script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Rakyat: Penduduk Jerantut Feri Berterima Kasih Kepada MB Kerana Selesai Masalah Mereka

JERANTUT, 12 Ogos - Para penduduk Kampung Jerantut Feri dekat sini merakamkan terima kasih atas usaha Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Seri Adnan Yaakob yang begitu prihatin dan peka dengan masalah dan aduan dikemukakan oleh rakyat luar bandar. Malah mereka juga berbangga, kerana lawatan kerja Adnan ke Jerantut untuk bertemu dengan penduduk akhir bulan lalu telah membuahkan hasil. Buktinya, aduan mengenai ketiadaan lampu di Jambatan Sungai Pahang berdekatan kampung tersebut yang bergelap sejak dibina 35 tahun lalu kini bertukar menjadi ceria pada waktu malam setelah pemasangan lampu berkenaan baru-baru ini. Aduan penduduk telah dihantar menerusi surat rasmi dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Menteri Besar menyebabkan beliau begitu prihatin dan tindakan pantas telah dilaksanakan kemudiannya. Tiga hari selepas lawatan itu, didapati lampu berkenaan mula dipasang di jambatan itu sekali gus melegakan penduduk.


Lampu jalan yang dipasang sejak dua minggu lepas menambahkan keceriaan
waktu malam di Jambatan Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri

[Difahamkan, sebelum ini permohonan projek pemasangan lampu Jambatan Sungai Pahang itu kerap diajukan oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Kerajaan Negeri menerusi pentadbiran daerah sebelum ini tetapi tidak mendapat jawapan. Hal ini menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penduduk dan pelancong ke Taman Negara kenapa jambatan itu tanpa lampu sedangkan ia menjadi laluan alternatif untuk kenderaan berulang alik melalui jalan persekutuan antara bandar Jerantut ke Maran. Justeru, mereka mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya MB kerana memandang serius kemudahan asas untuk keselesaan penduduk luar bandar dan pedalaman].
Share:

3 ulasan:

  1. Apa bezanya umporno dalam kes Ali Ketam lanjutkan tempoh masa hingga jam 3 pagi utk bersyok2, tak komen apa2 pin. Pirrah, lu pun 2X5. Hu hu hu penjilat kahak.

    BalasPadam
  2. Apa punya koman malaysia ni...hendak lampu kat jambatan pun sampai adu pada MB baru dapat. Itu sepatutnya tak payah adu pun....pihak yang dipertanggungjawap mesti peka dengan kerja mereka. Tak ada kemaluan langsung pihat yang bertanggungjawab tu....tidoooooo

    BalasPadam
  3. macam tipu jer.... tiap2 bulan aku balik padang piol...ni wayang pilihanraya je kot?

    kalau tak salah aku, dulu simpang sebelum jambatan tu ada je lampu. Sebelah jerantut, depan kedai tomyam. Sebelah kilang papan, jalan masuk ke PPRT...

    sejak tahun lepas, site kilang papan tu tak menyala...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.