hari itu mula nak ambil tindakan keras pada khairy, lepas tu apa pun tarak, patut le pun Khairy buat donno jer rupa2 nya budak gay gertak. Apa dia nak heran dia budak jantan

    BalasPadam
  7. Menteri yang hanya tahu membuat penafian saja. Berbuat apa saja supaya tak hilang kuasa. Penipuan yang hebat...tanahair bakal tergadai...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.