KLANG 10 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama. Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas. "Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya semalam. Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati. Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih. Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia. Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi. Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas. Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang kelmarin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu manakala pihak hospital tidak dapat dihubungi.
[Kejadian yang sunggh memilukan sebenarnya. Gara-gara membeli juadah untuk berbuka puasa akhirnya keluarga terbabit ditimpa musibah sedemikian rupa. Namun pengajara yang harus diambil daripada insiden ini ialah jangan terlalu taksub membeli juadah di Bazar Ramadan, kerana dikhuatiri makanan yang sudah lebih tarikh terus dijual biarpun tahap kesihatannya amatlah diragui. Sementara itu, kepada para peniaga pula adalah dinasihatkan jujur dan amanah dalam menjalankan urusan perniagaan di bulan Ramadan ini. Jangan dek kerana mahu mengaut untung berlipat ganda, maka makanan yang tidak habis dijual pada hari yang lepas dijual pula pada hari berikutnya. Inilah yang menyebabkan unsur-unsur keracunan itu sebenarnya. Pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan diminta memantau tahap kebersihan makanan yang dijual di Bazar Ramadan, agak perkara sebegini tidak berulang lagi].






saya amat setuju dgn komen admin PDO.tak sepatutnya para peniaga(segelintir)khususnya bazar ramadhan menjual juadah yang tak habis dijual pada keesokkan hari. ini akan mendatangkan kemudaratan dan berkemungkinan akan basi sekiranya dijual.hal ini akan menyebabkan pengguna mengalami keracunan makanan.hal ini pernah terjadi pada saya pada bulan puasa tahun lepas. amat kasihan dan simpati kalau terjadi pada anak2 yang tak berdosa.saya amat berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera keatas peniaga yang terbabit.
BalasPadamSakit perut selepas setengah jam berbuka? Kenapa tidak ke klinik atau hospital terus? Kenapa tunggu sampai pagi? Ini contoh kes ibubapa lalai dan ambik mudah sebenarnya
BalasPadambetul tu. ini kecuaian ibubapa. tak bertanggungjawab langsung. malang dapat ibubapa macam ni.
BalasPadamParti syaitan, adalah parti yg memberi lesen judi dan maksiat.
BalasPadamParti syaitan adalah pemimpin yang dayus, membiarkan aurat isteri jadi tontonan umum, rakyat yg jahil lebih cintakan bangsa dari agama.