Soalnya sekarang, ramai pihak yang tertanya-tanya mengapakah tiba-tiba Israel kembali "biadap" dan hilang pertimbangan sama sekali. Walhal sebelum ini, telah banyak rundingan demi rundingan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk perdamaian. Namun masalahnya ialah Yahudi "menghalalkan darah umat Islam Palestin" maka itu mereka tiba-tiba mengganas dengan membuta tuli tanpa menghiraukan kecaman daripada masyarakat antarabangsa. Bahkan lebih zalim lagi, mereka terus membunuh tanpa belas kasihan terhadap orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Akibatnya, ramai yang terbunuh dan menderita terkena bom dan tembakan askar-askar Israel. Seperti biasa, masyarakat dunia akan mengadakan demonstrasi dan juga hanya mampu mengutuk. Sedangkan kita tahu puak-puak Zionis Israel ini, bukanlah lagi manusia yang boleh "lembut hatinya" dengan kutukan, amaran serta rundingan. Sepatutnya, sebagai sebuah negara Islam maka kita harus mendesak PBB terus menghantar angkatan tentera untuk menyelamatakan umat Islam atau bumi Palestin dari terus dicerobohi. Jika PBB gagal untuk membuat keputusan tersebut atau menyokongnya, maka jalan terbaik ialah kita mendesak Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) untuk melakukan tindakan yang sewajarnya. Jika hanya sekadar mahu membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan, maka kita yakin dan pasti "jalan penyelesaian yang lebih buntu" akan ditemui kelak.
Bolehkah Tentera Negara Islam Berjihad ?
Dalam hal ini, dimanakah kelibat Presiden Amerika yang akan ditabalkan iaitu Barrack Obama. Umum mengetahui bahawa beliau mempunyai pertalian darah dengan "Islam". Malahan beliau dengan bangganya mengumumkan tidak akan membuang nama "Hussein" di tengah-tengah nama Barrack Obama itu. Ini bermakna, bakal Presiden Amerika itu amat menghargai Islam. Soalnya, kenapakan keganasan ini berlaku tatkala beliau akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara kuasa besar dunia itu?. Apakah ini merupakan satu agenda jahat Yahudi untuk menghancurkan Islam di dunia. Inilah yang amat kita musykilkan sebenarnya. Tambah merumitkan lagi, bila mana Amerika berkecuali dalam ketetapan terbaru yang dibuat oleh PBB berhubung dengan isu Palestine ini. Jika inilah caranya, apakah kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam Palestine ini dapat dihancurkan begitu sahaja. Bukankah semangat "jihad fisabilillah" perlu ada dalam setiap tentera negara Islam untuk "mati syahid" di sana. Inilah jalan terakhir yang boleh dilakukan sebenarnya. Namun, mahukan kerajaan UMNO (Islam Hadhari) melakukan demikian. Jika berjaya menghimpunkan berjuta umat Islam di dunia untuk berdemonstrasi sekalipun, sudah pasti Yahudi akan tetap mengganas di sana.Inilah masa yang paling tepat untuk melaksanakan tindakan "jihad fisabilillah" sebenarnya. Ia lebih baik daripada angkatan tentera kita terkorban "tanpa peperangan" seperti jatuh helikopter Nuri , terkena jerangkap samar, jatuh payung terjun atau sebagainya. Maka itu kita amat berharap agar pemimpin kerajaan Islam Hadhari dapat mempertimbangkan perkara ini. Sudah berpuluh tahun angkatan tentera kita berlatih dan menunggu masa untuk ke medan perang. Namun peluang itu jarang muncul kini. Akhirnya ramai yang tamat perkhidmatan begitu sahaja dan gagal untuk melakukan jasa dan bakti yang paling besar dalam hidup mereka iaitu "mati syahid" dan "berjihad mempertahankan Islam". Apakah angkatan tentera kita juga berani seperti para ulamak dan anbiya yang sanggup "mati syahid" kerana menegakkan jalan Allah?.
Goerge.W. Bush Punya Angkara Sebenarnya
Beliau dibaling dengan kasut oleh salah seorang wartawan yang hadir semasa sidang medianya bersama Perdana Menteri boneka Iraq, Nuri al-Maliki. Kejadian yang disaksikan seluruh dunia ini ternyata menjadi penutup yang cukup memalukan di dalam kerier Bush sebagai seorang Presiden. Bukan satu kasut, malah kedua-dua kasut wartawan tersebut dibalingkan ke muka Bush. Bush bernasib baik kerana sempat mengelak balingan pertama, manakala balingan kedua pula tersasar. Sesungguhnya apa yang patut diterima oleh Bush jauh lebih berat dari ini. Bush sebagai pengganas No. 1 dunia yang telah membunuh ribuan umat Islam selayaknya ditangkap dan dihukum mati. Namun, oleh kerana para pemimpin umat Islam, seperti Nuri al-Maliki sendiri masih ‘menyembah’ Bush, maka presiden Amerika ini masih lagi dapat bernyawa pada hari ini, walaupun si laknatullah ini telah membunuh ramai umat Islam di Iraq sendiri. Justeru itulah akibat kecewa dengan tindakan tersebut, Bush mengarahkan Israel mayakiti hati masyarakat Islam dengan serangan bertalu-talu ke atas Palestine ini. Sesungguhnya, inilah bukti kezaliman Yahudi terhadap Islam, ianya tidak akan tamat sampai bila-bila selagi Amerika terus berkuasa. Tukarlah siapa pun Presiden mereka, namun pasti ia akan tetap sama. Zalim, kejam, ganas dan segalanya akan dilakukan demi kepentingan mereka.
[Senario yang sama sebenarnya berlaku di Malaysia. Rakyat yang menyokong pembangkang dan inginkan kebenaran ditegakkan dianggap sebagai pengkhianat negara. Rakyat juga diperkotak-katikkan dengan berbagai tekanan serta undang-undang zalim termasuk ISA. Pasukan polis digunakan sewenangn-wenangnya untuk memertahankan pihak pemerintah yang zalim dan tidak adil kepada rakyat. Sebaliknya rakyat yang melawan serta menentang akan dikenakan tindakan dan hukuman yang tidak sepatutnya. Bagi pemimpin pula, pasti mereka akan dituduh dengan berbagai kesalahan yang dibuat-buat untuk menghancurkan kerjaya politik mereka. Inilah yang berlaku di negara kita sejak dulu kini dan selamanya. Maka itu, usahlah kita berbangga dengan nama negara Islam Hadhari, jika senarionya tetap sama. Tukarlah sesiapa sahaja pemimpin kerajaan, pasti segala kekangan terhadap rakyat ini akan berterusan buat selamanya. Apa yang ada sekarang, ialah rakyat perlu buat perubahan untuk menjamin kehidupan mereka. Teruskan perjuangan memertabatkan Islam dan keadilan].






Kenyataan Tuan Guru Hadi Awang Presiden PAS : Bahawa pemimpin DAP lebih memahami pelaksanaan undang-undand hudud dan qisas berbanding UMNO - menjawab provokasi UMNO yang jahat lagi mengelirukan !!!
BalasPadammalaysia ngan palestin mungkin sama nasibnya nanti?...seperti pertukaran fatah dengan hamas sekarang menjadi kerajaan?kerajaan mana yg tidak bersekongkol ngan yahudi kena serang...mcmana ngan malaysia?kalau islam menang adakah taktik sama digunakan oleh umno ngan yahudi?itulah pentingnya jihad dan syahid dlm perjuangan...walau musuh mana sekalipun datang...kita sebagai pejuang islam akan menentang musuh islam dan musuh Allah ini.
BalasPadamJgn tanya apa yang org lain akan buat, kenapa tak tanya diri sendiri terutamanya yang memperjuangkan Islam untuk bantu sedara seagama di bumi Palestin. Ternyata anda cuba mempolitikkan isu ni yang sepatutnya jadi titik penyatuan umat Islam di negara ini, kafair harbi mcm DAP boleh dipeluk dicomolot (cium mulut) tp sama2 org Melayu...sedangkan terang-terangan Kapal singh sebut langkah mayat dia dulu
BalasPadamAdalah disarankan dua parti utama PAS dan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu diseru mengadakan "gencatan senjata" sehari Khamis depan demi menyedarkan rakyat tentang kekejaman Israel kini.
"Gencatan" itu termasuklah memberhentikan kempen selama 24 jam dan mengadakan solat hajat serta tahlil bagi menunjukkan simpati kepada nasib penduduk Palestin.
Kita bukan berperang tetapi analogi 'gencatan senjata' itu digunakan bagi kita menangguhkan kempen sekejap selama 24 jam dan guna hari itu untuk menyedarkan rakyat tentang apa yang berlaku di Palestin.
Mungkin kita boleh buat solat hajat pada Khamis malam Jumaat, buat tahlil dan tak payah kempen pada hari itu. Cuma buat apa yang patut untuk tunjukkan rasa simpati kepada saudara seagama di Palestin
bila terang terangan umno roboh masjid...tak sama ke dengan yahudi?dap tu memang dia tak faham dgn islam....saidina umar r.a pun marah mcm tu gak sebelum memeluk islam...tapi bila org melayu yg faham dgn islam...buat2 tak tahu pasal islam...tentang hukum Allah..jangan lah jadi org2 munafik dan fasiq.
BalasPadamUmno mana kenal jihad, dia kenal jahat!
BalasPadamx yah layan sangat muadzam tu.. dia tu bengong macam lembu.. bila politik dah fanatik sangat.. macam tu la jadinya.. seme orang salah.. orang sibuk pasal palestin.. dia tetap nak samakan dengan keadaan di Malaysia.. BENGONG BANGAT..
BalasPadamye lah kan, manusia macam tu memang tak pernah besyukur.. solat konon x tinggal, islam konon amal sepenuhnya.. tapi bab mencari kesalahan orang, bagi kat dia.. kalau dah bagus sangat.. ha, buat tabung amal bantu palestin.. pegi pusing satu muadzam minta sumbangan.. jangan kecoh dalam kelambu je.. punah negara ada orang macam ni..
BalasPadamJika anda sekelian pernah menonton siaran Hello Malaysia di saluran BERNAMA (502 Astro),baru-baru ini; salah seorang ahli panelnya (saya lupa namanya); ada mengatakan lebih kurang 500,000 rakyat Palestin yang menetap di GAZA dan LEBNON adalah bukan Islam...mereka juga turut menjadi mangsa kekejaman ISRAEL laknatullah ni... Israel kata bangsa dia la paling mulia kat alam fana ini.. so selain dari bangsanya (yang ada kat Palestin) boleh blah la.. boleh senang-senang je bunuh dan letup cam spray nyamuk and semut je..
BalasPadamBagi kes Nuri al-Malik tu ade iras-iras la kerajaan kita sekarang nih.. banyak jadi pencacai tapi kira profesional skit la.. tu yang banyak orang tak sedar.. ini kenyataan.. nak bagi bukti banyak sangat. Lenguh tangan mak cik nak taip.. Bila dah ramai bising kes Palestin barula buka mulut sama seolah-olah prihatin sangatlah...cuma itu la ramai yang tak sedar..sesape yang sedar ok la tuh..
Israel ni yang bagusnya memang jaga bangsa dia walau di mana berada... tapi MALAYSIA yang makmur ni lagi nak tekan bangsa sendiri adela.. di tanah air sendiri pulak tu..nak-naknya yang melawan tapi tidakkah mereka terfikir kenapa ada orang melawan? yang tak melawan pun kekadang lagi teruk kena seperti kena roboh rumah dan kampung atas nama pembangunan yang menguntungkan kroni2 dan tembolok sendiri. Masih tetap dengan kesombongan dan keangkuhan memasing...
Jadi kesimpulannya jangan marah kalau wujud manusia seperti Muadzam tuh... tak kata dia betul 100% tapi fikir-fikirkanlah...
betul apa yg dikatakan jasmin tu...kalau duduk diam pun silap2 rumah kita kena roboh...kalau lawan kata pembangkang jahat...demonstrasi liar.....last2 kerajaan umno hancur mungkin aman rasa.....baru lenyap kuasa yahudi di malaysia ni.
BalasPadambetul apa yg dikatakan jasmin tu...bila duduk diam silap2 rumah kita kena roboh....kerajaan umno ni ibarat macam pengaruh yahudi di malaysia ni.
BalasPadam