script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tragis: Umat Islam Dan Penyokong Pakatan Rakyat Di Seru Hadir Ke Perhimpunan Aman Palestin Di Masjid Abu Bakar Temerloh Esok

TEMERLOH - Satu perhimpunan khas bagi menyatakan protes untuk membantah kezaliman Zionis terhadap umat Islam Palestin akan diadakan pada hari esok 2 Januari 2009, bertempat di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Program akan bermula selepas solat Jumaat. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim program itu adalah anjuran kerjasama Pakatan Rakyat dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang. "Kita akan mengadakan himpunan mengutuk kezaliman regim zionis selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kita berharap orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Palestin dapat turut serta dalam himpunan itu untuk menyatakan bantahan atas kekejaman Israel itu," katanya.

Semua umat Islam dan orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai. Sementara itu kami juga difahamakan bahawa program yang sama juga akan turut diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Perhimpunan itu akan diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Salahuddin Ayub. Sehingga semalam jumlah yang maut ialah seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel. Pada hari Sabtu lalu Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin. Kekejaman yang dilakukan oleh Zionis terhadap umat Islam Palestin adalah satu perbuatan terkutuk yang harus dikecam umat Islam seluruh dunia. Ternyata Zionis semakin bermaharajelala biarpun mereka tahu segala yang dilakukan itu akan dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Inilah bukti jelas menunjukkan bahawa begitu teruknya manusia apabila nafsu sudah menguasai akal.

[Sebenarnya, apa yang berlaku di Palestine ini jelas sekali membayangkan kepada kita bahawa inilah juga yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang sebenarnya. Mereka diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya dengan segala kuasa dan undang-undang yang ada. Bahkan akta zakim seperti ISA yang ternyata mendapat bantahan seluruh rakyat, terus dipertahankan tanpa mahu mendengar langsung pandangan dan suara rakyat. Jika ini terus berlaku, kita khuatir masyarakat dunia juga akan melihat Malaysia bakal menjurus ke arah itu suatu hari nanti. Maka tercemarlah imej Islam Hadhahri Pak Lah itu kelak].

IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.