IPOH - Ini lagi berita panas dan pasti menggemparkan, kami mendapat maklumat bahawa ada lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media lewat hari ini bagi mengumumkan keputusan meninggalkan BN. Sumber memberitahu ADUN berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (UMNO), meletak jawatan sebagai ADUN atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat. Jika berita ini menjadi bukti, maka pasti UMNO akan lebih kepanasan di Perak. Tambahan pula dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam, 8 orang ADUN didapati tida hadir. Apakah mereka juga akan turut serta berhijrah ke Pakatan Rakyat?. Harap Maklum !!
IPOH, 26 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat. Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat. "Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini hari ini. Ketika ditanya mengenai identiti Adun berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga Adun berkenaan ialah dari Umno. "Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya. Semalam, Adun kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dari BN mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi DUN manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Kalu ia pun jgn lah guna perkataa "hijrah"..perkataan tu hanya layak untuk perbuatan nabi kita sahaja..hijrah aper namanya kalu pegi kpd parti yg akan membina mega projek babi, beri tanah 1k tahun, jual melayu dan ntah haper-haper lg demi kedudukan dan kuasa..semua parti melayu sama saja..nk boyotkan perut sendiri saja..bangsa dan agama belakang kira..
BalasPadamartikel PDO asyik menyatakan mendapat maklumat saja.....
BalasPadamtah betul atau tidak pun yang pasti you all memang pembohong...
Amik lar ko orang-orang yang "tak boleh pakai" tu..P/Raya akan dtg berkuburlah mereka..
BalasPadam