Setiap kali berlakunya pilihanraya, baik pilihanraya kecil atau pilihanraya umum maka pasti ada saja yang merungut di "kem pembangkang", terutamanya tentang persediaan jentera dan petugas pilihanraya. Apa tidaknya, setiap kali musim pilihanraya pasti jentera Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang lebih menonjol daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri. Di Pahang, senario ini memang kerap berlaku dan sudah menjadi kebiasaan kepada semua pihak sebenarnya. Persoalannya, apakah fenomena ini harus dibiarkan terus berlaku sampai bila-bila?. Jentera atau petugas pilihanraya adalah penting dalam membantu kemenangan. Maka itu, jentera harus dilatih dan diperkemaskan dengan kemahiran untuk berkerja sebelum, semasa dan selepas sesuatu pilihanraya itu. Mutakhir ini, bagi negeri Pahang apa yang bakal disaksikan masih hampir sama dengan yang terdahulu. Kebergantungan terhadap parti PAS, dilihat sebagai sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. PAS yang dianggap "lebih advance" dalam kemahiran berhadapan dengan pilihanraya sering dijadikan alat setiap kali pilihanraya. Alasan yang diberikan cukup mudah iaitu parti lain iaitu DAP dan PKR, masih baru dan tidak mempunyai jentera yang mempunyai semangat jati diri dan komitmen yang tinggi seperti ahli PAS. Jika inilah alasannya, maka sampai bila agaknya ia boleh diubah. Sampai bilakah parti pembangkang lain harus bergantung kepada jentera PAS semat-mata. Malah, ada sesetengah kawasan langsung tidak ada cawangan atau kewujudan parti lain dalam pembangkang selain PAS. Sepatutnya, selepas menang besar dalam menidakkan 2/3 majoriti BN di parlimen pada PRU-12 dulu maka maasing-masing sewajarnya mengukuhkan jentera parti, menambah ahli dan membuka seberapa banyak cawangan (ranting) yang baru. Kini, masa sudah terlalu tipis untuk itu dan kerumitan itu akan bertambah tatkala pembubaran parlimen berlaku bila-bila masa dari sekarang. Anehnya, ada pula parti yang tidak mempunya jentera yang cukup kuat dan bersedia tetapi berusaha melobi untuk bertanding di banyak kawasan sedangkan mereka tahu senario yang berlaku. Akhirnya, jentera PAS terus digunakan atas dasar persepakatan sampai bila-bila.
[Oleh itu, pada PRU-13 ini nanti adalah disyorkan agar mana-mana kawasan yang tidak berwibawa untuk parti lain memberi ruang kepada PAS untuk meletakkan calon mereka. Jika tidak sudah pasti ia akan mengecewakan ramai pihak, seolah-olah mereka diperalatkan oleh rakan-rakan yang lain. Semua ini sebenarnya berlaku di mana-mana di seluruh negara. Terkadang ia ada baiknya, tetapi terkadang buruk padahnya. Jika ia berlaku di kawasan yang ditandingi oleh PAS sendiri, mungkin tiada masalahnya. Bayangkan jika ia terjadi kepada kawasan yang ditandingi oleh parti lain?.Usaha perlu dilakukan lebih awal untuk menambah ahli dan memperkuatkan jentera, bukan sekadar seronok beretorik mahu menawan Putrajaya sedangkan kemampuannya tidak ada. Semoga teguran ini dapat diambil sebagai iktibar oleh semua pihak. Berubahlah sekarang jika benar ingin membawa perubahan buat rakyat. Masa semakin hampir sekarang !!].
[Oleh itu, pada PRU-13 ini nanti adalah disyorkan agar mana-mana kawasan yang tidak berwibawa untuk parti lain memberi ruang kepada PAS untuk meletakkan calon mereka. Jika tidak sudah pasti ia akan mengecewakan ramai pihak, seolah-olah mereka diperalatkan oleh rakan-rakan yang lain. Semua ini sebenarnya berlaku di mana-mana di seluruh negara. Terkadang ia ada baiknya, tetapi terkadang buruk padahnya. Jika ia berlaku di kawasan yang ditandingi oleh PAS sendiri, mungkin tiada masalahnya. Bayangkan jika ia terjadi kepada kawasan yang ditandingi oleh parti lain?.Usaha perlu dilakukan lebih awal untuk menambah ahli dan memperkuatkan jentera, bukan sekadar seronok beretorik mahu menawan Putrajaya sedangkan kemampuannya tidak ada. Semoga teguran ini dapat diambil sebagai iktibar oleh semua pihak. Berubahlah sekarang jika benar ingin membawa perubahan buat rakyat. Masa semakin hampir sekarang !!].












18 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Ada kebenaran tulisan ini, namun, dengan bergantung kepada jentera PAS tidaklah memberikan jaminan kemenangan.
PAS telah wujud sejak 1955, namun undi PAS tidaklah memberangsangkan sangat.
Episod pilihanraya PAS lebih banyak melihat kekalahan dari kemenangan, dan kawasan yang dikatakan tradisi PAS itu bukanlah kawasan yang PAS kuat, tetapi hanya menunjukkan bahawa PAS bertanding setiap kali dalam Pilihanraya tetapi semuanya kalah.
Sejak 1955, PAS hanya mampu menang 2 kerusi DUN sahaja di Pahang, DAP juga menang 2 kerusi DUN dan PKR pula menang 2 kerusi Parlimen.
PKR kena mempunyai jenteranya sendiri, dan kenapa mesti bergantung kepada PAS.
Kelihatan bahawa Ketua-Ketua Cabang PKR kuat bergantung kepada jentera PAS, dan kredibiliti PKR sentiasa dipersoalkan.
Kawasan2 yang boleh dimenangi oleh Pembangkang melalui PKR juga bergantung kepada jentera PAS. Ini menyebabkan PAS merasakan bahawa kawasan2 itu patut diberikan kepada PAS, walhal, jika PAS yang bertanding disitu harapan menang amatlah tipis.
Benar PKR kurang jentera, tetapi pengaruh parti itu jauh melebar dari kewujudan jentera dan keanggotaan parti; hanya PKR perlu mengubah caranya dengan mewujudkan jentera sendiri.
Ini berbeza di tempat saya di DUN Jenderak.
Didalam Pilihanraya yang lepas, walaupun, PKR belum sampai 6 bulan bertapak di DUN itu, tetapi PKR tidak bergantung kepada jentera PAS. Kami mempunyai jentera sendiri, PACA sendiri, dan petugas2 sendiri; bahkan poster-poster PAS dan banner2 mereka yang dilambakkan di Pejabat PKR pun, kami jentera PKR yang menampalnya.
Bahkan Pejabat kami sendiri pun kami penuhkan juga dengan bendera dan poster PAS untuk membayangkan bahawa kerjasama Pembangkang itu adalah erat.
Dari segi ranting/cawangan pula, PKR Jenderak jauh lebih banyak dari ranting/cawangan PAS.
Namun, disetiap ceramah yang kami anjurkan, kami tidak pernah meninggalkan lambang PAS didalam poster-poster kami.
Ini berbeza dengan ceramah2 PAS, dimana poster-poster parti itu tidak pernah meletakkan lambang PKR, walaupun yang hadir ceramah itu adalah DSAI atau Saifuddin Nasution.
Kami dari PKR juga meletakkan lambang DAP walaupun DAP tidak bertanding walaupun satu kerusi pun di Kuala Krau. Ini nak menunjukkan setiakawan kami kepada Pakatan Rakyat, dan bendera PAS dan Bendera DAP dipasangkan dengan megahnya di Pejabat PKR, bahkan Pusat Khidmat Rakyat PKR di DUN Jenderak itu, kami letakkan dua lambang iaitu PKR dan PAS. Ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana Markaz PAS di kawasan ini.
Bagi menghadapi PRU ke-13 ini, PKR telah menyiapkan 72 orang PACABA, dan ratusan petugas-petugas sukarela.
Dengan kekuatan ini, PKR DUN Jenderak pasti tidak akan bergantung kepada jentera PAS, dan kami bersedia, seperti PRU-12 untuk membantu PAS menaikkan poster dan banner untuk calon Parlimen mereka. Inilah dikatakan kerjasama dan setiakawan.
Didalam PRU DUN Kecil DUN Kerdau dulu, PKR memohon untuk menjalankan tugas di Felda Jengka 25, Jengka 23 dan Jengka 22. Tetapi kami hanya diberikan Jengka 22, yang dua lagi itu diberikan kepada PAS dan Anak.
Namun dengan cara gerak kerja yang kami lakukan kami bergembira bahawa hanya di Jengka 22 sahaja menampakkan undi PAS bertambah dengan baiknya.
Kemenangan didalam PRU bukan hanya sekadar bergantung kepada ahli yang ramai, jika ahli yang ramai itu hanya sekadar "menghabiskan beras" mengisap rokok, bersimbang sesama sendiri, memenuhkan ruang-ruang markaz dengan memuji kekuatan diri sendiri, tetapi tidak sampai kepada rakyat.
Saya masih teringat kepada ucapan Bala, orang kuat Penyokong PAS mengatakan bahawa semua pengundi India (100%) akan mengundi calon PAS, tetapi apabila keputusan PRU Kerdau dikeluarkan, undi kaum India kepada PAS merosot dengan teruknya, begitu juga undi kaum Cina, juga merosot, dan paling merosot ialah undi orang-orang Melayu dan PAS gagal mendapatkan undi kaum Orang Asal.
DAP adalah sebuah lagi parti dalam Pakatan. Parti itu tidaklah mempunyai keahlian yang banyak atau jentera yang kukuh.
PAS jangan mengada. Kalau berani letaklah semua calon untuk semua kerusi di Negeri Pahang!
PAS menang di DUN Kuala Semantan kerana pengaruh PKR yang kukuh disana. Nak tengok kekuatan masing2, marilah PAS dan PKR sama2 bertanding di DUN Kuala Semantan.
saya rasa tak payah dilayan artikel pdo ni.dia nak melagakan sesama pakatan supaya bekelahi menjelang pru 13 nanti..
Hahahaha PKR ni kuat hanya dengan Anwar je.. Boleh je, Nak tgk senang je, jentera PAS perlu dikerahkan tempat ahli pAS bertanding.. Kita tgk mcm mana PKR mati kutu.. PKR kuat disebabkan oleh Anwar je..Tiada Anwar, PKR jadi Semangat 46 je..Insyallah..
Mohd Hussain Pas Dun Labu N 20, Parlimen Rasah..
Ada betulnya...
Saya selagi anwar memimpin Pkatan Rakyat saya undi dan sokong TETAPI jika bukan anwar belum pasti.
Jangan marah pada hak saya kerana kita demokrasi saling hormat-menghormati.
sipenguliran
Ada juga benarnya. Saya sampai sekarang tak dapat menubuhkan Ranting di satu tempat di Temerloh. Saya sangat kecewa kerana berhabis wang ringgit untuk buat program tapi tak jadi sampai sekarang.
Habis program Ketua Cabang buat tak tau je. Sepatutnya Ketua Cabang ambil tahu kenapa Ranting tak ditubuhkan. Pergi jumpa Jawatankuasa Penaja. Jangankan nak datang jumpa, telefon pun tidak. Langsung senyap sepi.
Saya sangat berharap MPN Negeri atau PUSAT segera memperbetulkan senario ini kerana yang bertanding di P.Temerloh ialah PKR.
Kalau tak boleh buat teguran elok saja Kerusi P.Temerloh diberikan kepada PAS kerana mereka lebih layak.
selagi pas berjuang atas dasarnya sama seperti hari ini...aku sokong Pas...Jentera pas memang hebat...PKR tampa Pas? Lu tgk lah sendiri...Pas kena pandai min politik..
nmpknya ada usaha2 perang saraf telah dimulakan oleh musuh2 pakatan rakyat.berhati2 jgn mudah terpengaruh.ayuh kita bersatu tumpaskan be end dlm pilihanraya ke13.itu yg patut kita fokuskan dulu.kalau be end menag lg rakyat akan merana dgn kos sara hidup yg membebankan
Jangan berkira-kira dalam perjuangan, mata rakyat mampu melihat semuanya. Lakukan secara ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan diberi kemenangan yang tak disangka-sangka. Jika tewaspun kita akan puas kerana telah melakukan kerana 'Lillahhi Taala'. Ingat kita berjuang di dalam PAS adalah kerana Islam, kerana untuk kejayaan dunia dan kejayaan di akhirat.
Di Selangor senario yang sama juga berlaku pada PRU 12 yg lalu, jentera PAS memang diakui banyak membantu calun walu pun bukan dari calun PAS, di mana kawasan yang ditandingiadalah kawasan yang telah diwakili PAS sebelum ini, sebelum wujud semangat 46 dan PKR lagi.
Saya duduk dalam tiga waktu ke ujudan pari baru dan telah memberi laluan kepada sekali parti Semangat 46 dan 3 kali kepada PKR dan kesemua calun yang bertanding PAS lah penggerak utama di DUN dan Parlimen tersebut, PKR pun bukan lah sehebat mana dengan dua calun yang bertanding sebelum ini jua mengalami kekalahan kepada calun MIC, walau pun majoriti pemilih kawasan ini adalah melayu, cuma momentum angin perubahan berlaku pada 2008 yang lalu dan kemenangan calun PKR tak lebih dari tuah menyebelahi Pakatan Rakyat. Saya serta ahli ahli PAS bertungkus lumus siang dan malam melakukan gerak kerja yang tidak mengenal arti penat dan kekecewaan terdahulu, walau pun calun PKR yang bertanding pada 2008 yang lalu bukan lah calun pilihan dan kerusi tersebut pada awal nya akan ditandingi dari calun PAS.
Walau pun kami dari PAS mengalami sedikit trauma pada kejutan yang berlaku disaat akhir tetapi demi perjuangan untuk ke arah perubahan kami melakukan gerak kerja tanpa banyak kerenah, tiada apa apa pun imbuhan bahkan wang sendiri juga yang kami korbankan serta bantuan tenaga anak bini turut memberi sumbangan sehingga tercapai apa yang dilihat hari ini.
Bahkan sehingga hari ini kami bukan di ingati sangat, jauh sekali nak dilawati, bukan nak mengungkit tapi inilah senario nya yang dialami pada hari ini.
Walau pun kekeciwaan ini saya alami sendiri, tapi tak mengapa demi perjuangan untuk melihat perubahan pada negara tercinta saya tetap berjuang diatas landasan ini.
Tak perlu saya cetuskan kekeciwaan ini satu persatu kerana jelas tidak menguntungkan pada gabungan PR dalm menghadapi musuh utama, namun calun calun yang telah memmenangi kerusi yang ditandingi sewajar nya bermuhasabah diri, siapa mereka sebelum ini, dan siapa di keliling mereka setelah gelaran yang Berhormat dipanggil hari ini. Harap maaf pada teman seperjuangan mungkin nukilan ini tak berapa enak ditatap disini.
PEMBANGKANG BERGANTUNG PADA JENTERA PAS, SEBAB :
1. PEMBANGKANG TAHU PAS BANGANG BOLEH DICUCUK HIDUNG, RELA JADI ANJING KAFIR
2. PEMBANGKANG TAHU PAS BODOH, DAN SUKA DIPUJI PUJA
3. PEMBANGKANG TAHU PAS TAKUT PADA DAP & PKR
4. PEMBANGKANG TAHU PEMIMPIN PAS BOLEH PUTAR BELIT HUKUM UNTUK PANCING UNDI MELAYU
Misalnya YB Sahril Samad, MP Johor Bahru dan Khalid Samad, MP Shah Alam. Mana satu pemimpin UMNO BeEnd yang berani bertanding di kawasan Ibu Negeri?
Bagaimana pula Presiden UMNO, berani ke bertanding di mana-mana bandar besar di negara ini, Bukit Bintang, Kota Melaka antaranya.
Sesekali transformlah tempat bertanding. Jangan asyik balik kg bila nak dapatkan undi. Nak selamat, kg juga dicari sebab mudah gula-gulakan orang kampung.Orang kampung pun mudah termakan gula-gula. Manis, tapi mudah kena kencing manis, tidak mengenyangkan dan kebiasaannya budak-budak yang menggemarinya.
Dah dapat undi berkokok macam ayam jantan, orang kampung tang tu jugak...
Sunday, October 02, 2011 12:00:00 AM
Kamu seperti muntah ke langit kena muka sendiri, buat kenyataan tanpa ilmu (banyak sangat baca Utusan)
Tengoklah PM AMNCOpORNO terpaksa jadi munafik menarik balik sokongan HUDUD yang dibuat oleh TPM Muhyiddin Yassin tak sampai 24 jam pun apabila parti sekutunya MCA dan GERAKAN, 2 parti kafir ugut nak keluar dari BN kalau UMNO laksana HUDUD di negeri jajahan BN.
Berbanding PAS yang rela kehilangan rakan DAP jika DAP tetap berkeras menentang HUDUD yang hendak dipraktik kan di Kelantan.
Sekarang siapa yang kena cucuk hidung...
UMNCOpORNO betul2 parti barua bila tunduk pada 2 parti kapir MCA dan GERAKAN. Sanggup membakul sampahkan hukum Tuhan demi survival politik mereka.
PUAK-PUAK pas TUH DAH 'GHURUR' AGAKNYE APABILA TERASA DIRI KUAT LALU KELIHATAN TIDAK IKHLAS UNTUK BERJUANG MENJATUHKAN ubn BAGI MEMUDAHKAN LALUAN pas YANG BERGABUNG DALAM PAKATAN UNTUK MERIALISASIKAN MATLAMAT MEREKA.
Sedikit kejayaan (sebagai ujian Allah) yang dimakbulkan Alla Taala menjadikan mereka 'yakin' akan usaha ikhtiar mereka lah yang memberikan bekas dan berjaya... (tak tuduh tetapi kelihatannya macam tuh..).
Berhati-hatilah weh oiii... Takut-takut sibuk bejihad gugur 'aqidah. Lalu kejayaan yang tertera itu bukan nikmat/rahmat daripada Allah tetapi ISTIDRAJ daripada Allah Taala pula... Sebab itu kuasa yang sedikit itu menjadikan anda semua berebut-rebut dan bersinggit-singgit hati. Buktinya mu tengok jelah selepas PRU ke-12 hari tuh. Rioh kerabar PR (termasuk puak PAS) bergocoh sesama sendiri. Ingat pesan Nabi saw selepas tentera Islam menang di Uhud dahulu.. "kembali dari jihad kecil menuju ke jihad besar...".. MENUNDUKKAN NAFSU. Sedang diusdahakan kah secara serius atau hanya baru peringkat sebut-sebutan sahaja...?
Sealagu sifat TAQWA belum jadi pakaian diri jangan cakap besar. Takut-takut tergolong dalam kelompok Takbur Hissy...
Beringat sebelum berkeringat.
RIUH REMANG PAKATAN BERCAKAP PASAL NAK PI PUTRAJAYA
TAKUT NANTI HASRAT TERCAPAI TAPI MARUAH TERGADAI
PERJUANGAN BERKECAI, AKIDAH BERSEPAI
BILA NAFSU BULA BICARA, PERTIMBANGAN SUKAR MENGAWAL LAGI
Praya kali ni tak kira siapa pun, semuanya ada kelemahan sendiri.Pas,PKR,Umno semuanya parti tak guna,hanya DAP yg nampak kian kukuh.Mereka kukuh bukan saja di kalangan geng mereka,malahan,kian di hurmati dan di takuti oleh Pas dan di sanjungi oleh PKR.Umno ( Umno Najib,bukan Umno Mahyuddin) mula tunduk kepada Dap melalui proksi mereka MCA.Jadi aku membuat kesimpulan Dap kian kukuh.
Kalau Dap bertanding dengan bilangan kerusi yg lebih besar,berbanding PAS dan PKR,aku berharap sangat Dap akan menang.Mudah sikit sistem kuota di hapuskan dan meritokrisi penuh di jalankan baik dalam apa bidang sekali pun.Orang Melayu mungkin akan jadi lebih maju kalau Dap memerentah.
Post a Comment