KUALA TRENGGANU - Ketua Penyelaras Jentera kempen KeADILan Kuala Terengganu Mustafa Kamil Ayub mengingatkan petugas-petugas pilihan raya KeADILan supaya lebih berwaspada terhadap pengundi hantu yang sedang dibawa masuk. “Kita mendapat maklumat ada pengundi hantu sedang dibawa secara teratur. Para petugas sedang mengawasi perkembangan ini,” katanya. Menyedari kemenangan tidak akan melebihi 1,000 undi maka BN agak terdesak untuk memastikan kemenangan. Oleh itu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat perlulah siap-siaga mengesan dan menghalang pengundi hantu. “Kita curiga seperti pengalaman pilihan raya kecil ijok lalu, nama pengundi yang tidak mengundi pada pilihan raya sebelumnya digunakan oleh pengundi lain,” ujarnya. Menurut Mustafa kehadiran 10,000 anggota polis sejak dua minggu lalu juga menimbulkan kecurigaan adakah mereka akan diarahkan untuk pengundi. “Pada hari mengundi petugas di pondok panas perlu melaporkan kepada Ketua Tempat Mengundi dan membuat laporan bertulis jika mengesan sesiapa yang tidak dikenali datang mengundi,” katanya. Mustafa menyeru agar petugas melakukan langkah pencegahan dengan mengesan alamat yang mencurigai dan memastikan nama di dalam daftar SPR benar-benar wujud dilokasi yang dinyatakan.
[Sesungguhnya dalam setiap kali pilihanraya kecil dijalankan, pengundi hantu adalah "makhluk perosak" yang telah menggadaikan maruah rakyat sebenarnya. Mereka diupah, kemudia diberi habuan yang setimpal dengan usaha tersebut. Anehnya, ada juga puak-puak UMNO yang seperti Anak Pahang Jati yang menuduh PAS yang membawa "pengundi hantu". Bukankah lucu bunyinya. Ini kerana untuk membawa pengundi hantu dari luar, urusan itu mestilah dihubungkan dengan SPR, JPN serta pihak polis yang bertugas. Maka itu, siapakah yang memegang kuasa ketiga-tiga agensi berkenaan jika bukan puak-puak UMNO dan BN sendiri. Oleh itu kita amatlah berharap agar perkara ini dapat dipantau dengan sebaik mungkin. Buat petugas PR yang sedang memantauu, sila siasat laporan pekerja Hotel Primula yang diambil kad pengenalan mereka dan bakal digunakan oleh pengundi hantu 17 Januari nanti].
Tempahan Blog Usahawan: Anda Mempunyai Bisnes Atau Produk?, Ingin Pasarkan Secara Online Dan Membuat Tempahan Iklaneka Di Pahang Daily Online?. Kami Sedia Membina Blog Web Perniagaan Anda Dengan Kadar Serendah RM300 Sahaja. Siap Dalam Masa 3 Hari Bekerja. Jika Berminat Sila email pahangdaily@yahoo.com Untuk Info Lanjut.
Makan Pun Dapat Duit: Percayakah Anda, Dengan Hanya Mengajak Kawan Anda Makan Di Rangkaian Kedai Kami Yang Berhampiran. Anda Akan Mendapat Duit Lumayan. Tidak Rugi Menyertai Kami. Modal Hanyalah Apa Yang Anda Belanjakan Setiap Bulan. Ganjaran Hebat Income Sehingga Enam Angka Sebulan Jika Anda Sertai Kami. Partnership Di Perlukan Di Seluruh Lembah Kelang Kuala Lumpur. Berminat Sila Klik SMS Nama & Alamat Anda Sekarang. Taipkan
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






Tak habis2 dgn pengundi hantu..kalau menang, senyap pulak..tak habis2 dgn kehipokritan korang..belum apa2 lagi dh sebuk..kalau kalah, apa lagi lah..
BalasPadamAku agak kawasan2 yg korang menang p/raya tu, semua disebabkan pengundi hantu jugak..
Bapak hantunya mereka yang pegang keris telanjang! Hantu bodeknya Keris Panjang!
BalasPadamhai, terasa ke!
BalasPadamManusia ada perasaan kecuali hantu yang macam keris panjang tak ada hati perut hanya fikir isi perut. Asal kenyang sudah!
BalasPadamcuba korang jawab.. Yang BUAT TUDUHAN TU HANTU KE, OR YANG JAWAB TUDUHAN TU HANTU.. jawabnya.. ha LU PIKIR LA SENDIRI..
BalasPadamSalam Seladang,
BalasPadamAku ckp yg betul..satu lg simple culculation ko tak boleh jwb.
Ko tak amik mathematic ke dulu..org yg takut amik subjek ni org yg malas berpike..macam ko lah..main hentam je..tak kira betul ke tidak..menyesatkan org je..berdosa tu brother!
keris panjang ni asyik sokong umno jea semua umno buat betul sebab tu PM kuart tidoq
BalasPadam