script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya: Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya Syorkan Agar Undang-Undang Dipinda Elak Berlaku Rasuah Politik Wang Bagi Membeli Undi

PETALING JAYA - Badan pemantau pilihan raya, Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI) mengesyorkan undang-undang pilihan raya dipinda untuk membanteras rasuah dan janji-janji yang boleh dianggap sebagai 'ganjaran politik wang' untuk membeli undi. Merujuk kepada perjalanan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu, NIEI berkata, penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya mestilah diharamkan. "Para pengundi Kuala Terengganu sudah pun menunjukkan sikap matang, majoriti mereka tidak dapat digula-gula lagi," kata badan bukan kerajaan itu dalam satu kenyataan. Pilihan raya kecil Kuala Terengganu berakhir Sabtu lalu dengan dimenangi oleh calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut. Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.

Menurut NIEI, tiga perkara yang ketara telah diperhatikan dalam perjalanan proses pilihanraya kecil itu, Ketiga-tiganya ialah penginstitusian rasuah dalam pilihan raya, penyalahgunaan jentera kerajaan dan kehadiran terlalu ramai anggota polis. Amalan rasuah berleluasa dalam pilihan raya di Malaysia, ini dapat dikenalpasti berlaku dalam proses pilihan raya kecil diKuala Terengganu. "Amalan rasuah pilihan raya diinstitusikan dalam pelbagai bentuk. Yang lazim difahami ramai ialah pemberian wang tunai secara langsung. "Di Kuala Terengganu, wang ehsan sebanyak RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu manakala pengundi Cina diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina. Penarik beca Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan sebanyak RM10,000 seorang," katanya dan menambah, para wartawan pun tidak ketinggalan dirasuahkan. Badan itu turut menyenaraikan 14 program dan pengumuman kerajaan yang boleh dianggap sebagai rasuah.

[Jika senario di Kuala Trengganu diambil kira, maka ramai pihak yang berpendapat bahawa jika ada lagi pilihanraya kecil selepas ini mungkin puak-puak UMNO dan BN tidak lagi akan memunggah wang barang satu sen pun untuk ditaburkan kepada rakyat. Ini kerana mereka hairan ratusan juta ringgit yang dicampakkan sebagai "gula-gula" kepada rakyat Kuala Terengganu akhirnya tidak berkesan. Sedangkan duit mereka ambil. Maka jika puak-puak UMNO dan BN tidak mahu gunakan duit barang satu sen pun, kami pasti cara itu akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat menang selepas ini. Inilah yang memeningkan kepala bapak-bapak Menteri UMNO yang bangang itu. Mereka ingat rakyat selamanya boleh diperbodohkan begitu sahaja agaknya. Najib pula mula mengakui "Suara Rakyat Suara Keramat" sekarang. Makanya, apakah mereka masih mahu meneruskan amalan ini? Sedangkan mereka tahu rakyat tidak lagi menerima semua itu].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.