Penunjuk perasaan bantahan melaungkan takbir dan mengibar bendera Palestin, sepanduk, kain rentang dan poster sebagai tanda mengecam Yahudi dan dan meminta umat Islam negara itu bersabar. Di samping itu, bendera negara haram Zionis Israel turut dibakar sebagai tanda membantah dan menyatakan kemarahan atas tindakan buas dan ganas Yahudi terhadap umat Islam selatan Gaza yang dibedil bermula 27 Disember lalu itu. Sehingga kini, korban kematian sudah mencecah 420 orang dan lebih 2,000 yang lain cedera parah. Sepanjang beberapa hari ini lebih daripada 20 lokasi di Gaza telah dibom dari udara, darat dan laut termasuk kediaman dua pimpinan senior Hamas. Sementara dalam sidang media yang diadakan selepas itu, Yusof Embong menggesa Malaysia menarik balik kedutaan negara ini di negara-negara yang menyokong Israel seperti Britain sebagai tanda bantahan terhadap persekongkolan negara tersebut dengan pengganas Yahudi.
Yusof juga mengingatkan, bahawa kezaliman tindakan rejim Israel ini bukan sahaja berkaitan isu agama tetapi juga berkaitan isu kemanusiaan sejagat. Dalam pada itu, Nizam Hamid memberitahu demonstrasi hari ini mendapat sokongan kuat peguam-peguam daerah Temerloh jika pihak tertentu mengambil tindakan. Beliau juga memberitahu akan membuat ‘road show’ seluruh negeri Pahang dengan memanggil wakil Hamas. Antara tujuannya ialah untuk memberi penerangan dan mengumpul derma untuk membantu umat Islam Palestin. Sementara itu derma kilat yang dilancarkan bagi umat Palestin semasa demonstrasi tersebut telah berjaya mengumpul RM1,075.50 dan 15 Riyal hasil sumbangan orang ramai.
[Terkadang kita naik hairan dengan pihak berkuasa terutamanya pasukan polis di Malaysia negara Islam Hadhari ini. Biarpun demonstrasi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi untuk memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Namun, mereka masih mahu menghalang rakyat untuk menyatakan bantahan atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionis itu. Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia, jika perkara seperti ini pun dianggap sebagai perhimpunan haram. Walhal ia bertujuan untuk menyatakan perasaan kecewa atas segala kezaliman yang berlaku itu].






Sabtu, 2009 Januari 03
BalasPadamKUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-blog generasi felda.
Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,
dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.
Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan semua blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.
Buat permulaan saya akan kumpulkan semua blog anda didalam ruangan ditepi sebelah kanan blog saya, iaitu di ruangan Senarai blog saya
Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.
Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.
Kepada anda yang berminat, bolehlah anda meninggalkan URL anda didalam ruangan ulasan dibawah.
Sekian terima kasih.
Dicatat oleh LKTP1328 di 08:06
salam,jaispasti67.blogspot.com
BalasPadam