KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (foto) tidak sependapat dengan sebahagian besar pemimpin BN dan UMNO bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 boleh bertukar menjadi rusuhan seperti yang berlaku di kota London awal minggu ini. "Saya tidak bersetuju dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang, tetapi saya tidak akan tidak bersetuju dengan tuntutan BERSIH dan saya juga tidak bersetuju bahawa BERSIH dibandingkan dengan rusuhan London," katanya kepada kira-kira 100 orang pada satu forum pagi ini. Menurut Saifuddin, kerajaan telah gagal menangani tindakan BERSIH untuk berarak pada 9 Julai dengan mempertimbangkan kemungkinan satu perhimpunan aman seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). "Kita sepatutnya membincangkan cadangan Suhakam mengenai cara untuk mengadakan perhimpunan secara aman," katanya pada forum "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" anjuran Pergerakan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Kajang. Katanya, sesetengah orang tidak seharusnya begitu takut dengan perkataan "demonstrasi" sehingga mendapati bahawa walaupun ada pihak yang mengadakan demonstrasi tetapi ia diberi nama atau labelkan dengan perkataan lain. Walau bagaimanapun, Saifuddin pertahankan hujah bahawa Perdana Menteri sentiasa berhasrat mahu benarkan perhimpunan itu diadakan di dalam stadium. "Tetapi ia tidak berlaku. Dan saya tidak akan mengulas lebih dari itu," tambah beliau lagi.
[Nampaknya, Saifuddin Abdullah akan semakin dibenci dan dikritik oleh para penyokong UMNO selepas ini. Beliau yang dilihat lebih bersikap neutral dalam mengeluarkan kenyataan mungkin akan berhadapan dengan bantahan dari kalangan ahli parti itu sendiri. Justeru itulah kita tidak hairan beliau kini sering menjadi mangsa dan kutukan blogger-blogger pro-UMNO. Malah ada yang menuduh dia adalah orang Anwar dalam kabinet Najib. Apapun, kenyataan haruslah diterima dengan hati yang terbuka. Mungkin Saifuddin lebih bersukap terbuka kerana memikirkan kebenaran yang perlu dilakukan dalam amalan pilihanraya di negara kita. Lantaran itulah beliau melihat himpunan Bersih 2.0 itu perlu bagi memperbetulkan keadaan. Ia berbeza dengan apa yang berlaku di London bila rakyatnya merusuh akibat ketidak puasan hati terhadap kerajaan yang menyebabkan ekonomi negara itu kian merudum. Itulah yang membuatkan mereka terpaksa memberontak demi survival kehidupan mereka itu sebenarnya].

Bercakaplah dengan jujur dan ikhlas..
BalasPadamINSYAALLAH....lepas bn teraju semula pentadbiran negara selepas pru 13 nanti, takder lagi pudin ni dalam kabinet.....alhamdulillah
BalasPadamAku ulangi andainya ada beberapa
BalasPadamlagi pemimpinx UMNO yang berfikiran
seperti beliau maka sukarlah bagi
PR untuk merampas Putrajaya.Tetapi
alhamdulillah tida sekor pun yang
begitu.Mugax berterusan merekax ini
berfikiran sempit seperti ini.Buat
TMPT muga allah membuka hatimu
untuk berhijrah.
Seorang imam bertauliah di kawasan Gelang Patah digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dipercayai kerana beliau menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
BalasPadamSelain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus kedua-dua ujian saringan yang dijalankan.
Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah. - Harkkkharkkptuihh
haii kenapa merungut?..dah tau keje dengan kerajaan negeri tapi dalam masa yang sama ingkar dengan arahan kerajaan negeri pun masih nak merungut?? sape yang bayar gaji dia? pembangkang kerr??
bukankah sepatutnya tugas sebagai seorang imam yang di amanahkan untuk memimpin penduduk setempat dengan kegiatan yang berfaedah seperti mengimarahkan mesjid dan lain2 kegiatan aktiviti berkaitan kerohanian.
Bila beliau di cekup ketika menyertai perhimpunan haram bershit tempohari maka tiada kesalahan jika pihak JAIJ mengambil tindakan susulan terhadap beliau kerana jelas beliau telah melanggar peraturan jabatan.
dah ler menderhaka tapi masih tak sedar diri lagi. nama je imam tapi kalau sifat dah tak tau nak mengenang budi baik jangan jadi imam. buat malu penduduk setempat jek!. lebih baik dia letak jawatan dan apply keje jadi kambeng bershit pasrael full time
Lain kali fikir dulu buruk baik sebelum buat tindakan bodoh yang hanya akan menyusahkan anak bini sendiri!
menyesal kawan ngundi datok ni dulu pd 2008.xp xpe kwn dan 7 undi keluarga kawan kompom xkan undi dier lg wlwpon dier bertanding atas tiket pembangkang.
BalasPadamala merusuh je......on je....seronok tengok..penyangak ngan penyamun...berlawan..kekekeke
BalasPadamsekarang ini UmnoApcoPorno melalui Dato Sharkar dan org2nya akan berusaha menyingkirkan Saifudin dan dinyah daripada politik Umno.
BalasPadamDalam UmnoApcoPorno ni, bukannya boleh tunjuk pandai sikit, pastinya akan dikerat terus.
Kalau Tun Razak masih hidup, tentu beliau pun menangis dgn perangai budak2 UmnoApcoPorno sekarang...