KUALA TRENGGANU - Ini satu lagu berita yang amat memualkan telah kami terima sebentar tadi . Ianya berkaitan pengumuman secara tergesa-gesa
Sime Darby Berhad yang memutuskan untuk tidak meneruskan rancangannya mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuiti dalam
IJN Holdings Sdn Bhd yang mengendalikan
Institut Jantung Negara (IJN). Ia diumumkan oleh syarikat itu di ibu negara sebentar tadi. Pada bulan lalu Sime Darby berkata ia akur dengan keputusan Kabinet menangguhkan pelaksanaan cadangannya itu.
"Sime Darby menunggu arahan selanjutnya daripada kerajaan berhubung perkara itu," kata syarikat itu dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia bulan lalu ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa satu kajian mendalam akan dijalankan berhubung cadangan tersebut. Menurut Najib, yang juga
Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan
Unit Perancang Ekonomi akan menjalankan kajian berkenaan.
[Ternyata nampak sangat keputusan ini ada kaitan dengan pilihanraya kecil Kuala Trengganu sebenarnya. Mereka takut isu ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih undi. Maka itulah sepantas kilat mereka batalkan keputusan tersebut. Namun begitu, berdasarkan kepada senario biasa kami pasti tatkala BN memang kerusi itu nanti maka keputusan itu akan diubah semula. Ini kerana ramai kroni-kroni pemimpin UMNO yang akan menikmati ganjaran lumayan jika projek itu diteruskan kelak. Semua yang dilakukan ini samalah apa yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan sehari menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu. Ternyata bahawa BN sudah mula mencurahkan segala wang "rasuah" dan "kemewahan" atas nama "projek pembangunan" kepada rakyat. Walhal sudah "terang lagi bersuluh" mereka menipu rakyat "hidup-hidup" untuk undi pilihanraya].Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com.
[Roadshow Mulai Februari 2009]
Cakap pemimpin UMNO/BN kena hati-hati. Lebih baik tengok biawak menganga, nampak juga lidahnya bercabang dua.
BalasPadamNak tahu masa bila mereka berbohong? Sebaik mereka bercakap, mereka pun berbohonglah !!! Ha! Ha! Ha!
alhamdulillah jika berita ini betul..ia akan melegakan byak pihak..diharap kerajaan benar2 ikhlas dengan keputusan ini dan jgnlah cari helah/alasan lain pula untuk meneruskan niat yg terbantut ini..
BalasPadam