script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Informasi Terkini Dari Pelbagai Sumber

ADUN Bota Tidak Akan Masuk UMNO Semula

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim berkata, beliau tidak ditawarkan sebarang jawatan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau turut menyatakan tidak akan menyertai UMNO semula walaupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali telah membayangkan hasrat untuk melepaskan jawatannya itu dalam masa terdekat.

Lima Ditahan Ketika Pengkebumian A.Kugan

PETALING JAYA - Lima lelaki ditahan kerana menimbulkan kekecohan ketika menyertai upacara pengkebumian A. Kugan yang mati semasa ditahan di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu. Penangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki cuba merempuh kearah pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan orang ramai yang berkumpul bersurai.

Mayat Kugan Di Bawa Keluar Dari PPUM

KUALA LUMPUR - Mayat suspek curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, A. Kugan dibawa keluar oleh ahli keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pukul 2 petang ini. Mendiang Kugan dibawa menaiki kereta keluarga menuju ke tempat tahanannya di Balai Polis USJ 8, Taipan, Subang Jaya, dekat sini. Difahamkan, keluarga Kugan akan melakukan upacara sembahyang di balai polis berkenaan sebelum mayat lelaki berusia 22 tahun itu dibakar di Batu 14, Puchong. Kira-kira 500 orang menyertai perarakan pengebumian itu dan keadaan dilaporkan tegang apabila sebahagian daripadanya cuba menghalang tugas-tugas polis yang mengadakan kawalan.

Rithauddeen Syorkan Bubar Sayap UMNO

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO. Beliau yakin melalui langkah tersebut ia mampu membanteras gejala politik wang yang kini masih lagi berleluasa terutama pada musim pemilihan parti.

[Mulai keluaran ini kami akan memaparkan Cyberita Info Terkini dari pelbagai sumber yang dipetik menerusi media arus perdana yang boleh dipercayai berita dan kesahihannya. Semoga dengan info terkini ini dapat memberikan maklumat yang lebih cepat kepada semua pembaca untuk terus memberikan sokongan padu kepada blog ini. Sekian Harap Maklum].

Share:

2 ulasan:

  1. Bukan saja sayap dibubarkan, UMNO itu sendiri sudah patut dibubarkan kerana tidak memberi apa-apa kepentingan kepada Orang Melayu sekarang ini. Hanya temberang pemimpinnya sahaja dengan slogan berbagai slogan untuk mereka terus berkuasa dan mengumpul harta bertimbun! Ini terbukti dan rakyat sudah jelas melihatnya.

    BalasPadam
  2. Drp komen2 seladang, pakatan rakyat tu nampak mcm baik sgt..betul ke ni..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.