script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Susulan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Masuk PKR, Tajol Rosli Akhirnya Putuskan Untuk Letakkan Jawatan Pengerusi UMNO Negeri Perak

PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali akhirnya telah memutuskan untuk letak jawatan sebagai Pengerusi UMNO Negeri ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Pakatan Rakyat Ahad lalu. Mohd. Tajol memberitahu bahawa beliau "bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku (tindakan Nasarudin) ketika ini." Beliau berkata, surat letak jawatan telah pun dikemukakan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak petang Isnin lalu. Mohd. Tajol ketika mengumumkan perkara itu pada perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit di Parit kelmarin berkata, tindakan Nasarudin merupakan satu bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Tindakan Nasarudin juga memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri itu dalam pilihan raya umum Mac lalu. Pada pertemuan itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Parit, Yusuf Nordin pula dilantik sebagai penyelaras DUN Bota. Pada Isnin lalu, Mohd. Tajol berkata, keputusan Nasarudin meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjejaskan kedudukan BN. Jelas beliau, keputusan Nasarudin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di DUN. Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata, BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. "Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda. BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya.

[Nampaknya kemelut UMNO Perak semakin parah kini dengan perletakkan jawatan mantan MB Tajol Rosli. Sesungguhnya ini adalah satu petanda bahawa UMNO dan BN sudah semakin lumpuh dan pasti akan karam bila-bila masa sahaja. Maka itu kami yakin yang Pakatan Rakyat akan semakin gagah dengan senario yang berlaku ini. Semuanya kini adalah takdir yang menimpa UMNO Perak, setelah sekian lama berkuasa dan gah dipersada. Hasrat untuk menarik sokongan pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang juga dijangka akan memakan diri. Ini kerana UMNO memang sejak sekian lama tidak prihatin dengan golongan muda dan hanya tertumpu untuk mempertahankan pengundi lama yang akahirnya lupus satu persatu. Bagaimana mereka harus berhadapan pula dengan 2 juta pengundi muda yang akan berdaftar secara sah sebai pemilih dalam pilihanraya umum akan datang nanti].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.