KUANTAN - Dua artikel terdahulu kami tentang itu perlantikkan Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang tidak mengikut prosedur nampaknya telah ditempelak oleh beberapa orang yang dipercayai mempunyai "hubungan rapat" dengan pegawai terbabit. Malah mereka lebih emosi dan menyatakan kami mempunyai niat tersendiri mendedahkan perkara ini kepada umum. Bahkan mereka juga turut mengaitkan isu ini dengan pegawai-pegawai tertentu di MPK. Maka banyaklah pihak yang membicarakan soal ini, serta menuduh pihak-pihak tertentu sengaja membangkitkan isu ini untuk mencari populariti serta menolak takdir yang berlaku. Lebih mengharukan, kesilapan lokasi asal Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Sidek Hassan pula dijadikan isu untuk dibahaskan. Ini berikutan kesilapan kami yang pada awalnya menyatakan bahawa KSN itu berasal dari Kg.Paloh Hinai Pekan walhal beliau adalah dari Kg.Cerok Paloh dan bukan Paloh Hinai. Begitu juga dengan kenyataan kami bahawa En.Zainuddin, Setiausaha MPK itu dari lokasi yang sama dengan KSN. Itupun mereka tempelak kami dengan mengatakan pendedahan kami tentang isu ini terlalu "bodoh" dan dikatakan kononya sama standard dengan "budak darjah 6".Inilah dia mentaliti puak-puak pengampu yang tidak mahu langsung melihat kebenaran dan hakikatnya. Mereka langsung tidak menyentuh soal kesalahan prosedur perlantikan SU MPK itu yang ternyata bercanggah dengan peraturan. Beliau yang telah tamat tempj kontraknya kini disambung perkhidmatan dari "bulan ke bulan" dengan gaji mencecah RM6,000 sebulan. Inilah dia kesalahan yang sepatutnya dibahaskan. Apakah kewajaran dan hebatnya sangat En.Din disambung "kontraknya" itu. Ini semua menimbulkkan kesangsian dikala ramai kakitangan MPK sebenarnya mempertikaikan serta tidak bersetuju dengan perkara itu. Mungkin ada kuncu-kuncu beliau yang berfikir bahawa En.Din masih layak menjadi SU MPK kerana beliau ada pengalaman dan sangat hebat. Namun, masalahnya di sini ialah tempoh untuk beliau menunjukkan kehebatan itu sudah berlalu. Sudah tiba masanya beliau mengundur diri secara terhormat dan memberi laluan kepada orang lain untuk menjawat jawatan tersebut. Ini yang sepatutnya difikirkan. Bukankannya soal remeh temeh seperti lokasi asal dan sebagainya.
Keduanya, perlantikan beliau itu ada unsur rasuah dan kronisme berlandaskan kepada "hubungan peribadi beliau dengan KSN" serta kapasiti beliau sebagai salah seorang pemimpin UMNO setempat. Inilah budaya yang kita tidak mahu lihat sebenarnya. Bila ada "kabel" dan "connection" yang kuat maka mereka bebas melakukan apa sahaja. Hak orang lain perlu diberi perhatian jika SU MPK itu bersikap profesional. Jika mahu dibandingkan beliau dengan bekas SU MPK terdahulu seperti Encik Basri Sulaiman dan sebagainya. Maka mereka adalah lebih hebat. Namun dek kerana tiada "kabel dengan orang atas" maka jawatan tersebut tidak dapat dipertahankan. Ini berbeza dengan En.Din, beliau kekal bukan dengan "kepakaran" dan "pengalaman" yang ada. Sebaliknya lebih menjurus kepada "power pihak atasan". Beliau mungkin tidak sedar perkara ini, tapi warga Kuantan dan rakyat dapat melihat serta menghidu siapakah beliau sebenarnya. Keadilan haru ditegakkan dalam hal ini. Kita tidak pernah mempertikaikan kehebatan beliau sebagai Setiausaha MPK. Namun beliau harus menerima hakikat bahawa perubahan perlu berlaku dalam menuju masa akan datang. Beliau harus meniru cara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang rela melepaskan jawatanya kepada Dato' Seri Najib Razak pada bulan Mac. Jika PM sendiri boleh berbuat demikian, kenapa Encik Zainuddin gagal mengambil contoh dan tauladan?.
Kami juga hairan, apakah yang dimahukan oleh beliau lagi sekarang. Masa sudah tiba untuk beliau mengundur diri. Langkah menyambung kontrak dengan ehsan KSN amatlah mengecewakan sebenarnya. Ini adalah satu perbuatan yang "zalim" kepada orang lain. Berilah peluang pula kepada pegawai lain untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan itu juga bukankah peluang pekerjaan baru dapat dibuka untuk orang lain. Masa sudah tiba untuk membuat perubahan di Majlis Perbandaran Kuantan. Maka itu usahlah mereka itu mahu berdolak dalih lagi dengan segala senario yang berlaku ini. Kami amatlah berharap agar pihak Kerajaan Negeri Pahang dapat mengambil perhatian yang serius dalam hal ini demi kepercayaan warga Kuantan terhadap MPK. Kami melihat, pengekalan Encik Zainuddin sebagai Setiausaha kontrak "bulanan" jelas sekali mencabuli peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kita juga tidak mahu KSN bersekongkol dengan mana-mana pegawai kerajaan untuk kepentingan peribadi masing-masing. Kita khuatir SU MPK itu juga mempunyai agenda yang tersendiri serta masih belum dapat diselesaikan. Tambahan pula gaji yang diterima oleh beliau itu juga amatlah lumayan sekali. Semoga satu siasatan yang rapi dapat dijalankan segera demi keadilan!!
[Kami terkadang naik hairan dengan pihak berkenaan yang menyamakan kekalnya Encik Din untuk jawatan Setiausaha MPK disamakan dengan kekalnya Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam politik. Punyalah "bengapnya" puak-puak ni, politik dengan kerja kerajaan disamakan. Dalam politik mereka dipilih oleh rakyat. Selagi rakyat perlukan mereka selagi itulah mereka boleh tabur khidmat. Tapi dalam hal Encik Din, beliau kekalkan jawatan dengan menggunakan pengaruh dan kuasa orang atasan. Beliau gunakan sokongan Ketua Setiausaha Negara untuk tujuan tersebut. Ini amatlah tidak adil sama sekali. Tambahan pula kini kami mendapat maklumat bahawa "power" beliau malah terkadang lebih berkuasa dari Yang Dipertua MPK sendiri. Jika perkara ini tidak diperbetulkan sekarang, maka sudah pasti selepas ini amalan yang sama turut akan digunakan oleh orang-orang lain pula untuk terus berkuasa].
IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.






Gereja terbesar yang korang bisingkan tu terletak di bukit jalil.jika benar didirikan akan jadi gereja terbesar di asia.braveheart belajar geografi tak?bukit jalil termasuk bawah bidang kuasa DBKL.Menteri Wilayah Persekutuan ialah datuk zulhasnan rafiq.umno tu.bukan pakatan rakyat.jika terbukti sahih,rakyat tertanya-tanya mengapa umno boleh luluskan gereja terbesar di asia untuk di bina di kuala lumpur.
BalasPadamdan umno akan dituduh pengkhianat agama islam korang ni.kalau semua nak tahu berdekatan bukit jalil ada tertulis hope(harapan) dan disitulah menurut sumber berita akan dibina gereja terbesar di asia.
cuba pak tam jawab ni benarkah gereja tersebut akan dibina?
Braveheart tok nasihatkan belajar geografi.agaknya dalam umno sekarang tinggal yang bodoh dan bengap sahaja
rujuk laman web di bawah
www.calvary.org.my
maklumat tentang gereja tu tok dedahkan kat sini.
umno totok yang bodoh boleh baca kat sini
The Calvary Convention Centre
The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.
These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.
The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.
apa penjelasan umno yang kononnya pembela islam tentang gereja yang akan dibina di bukit jalil ni?terbesar di asia pulak tu.kompleks 6 tingkat.kalau korang semua nak tahu kat mana jika lalu kat area bukit jalil ada tertulis hope(harapan).di situlah akan dibina gereja tersebut.apa penjelasan UMNO kerana DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan bukit jalil.
BalasPadamboleh layari http://www.calvary.org.my
umno peduli apa
BalasPadamjanji masyukk duit
nak buat kasino yg
terbesar kat dunia pun
tak pe, yg penting
masyukkkk duit
rasanya dah tak ramai kot UMNO yang cerdik,tinggal yang jenis tak berapa nak cerdik je,agaknya tak lama lagi bangsa UMNO neh akan pupus kot.......
BalasPadamHEBAT MEMANG LAH HEBAT... TU YG AKU SURUH HANG SEBUT SAPA-SAPA NAMA PEGAWAI KAT MPK NI BOLEH GANTI TEMPAT EN DIN SEBAGAI SU... SENANG SIKIT KSN KE SUK KE NAK TUKARKAN DIA... KALAU HANG PA DAH TEROR SANGAT SELOK BELOK KAT MPK NI.. SILAKAN BAGI NAMA.. JANGAN SEGAN2.... KITA ORG BOLEH TOLONG BUAT SEPANDUK LAGI...
BalasPadamGlamer la cikgu din... sampai 3 artikel masuk dlm blog... ngalahkan orang politik lagi....
BalasPadamTak pa... ramai orang sayang tu... terus kan perkhidmat yg cemerlang..
ini stail biasa oleh PDO. bila temberang sudah di dedahkan, maka pendedahan itu di katakan datang dari orang yang mengampu. jadi, kebenaran pendedahan itu kurang bermutu, kerana ia datang dari pembodek kerajaan?
BalasPadamawak dah buat silap dengan membohong, mengaku saja lah. mula2 kata paloh hinai. lepas tu tukar. kemudian kata din pun datang dari tempat yang sama- sama tu apa? din bukan orang pahang.
dengan ksn mana din ni rapat? dia tak kenal pun tan sri sidek. yang dia rapat ialah dengan tan sri samsudin, ksn lama. yang tu dah pencen.
lama kelamaan, temberang dan pembohongan PDO akan terbongkar. memang betulkan- macam budak darjah enam?
setuju sangat la koi...darjah enam apa... tadika pun tak pass lagi...
BalasPadamhorey... lepas ni garenti masuk lagi satu artikel pasal su mpk...mesti dalam tu letak:
BalasPadam1) Tan Sri Sham pun pencen
2) Akan pertikaikan En Din tu bukan org Pahang
3)Marah sebab org kata dia budak tadika...
Tungguuuuuu........kah..kah..kah.. kiokkkkk....
Aku perhati : slps PRU 12, Fuziah Saleh anti sangat kat MPK sehingga dia rasa beliau MP kelas ketiga.
BalasPadamMula-mula PKR anti MPK secara keseluruhannya, lepas tu anti orang dalam MPK dan seterusnya mahu rampas pengurusan MPK.
SELAMAT PERTAHAN MPK
warga mpk tetap mempertahankan keutuhan mpk. mana2 pihak yang cuba campur tangan secara main kotor akan di tentang. moh kite bersemuka kalau rasa tak puas hati. menggunakan blog mcm gini umpama anjing menyelak bukit. yb fuziah.. tolong tengok2 sikit anak2buah awak tu. yb pun pernah datang berdialog dgn mpk.. tak der masalah.. kami terima dgn tgn terbuka... kat taman gelora baru ni pun yb datang buka kiosk walaupun tidak di undang tp mpk tetap terima.
BalasPadamapa punya bodoh korang nii.. blog pahangdaily x ada kena mengena dengan parti politik wey... masalah kesilapan info tu x per..itu hal kecik..hal besar nya ialah En Din sudah gila kuasa dan perlu letak jawatan segera.. Jika tidak byk lagi rahsia akan didedahkan.. soal gaji RM6,000 tu x betul ker?. Soal kontrak bulan2 x betul ker...soal sapa link dgn KSN itu pun akan dibongkarkan oleh PDO lepas ni. umur dah 59 tahun..balik Perak tanam jagung larrr..bagi peluang kat orang lain pulak...jgn nak bangga sangat awak tu hebat !!
BalasPadamApa yang dimaklumkan oleh PDO ni adalah rasa tak puas hati terhadap cara kepimpinan yang ada sekarang. Berpunca dari sikap pilih kasih, berat sebelah tidak seperti dacing dalam logo BN yang seimbang. Rasuah, dan berlagak hebat bila berkuasa.
BalasPadamPekara seperti itu lah membuatkan rakyat yang terpinggir rasa marah dan bertindakan dengan tuduhan melulu tanpa usul periksa.
Akibatnya salah tembak jadilah temberang. Walaupun temberang, tapi ada juga sedikit kebenarannya.
Sebenarnya apa yang berlaku dalam negeri Pahang ini adalah berpunca sikap sambil lewa Menteri Besarnya. Ditambah dengan sikap biadapnya terhadap orang tidak disukai maka ramai yang rasa tersinggong dengan cara dia mentadbir negeri.
Disebabkan pekara seperti itu maka orang seperti PDO cuba membongkar seberapa banyak penyelewengan yang berlaku dalam Pahang.
Pekara ini akan berlaku juga jikalau PKR atau PAS memerintah. Lihat saja di Selangor, siapa yang cuba membongkar kelemahan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Bukankah UMNO pimpinan Khir Toyo...?
Kalau ada sesiapa yang nak mempertahankan MPK dari diceroboh, itu dikira sebagai tanggongjawab. Tapi apa yang dipertikaikan oleh PDO itu adalah untuk memberi peluang pada rakyat Pahang yang berkelayakan.
Tapi anda yang bertugas disitu kena ingat bahawa anda adalah pekerja makan gaji.
Tak der gunanya kao org menyemak dan mempersoalkan kredibeliti mpk sekarang, hanya mengabiskan beras sahaja yang sepatutnya di buat bantuan banjir. Kalau benar2 kao orang banyak sangat maklumat... nah.. keluarkan bukti...tak der guna menulis dalam blog sebegini. Kuantan dan maju dari dulu sampai sekarang dik kerana pemimpim2 yang berwibawa. Lagi banyak kao orang mempersoalkan mcm2 isu... lagi kuat la mpk...soal cik gu din tu belum pencen... dont worry la... sampai masa dan ketika...dia berhenti jugak... kao orang ni mesti orang Islam yang sembahyang tak pernah tinggal... mesti kao orang percaya akan Qadha dan Qadar Tuhan...kalau tak percaya... lebih baik mengucap sekarang...
BalasPadamYang bagi komen pun.. jangan nak menyamar jadi budak MPK... jadi Bush lagi baik...
Aku nak sangat kao orang bagi la satu nama yang sesuai ganti cikgu din tu....tapi hampeh....cakap jer yang besor....
Bila pulak en din tu ada jawatan dalam politik??? Pengerusi Se umur hidup Persatuan Memancing adalah....
BalasPadamBoleh tanya la MB ke...sapa2 orang UMNO atau tel pej UMNO kalau tak percaya... mana ada dia pegang jawatan dalam UMNO... kalau ada garenti boleh menang Parlimen Kuantan...tu la... jgn bagi info putar belit cam gitu... tak baik tau