script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Spekulasi: ADUN Kubu Gajah, YB YM Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar Antara Salah Seorang Dari 3 Lagi Wakil Rakyat BN Yang Akan Lompat Parti !!

IPOH - Sebaik sahaja Datuk Nasharudin Hashim mencipta kejutan terbesar apabila menjadi ADUN pertama BN menyertai PKR, salah satu rangkaian parti dalam Pakatan Rakyat, kini timbul pula desas desus terbaru bahawa ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dan ADUN Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam dijangka mengikut jejak langkah Nasharudin menyertai barisan Pakatan Rakyat yang kini membentuk kerajaan negeri Perak. Andai khabar yang bertiup kencang ini menjadi realiti, ia sekaligus menjawab dakwaan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mengatakan terdapat tiga lagi Adun BN dijangka menyertai Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Menteri Besar Perak ketika mengulas perkara itu selepas kira-kira 24 jam Nasharudin mengumumkan penyertaan ke PKR berkata, ketiga-tiga Adun itu ialah dari Umno dan pihaknya masih berurusan dan perbincangan terus berjalan. Hakikatnya, kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan mahu menambah lebih ramai pemimpin Melayu dalam parti itu dalam usaha menarik perhatian orang Melayu untuk menyokong matlamat perjuangannya untuk menumbangkan BN pada pilihanraya akan datang.

[Nampaknya, tamparan hebat yang lebih besar buat UMNO jika Raja Ahmad Zainuddin turut melompat parti bagi menyertai Pakatan Rakyat. Tambahan pula nama beliau bukanlah asing di negara ini berbanding dengan ADUN-ADUN BN yang lain. Beliau begitu sinonim dengan bolasepak di negeri Perak bahkan di negara ini. Kemasukan beliau ke dalam Pakatan Rakyat pasti bakal menyuntik semangat anak-anak muda untuk menyokong perjuangan rakyat. Maka dengan itu juga kita amat yakin bahawa UMNO dan BN pasti akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Mungkin selepas ini lebih ramai lagi ADUN BN bukan sahaja dari Perak malah dari seluruh Malaysia yang akan berbuat demikian. Kita juga masih menantikan bila lagi Wakil rakyat yang bertaraf Ahli Parlimen pula yang akan berbuat demikian. Jika boleh, kita mahu penghijrahan ini berlaku sebelum Najib Razak ditabalkan menjadi Perdana Menteri Mac ini. Jika tidak, pasti masa depan rakyat akan terus tenggelam dan tertekan].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

5 ulasan:

  1. Musim keangkuhan UMNO mulai berlalu. Keberanian ADUN2 Perak keluar dari UMNO akan mencelikkan mata mereka yang selama ini amat leka menipu rakyat!

    BalasPadam
  2. PU yang lepas Raja Ahmad kesaorangan berkempen.. payback time?

    BalasPadam
  3. mereka yg keluar tu semuanya org yg kecewa dgn pelbagai sebab..org spt ini tidak boleh nak diharapkan jd pemimpin..mereka adalah org yg tidak bermaruah..tidak berintegriti..sanggup mengkhianati rakyat yg memangkah parti yg beliau wakili ketika pr lalu..maka elaun yg diterima adalah tidak sah..tidak sah bermakna haram..haram bermakna kalau dh jd darah daging bagi anak bini makan, neraka sedang menunggu..rasakanlah nanti kpd pengkhianat2 ini..jgn harap mereka boleh menang pd pr yg akan dtg..

    BalasPadam
  4. Taraf dan darjat apa manusia boleh menjatuhkan hukum.... halal haram, syurga neraka, dosa pahala adalah hak mutlak Allah. Jangan nak memandai-mandai.

    Siapa pengkhianat jika menipu undi pilihanraya.

    Siapa pengkhianat jika menyamun hak rakyat yakni harta rakyat.

    Siapa pengkhianat jika hukum Allah tidak mahu ditegakkan.

    Siapa pengkhianat jika arak jadi minuman rasmi melayu Islam

    Siapa pengkhianat jika judi jadi makanan melayu Islam

    Siapa pengkhianat jika beribu-ribu aksi keruntuhan moral anak melayu Islam di internet

    Siapa pengkhianat jika melayu belum tentu ISLAM.

    Jangan keris je panjang tapi akal pendek

    BalasPadam
  5. Datuk Nasharudin Hashim diberi mandat dan amanah untuk menjadi pemimpin atau ADUN.

    Kini telah lompat parti bermakna beliau pemimpin yang tidak amanah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.