Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk). "Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya. Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia. Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
[Nampaknya semua teka-teki kini sudah terjawab. Bukan Mat Sabu, bukan Syed Azman dan bukan juga Mustafa Ali. Sesungguhnya pemilihan YB Wakaf Mempelam itu merupakan satu keputusan luar jangkaan yang cukup hebat untuk diperkatakan. Namun, berkat doa Tok Guru akhirnya ia tetap berlaku. Dan kini ia bakal menjadi tamparan hebat buat UMNO dan BN kerana Mohd Abdul Wahid adalah anak tempatan dan sudah lima penggal menjadi ADUN dalam Parlimen Kuala Trengganu. Dengan keputusan tersebut maka peluang untuk melihat sebuah lagi kemenangan bakal tercapai jua akhirnya. Hanya takdir yang bakal menentukan. Masa untuk bekerja dan membuat tindakan kini sudah tiba. Salam perjuangan buat semua sahabat dan rakan-rakan yang akan berada di Kuala Trengganu nanti. Jika tiada aral melintang Krew Pahang Daily Online juga akan turut membuat liputan selari perjalanan pilihanraya itu nanti. Buar warga Trengganu, nantikan kehadiran kami disana untuk turut membantu dan memeriahkan "perang siber" pilihanraya Kecil Kuala Trengganu itu nanti].
IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.






nampak gaya, wan farid menang besarlah,ini kerana penggundi atas pagar ladang dan bandar tak setuju,dengan Wahid Endot,
BalasPadambuka laman web ini www.calvary.org.my
BalasPadamgereja terbesar di asia akan dibina di bukit jalil,kuala lumpur.ini bawah bidangkuasa DBKL dan menteri wilayah persekutuan,zulhasnan rafiq.umno kena jawab apakah mereka telah luluskan pembinaan gereja 6 tingkat ini.jika benar,amatlah mengecewakan kerana umno selama ini dakwa pembela islam.
tok iskandar Says:
umno totok yang bodoh boleh baca kat sini
The Calvary Convention Centre
The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.
These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.
The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.
Pas hanya kosmetik dalam Pakatan Rakyat-
BalasPadamOLEH: MEGAT RAMBAI
BERITA HARIAN 31 DISEMBER 2008
PARTI Islam seMalaysia (Pas) menganggap Umno parti sekular, taghut dan asabiyyah. Anehnya Pas sanggup bekerjasama dan bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah gabungan Pakatan Rakyat.
-
Bolehkah Pas berasa tenang dan tenteram dalam Pakatan Rakyat kerana kedua-dua sekutunya itu mempunyai ideologi yang jauh berbeza. Tidakkah Pas sedar bahawa DAP adalah parti bersifat sekular yang terang-terang menempelak dan menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan undang-undang hudud.
-
Karpal Singh (DAP) pernah mencabar Pas supaya melangkah mayatnya sebelum melaksanakan cita-cita itu. Ketika menjelangnya pilihan raya kecil Permatang Pauh sebelum ini, DAP di dalam kongresnya menegaskan bahawa parti itu tidak dapat menerima kewujudan negara Islam.
-
Terbaru ialah kenyataan dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang menegaskan bahawa undang-undang hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat dan menegaskan bahawa Malaysia mestilah kekal sebagai negara sekular.
-
Mungkin kerana 'trauma' dengan cabaran keras Karpal itu menyebabkan Pas tidak berani menyebut agenda 'negara Islam' dan undang-undang hudud ketika kempen pilihan raya 8 Mac lalu. Tidakkah ini satu 'kebaculan' politik Pas sehingga sanggup menggadai prinsip perjuangannya?
-
Seandainya Pas terpaksa meninggalkan DAP, bolehkah Pas kekal bersama PKR? PKR sebagai sebuah parti beraliran liberal sentiasa menghindarkan diri daripada membicarakan isu Melayu dan hal berkaitan Islam sedangkan Islam dan Melayu adalah mauduk utama perjuangan Pas.
-
Walaupun dalam kongres tahunannya yang lalu, PKR seolah-olah memperjuangkan isu kekebalan raja-raja Melayu tetapi ia hanyalah 'pemanis' bertujuan memenangi hati raja-raja. Saya yakin, parti yang beraliran liberal ini tidak begitu berminat dalam soal kedudukan raja-raja dan hak-hak istimewa Melayu, apatah lagi untuk berjuang menegakkan negara Islam.
-
PKR lebih mesra dengan perjuangan DAP yang memperjuangkan 'Malaysia Malaysian' yang menjadi perjuangan asal Lee Kuan Yew. Kongres tahunan PKR lalu juga menunjukkan hubungan dingin Pas dan PKR. Ia dapat difahami apabila hanya seorang pemimpin tertinggi Pas, Husam Musa yang hadir.
-
Beliau mempunyai hubungan baik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga termasuk dalam pasukan 'Erdogan' iaitu kelompok ulama muda dan golongan profesional dalam Pas yang mahukan pembaharuan dan mereka menyokong kuat perjuangan Anwar.
-
Kewujudan kumpulan 'Erdogan' sekali gus membuktikan politik licik Anwar berjaya mewujudkan sekelompok golongan di dalam Pas yang akan terus menyokong perjuangannya. Pemikiran Islam Anwar juga dilihat tidak selari dengan pemikiran Pas. Anwar dengan pemikiran Islam yang bersifat liberal tidak berhasrat menjadikan perjuangan Islam agenda utama PKR.
-
Telahan saya berasaskan kepada minat Anwar mengenai idea reformasi Indonesia. Ketika bangkitnya era reformasi Indonesia, ramai pemikir Islam progresif Indonesia turut melahirkan idea liberal mengenai politik dan masyarakat Islam.
-
Anwar mempunyai ramai tokoh reformis Islam termasuk tokoh 'Islam liberal' dari Indonesia. Istilah-istilah seperti 'politik sivil' dan 'ketuanan rakyat' adalah slogan yang diperjuangkan oleh tokoh reformis politik Indonesia.
-
Justeru, dapatkah Pas menerima pendekatan Islam yang cuba dibawa oleh Anwar? Pas sepatutnya sedar, dalam banyak hal ia mempunyai banyak persamaan dengan Umno. Pas sendiri asalnya dari sebuah Biro Agama Umno tetapi pada 15 Ogos 1951, Ahmad Fuad, Ketua Biro Agama Umno bersama Ustaz Abdul Raub menganjurkan Persidangan Alim Ulama di Kuala Lumpur yang membawa kepada penubuhan Persatuan Alim Ulama seMalaysia (Pas). Ia bertujuan memperjuangkan Islam dan hak ketuanan Melayu.
-
Selepas Ahmad Fuad meninggalkan Pas (1956), Dr Abbas Alias memangku Yang Dipertua (YDP) Pas sehingga Dr Burhanuddin Al-Helmi, bekas aktivis Persatuan Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dilantik sebagai YDP (1956-1964) dan meletakkan Islam dan kebangsaan sebagai teras perjuangan Pas. Pada 31 Mei 1955, Pas didaftarkan sebagai sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Islam seTanah Melayu untuk membolehkannya bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955.
-
Walaupun perlembagaan Umno menegakkan negara Islam sebagai agenda, perjuangannya tetap mempunyai matlamat sama iaitu untuk agama, bangsa dan tanah air. Sumbangan Umno dalam menegakkan syiar Islam di negara ini adalah hakikat yang diketahui umum.
-
Pas juga harus sedar bahawa dalam pilihan raya 8 Mac lalu, ia mendapat sokongan pengundi Cina adalah kerana undi protes terhadap BN atas beberapa sebab. Pas hanyalah sebuah parti kecil dalam kerajaan campuran di Selangor dan Perak. Di kedua-dua negeri itu, Pas berada dalam dilema kerana terpaksa tunduk kepada kehendak serta tekanan DAP dan PKR.
-
Di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberi 'muka'. Ini satu penolakan secara 'halus' oleh DAP terhadap Pas di Pulau Pinang. Dua ahli Exco Melayu daripada PKR yang dilantik dalam kerajaan DAP hanyalah sebagai 'kosmetik' dan 'boneka' semata-mata.
-
Di Perak, Menteri Besarnya dilantik daripada Pas bukan kerana ia suara majoriti tetapi kerana Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu beragama Islam seperti mana terkandung dalam perkara 12 (1) (2) perlembagaannya.
-
Pas jangan lupa apa yang pernah diungkapkan Dr Burhanuddin dalam mempertahankan hak orang Melayu. Dr Burhanuddin ketika mesyuarat agung Pas yang ke-12 (1964) menegaskan dalam ucapannya: "Kalau Tanah Melayu ini misalnya, mengikut hak asasi dan hak asalnya dipunyai oleh bangsa Melayu, maka tentu salah hendaknya ada bangsa lain bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula.
-
"Tiap-tiap bangsa di dunia ini berhak mempertahankan hak bangsanya sendiri. Soal mempertahankan hak sesuatu bangsa itu bukanlah soal perkauman, itu adalah soal bangsa." (Kamaruddin Jaafar,1980).
-
Penyelesaian terbaik ialah Pas dan Umno duduk bermuzakarah dan kembali bertaut memperjuangkan Islam dan kedudukan Melayu yang semakin dicabar sejak kebelakangan ini. Kedudukan orang Melayu di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor semakin tidak menentu kerana pengaruh DAP yang kuat di dalam pentadbiran negeri-negeri terbabit.
-
Maal Hijrah yang baru disambut harus dijadikan azam baru bagi kedua-duanya kembali bertaut dan bersatu demi masa depan dan kekuatan ummah di negara ini
Kita percaya BN kini Cerah manakala PAS pula Resah.
BalasPadamLihat komen di :
http://warisanpahang.blogspot.com/
Pahang daily online,
BalasPadamMemang benar PAS menganggap UMNO parti secular, taghut dan asabiyyah. Dan bukannya aneh PAS bekerjasama dan bersekutu dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Mengapa PAS perlu berasa gelisah terhadap parti DAP yang mempunyai ideologi berbeza…?
Kalau DAP parti bersifat sekular yang terang-terang menempelak dan menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan undang-undang hudud, apa bezanya UMNO yang terang-terang didalamnya adalah orang yang beragama islam juga bersikap seperti DAP menolak hudud..?
Kalau Karpal Sing (DAP) pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya sebelum melaksanakan cita-cita itu, begitu juga Tun Dr. Mahathir pernah mencabar PAS supaya tumbangkan UMNO dulu sebelum melaksanakan hukum hudud dalam Malaysia.
Memang benar undang-undang hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat kerana ia tidak perlu terburu-buru untuk melaksanakannya. Dan untuk menegakkan undang-undang islam PAS tidak perlu takut pada sesiapa. Tapi yang pengecut dan bacul adalah UMNO kerana menolak hukum hudud.
Jangan dipersoalkan PAS sama ada terpaksa meninggalkan PR kerana DAP atau tidak kerana PAS juga ada pengikut setianya dan PAS sudah biasa jadi parti pembangkang. Tapi UMNO bolehkah bersendirian dan berkuasa tanpa MCA dan MIC…?
Kita semua sedia maklum bahawa PAS dalam pilihan raya 8 Mac lalu, mendapat sokongan pengundi Cina adalah kerana undi protes terhadap BN atas banyak sebab. Salah satu sebabnya adalah UMNO terlalu bongkak. Mereka lupa diri, sehingga melupakan rakyat yang selama ini menyokong mereka jadi pemimpin dan berkuasa.
Disebabkan protes itu maka PAS telah menjadi pentadbir kerajaan negeri di Negeri Kedah dan Perak. Tapi mereka yang kalah telah membuat cerita bohong kononnya PAS berada dalam dilema kerana terpaksa tunduk kepada kehendak serta tekanan DAP dan PKR.
Lihatlah betapa beruntungnya PAS kerana di Perak, Menteri Besarnya dilantik bukan kerana ia suara majoriti tetapi kerana Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu beragama Islam seperti mana terkandung dalam perkara 12 (1) (2) perlembagaannya.
Dalam UMNO pekara ini tidak pernah terjadi tapi di Perlis dan Terengganu Menteri Besar yang dilantik oleh Perdana Menteri telah disingkirkan dan digantikan mengikut kehendak Sultan. Mengapa pekara seperti itu terjadi,..?
PAS memang tidak pernah lupa apa yang pernah diungkapkan Dr Burhanuddin dalam mempertahankan hak orang Melayu. Tetapi siapakah yang sering melaungkan “hidup melayu “ dan siapakah yang menjahanamkan bangsa melayu…? Mereka itu adalah pemimpin UMNO yang mengamalkan rasuah dan hipokrit.
waris pahang kamu cetek dalam bidang ilmu kamu sepatutnya mempelajari sejarah bukan berdasarkan emosi tolonglah baca sejarah semula bukan sejarah UMNO
BalasPadam