
JERANTUT, 12 Ogos - Para penduduk Kampung Jerantut Feri dekat sini merakamkan terima kasih atas usaha Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Seri Adnan Yaakob yang begitu prihatin dan peka dengan masalah dan aduan dikemukakan oleh rakyat luar bandar. Malah mereka juga berbangga, kerana lawatan kerja Adnan ke Jerantut untuk bertemu dengan penduduk akhir bulan lalu telah membuahkan hasil. Buktinya, aduan mengenai ketiadaan lampu di Jambatan Sungai Pahang berdekatan kampung tersebut yang bergelap sejak dibina 35 tahun lalu kini bertukar menjadi ceria pada waktu malam setelah pemasangan lampu berkenaan baru-baru ini. Aduan penduduk telah dihantar menerusi surat rasmi dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Menteri Besar menyebabkan beliau begitu prihatin dan tindakan pantas telah dilaksanakan kemudiannya. Tiga hari selepas lawatan itu, didapati lampu berkenaan mula dipasang di jambatan itu sekali gus melegakan penduduk.
Lampu jalan yang dipasang sejak dua minggu lepas menambahkan keceriaan
waktu malam di Jambatan Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri
[Difahamkan, sebelum ini permohonan projek pemasangan lampu Jambatan Sungai Pahang itu kerap diajukan oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Kerajaan Negeri menerusi pentadbiran daerah sebelum ini tetapi tidak mendapat jawapan. Hal ini menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penduduk dan pelancong ke Taman Negara kenapa jambatan itu tanpa lampu sedangkan ia menjadi laluan alternatif untuk kenderaan berulang alik melalui jalan persekutuan antara bandar Jerantut ke Maran. Justeru, mereka mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya MB kerana memandang serius kemudahan asas untuk keselesaan penduduk luar bandar dan pedalaman].
Lampu jalan yang dipasang sejak dua minggu lepas menambahkan keceriaan
waktu malam di Jambatan Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri






Apa bezanya umporno dalam kes Ali Ketam lanjutkan tempoh masa hingga jam 3 pagi utk bersyok2, tak komen apa2 pin. Pirrah, lu pun 2X5. Hu hu hu penjilat kahak.
BalasPadamApa punya koman malaysia ni...hendak lampu kat jambatan pun sampai adu pada MB baru dapat. Itu sepatutnya tak payah adu pun....pihak yang dipertanggungjawap mesti peka dengan kerja mereka. Tak ada kemaluan langsung pihat yang bertanggungjawab tu....tidoooooo
BalasPadammacam tipu jer.... tiap2 bulan aku balik padang piol...ni wayang pilihanraya je kot?
BalasPadamkalau tak salah aku, dulu simpang sebelum jambatan tu ada je lampu. Sebelah jerantut, depan kedai tomyam. Sebelah kilang papan, jalan masuk ke PPRT...
sejak tahun lepas, site kilang papan tu tak menyala...