ROMPIN - Kami agak hairan dengan sikap puak-puak UMNO Pahang yang kononnya mendabik dada membela orang Melayu sejak dulu, kini dan selamanya. Kononnya rakyat akan membuat satu kesilapan yang besar kiranya mereka menolak pemimpin UMNO sebagai kerajaan pada hari ini. Alasan yang diberikan ialah UMNO sejak sekian lama bahawa hanya mereka yang boleh memerintah negeri dan negara ini. Walhal seluruh rakyat sebenarnya sudah tahu sikap sebenar puak-puak UMNO ini. Merekalah yang telah menggadaikan banyak harta dan tanah milik orang Melayu kepada kaum lain. Mereka menjual segala-galanya demi kepentingan peribadi. Kemudian mereka nyanyikan lagi "Anak Kecil Main Api" atau "Warisan" untuk menyemarakkan semangat anak-anak muda supaya menyokong UMNO yang kononnya mempertahankan Melayu. Padahal merekalah sebenarnya pengkhianat bangsa dan perosak Melayu itu sendiri. Demi kuasa dan kemewahan duniawi puak-puak UMNO rela berbuat apa sahaja, tanpa memikirkan impaknya kepada rakyat marhaen. Akhirnya rakyat terus ditekan dan tertindas di bumi sendiri. Sedangkan mereka kaya raya mengaut keuntungan hasil mahsul dan khazanah bumi untuk mengembongkan tembolok mereka. Inilah Melayu UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.Krew Pahang Daily Online akan meneruskan edisi siasat untuk membongkarkan segala penyelewengan dan kerakusan puak-puak UMNO Pahang ini. Biarpun dianggap fitnah oleh mereka, namun atas dasar memperjuangkan nasib rakyat serta generasi akan datang kami akan terus membongkar segala isu, rasuah, korupsi dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan UMNO dan BN Pahang hari ini. Kami mahu rakyat sedar akan kesilapan mereka memilih orang yang tidak layak menjadi pemimpin. Semoga rakyat sedar dan membuat perubahan demi masa depan mereka. Apalah gunanya pembangunan jika Melayu terus tertindas di bumi sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku di Malay Town Kuantan, nama sahaja "Bandar Melayu" namun segala pemilikan hartanah dan aset disitu adalah dimiliki oleh kaum lain. Kenapa ini berlaku, sebab Melayu UMNO "Bangang" dan "Bodoh". Mereka hanya tahu bercakap dan "berkokok" ke sana sini, sedangkan hasilnya "Nothings". Cakap berdegar-degar mahu membela Melayu, namun anak-anak Melayu yang kini ramai yang berstatus "Graduan Menganggur" pun mereka tidak terbela. Anak-anak Melayu yang semakin ramai mendiami "Pusat Serenti" pun mereka tidak terbela. Anak-anak Melayu yang banyak terlibat dengan "Murtad" pun mereka tidak terbela. Bahkan, tanah-tanah rezab Melayu terus digadaikan atas nama pembangunan. Kononnya pembangunan itu perlu untuk menjana ekonomi, tetapi Melayu terus menjadi "Hamba" kepada pembangunan yang dirancang itu. Akhirnya anak-anak orang Melayu rosak akhlak dan akidah mereka. Merekalah yang paling ramai terlibat dengan arak, dadah, dedah, rempit, GRO, samseng dan bergaduh sesama sendiri di sana sini.
Inilah dia dasar UMNO yang kononnya hanya mereka sahaja yang layak membela Melayu. Jika sepuluh atau dua puluh tahun lalu, mungkin UMNO masih relevan untuk membela nasib Melayu. Namun kini, UMNO sudah berkarat dan perlu dihumbankan ke laut untuk diberi makan kepada ikan-ikan jerung. Biar mereka karam di tengah lautan. UMNO sudah rosak dan benar-benar punah. Tiada lagi apa yang boleh diharapkan kepada UMNO seperti zaman Tun Razak dan sebagainya. Kini UMNO lumpuh dan sudah hilang arah tujunya. Fokus utama mereka yang berada dalam UMNO kini adalah projek, komisyen dan tempias. Inilah yang mereka mahukan dan tunggu-tunggu selama ini. Kekayaan yang dicari, bak kata seorang pemimpin UMNO Pahang kepada kami. Jika mahu kaya masuk UMNO tapi jika mahu berjuang masuk PAS atau PKR sebab UMNO lubuk duit katanya. Beliau juga berkata, jika jadi pemimpin UMNO tapi "lapar kebulur" eloklah jadi pembangkang. Jika berada dalam UMNO projek mesti di cari untuk kepentingan diri kemudia barulah memikirkan masalah orang lain. Justeru itulah puak-puak ini lebih rela "mengadaikan" apa jua yang ada.
Tanah Orang Asli Rompin Dirampas Untuk RTK
Umum mengetahui bahawa untuk memohon tanah kelompok ini begitu sukar. Biarpun ia melibatkan orang Melayu UMNO itu sendiri, apatah lagi jika penyokong pembangkang. Namun di Pahang, ia berbeza sama sekali. Projek Tanak Kelompok kebanyakkannya dijual dan digadaikan kepada bangsa lain. Orang Melayu jika mahu memohon tanah terpaksa mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk mendapat kelulusan. Namun bila ada syarikat Bukan Melayu yang memohon maka ia begitu cepat sekali diluluskan. Terkadang, tidak sampai pun enam bulan dari tarikh permohonan. Banyak kejadian yang berlaku di Pahang ini, namun kali ini kami akan menfokuskan isu yang berlaku dalam kawasan Parlimen Rompin yang berwakil rakyatkan Jamaluddin Jarjis. Atas nama projek pertanian melalui Exco Pertanian Pahang yang paling banyak merompak tanah sejak sekian lama iaitu Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) maka kerajaan telah meluluskan tanah untuk tanaman sawit seluas 7,000 ekar kepada sebuah syarikat bukan Melayu. Lokasi terbabit ialah di Kampung Orang Asli Kerpai dan Kampung Orang Asli Jemeri dekat sini. Akibat kelulusan itu, maka orang-orang asli di kedua-dua kampung tersebut telah dihalau dari tanah mereka sendiri. Kami amat bersimpati dengan masalah yang menimpa orang Asli disitu. Kini mereka telah dihalau dan dihambat seperti binatang untuk meninggalkan kawasan kampung yang telah mereka diami sejak zaman berzaman nenek moyang mereka itu dulu.[Justeru itu kami amatlah berharap agar perkara ini dapat diselesaikan segera. UMNO dan BN hanya menghargai orang-orang Melayu tatkala menjelang pilihanraya demi undi mereka. Tetapi selepas kuasa ada ditangan mereka, maka orang-orang asli itu akan diperkotak-katikkan. Kes yang sama pernah kami dedahkan berlaku dalam kawasa Kuala Krau sebelum ini. Maka kini terbuktilah puak-puak UMNO Pahang ini cakap tak serupa bikin. Jika orang asli dianiaya apatah lagi orang Melayu sendiri. Mereka lebih pentingkan projek dan komisyen yang bakal diperolehi. Namun anehnya, masih ada orang Melayu bangang dalam UMNO yang masih terus mempertahankan pemimpin yang tidak berhati perut ini].
BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].






saya ingat dulu, saya persilakan PDO menampilkan surat sokongan dari EXCO Pekan dan ADUN Pulau Manis. mana nya?
BalasPadamsalam mat tomoi. saya sokong kamu dedahkan.
Keris telanjang Umno sudah menikam diri sendiri! Cittt!!!!
BalasPadamKAWE SUKA TENGOK TOK TAN
BalasPadamGOYANG PUNGGUNG SEMASA
FIESTA EDOLA, ALAMAK MACAM
INUL RATU GELEK JE...