script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Pak Lah Wajar Fikiri Semula Peralihan Kuasa, Najib Kini Sudah Mula Gunakan Pengaruh Untuk Hancurkan Orang Kanan Khairy Di Pahang

Selepas Pilihanraya kecil di Kuala Trengganu bermula pertempuran baru di antara kem Najib Razak dengan kem Khairy Jamaluddin. Orang kuat Khairy, Norza Zakaria menjadi mangsa terbaru apabila didakwa terlibat dengan rasuah politik di Temerloh. Temerloh menjadi sasaran orang Najib kerana ramai penyokong Khairy di sini termasuklah Timbalan Ketua Bahagian Temerloh, Saifudin Abdullah. Orang Najib dapat mengesan Norza akan dilantik ke jawatan kabinet jika berlaku rombakan kabinet tidak berapa lama lagi. Apa pun tindakan Khairy belum siapa yang dapat meneka kerana Najib yang mendapat nasihat Tun Dr Mahathir kini mula bertindak memancung orang Khairykerana merasakan akan dilantik jadi Perdana Menteri Mac depan. Kenyataan terbaru Najib Razak bahawa mereka yang didakwa terlibat dengan rasuah politik tidak boleh bertanding dalam pemilihan pucuk tertinggi UMNO pada bulan Mac depan jelas sekali ditujukan kepada orang-orang Khairy itu sebenarnya.

Jika orang Khairy diperlakukan sebegini teruk, Khairy tentu dapat menjangkakan tindakan terhadapnya jika mendiamkan diri. Semasa di Kuala Terengganu, berlaku pertelingkahan di antara pengikut Khairy Jamaluddin dengan kem Najib kerana mendakwa mereka tidak berkempen bersungguh-sungguh. Di pihak Najib pula menyalahkan faktor calon, Wan Farid sebagai punca kekalahan. Wan Farid adalah rakan sekutu Khairy. Ramai pengikut Khairy mendakwa Najib telah mensabotaj Wan Farid sehingga kalah teruk. Akibatnya orang kanan Khairy itu telah dicantas oleh kem Najib setelah tewas di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dan kehilangan jawatan Senator serta Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sabotaj kedua yang dilakukan oleh kem Najib ialah mengheret seorang lagi rakan karib Khairy iaitu Norza Zakaria di atas pertuduhan rasuah politik ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kes berprofail tinggi ini telah diulas oleh Najib,"mereka yang telah didakwa oleh SPRM tidak boleh bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan. Norza cuba melobi jawatan Majlis Tertinggi".


Norza dan Wan Farid orang Khairy yang kini dipancas Najib
Kejutan kedua kepada Khairy apabila kem Najib di dalam UMNO Bahagian Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh cuba menyingkirkan pengikut Khairi. Saifuddin Abdullah yang dulu merupakan rakan karib Khairy dikatakan telah beralih arah apabila semakin mendekati kem Najib. Beliau adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Menjelang pemilihan UMNO Mac depan telah menyaksikan Kem Najib yang diperkuatkan oleh mentornya Tun Dr.Mahathir dan telah mula bertindak memancung orang-orang kanan Khairy. Norza menjadi mangsa kerana kem Najib dapat menghidu beliau akan dilantik ke jawatan Menteri atau Timbalan Menteri menjelang rombakan kabinet. Kem Najib semakin angkuh kerana merasakan Najib akan menjadi Perdana Menteri Mac depan. Apakah tindakan Khairy? membiarkan dirinya menjadi mangsa politik Najib atau bertindak melawan dengan strategi politik yang licik dengan bantuan Pak Lah. Ramai penganalisa politik berpendapat, Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Mac depan atas faktor politik dan ekonomi negara yang tidak stabil. Kem Najib yang mempunyai kekuatan di UMNO Bahagian Jerantut,Temerloh dan Kuala Krau cuba menyingkirkan pengikut-pengikut Khairy di Pahang.


Saifuddin dan Ismail Sabri orang Khairy yang dijangka berpihak kepada Najib jika mahu masa depan mereka dalam kabinet dapat dipertahankan selepas Najib jadi Perdana Menteri Mac ini

Penyokong Khairiy diberi kata dua sama ada berpihak kepada Najib atau bersedia untuk dipancung. Orang kanan Khairy iaitu Ismail Sabri yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Saifudin Abdullah yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan sedikit demi sedikit cuba menjarakkan diri daripada Khairy. Ismail Sabri adalah Ketua UMNO Bahagian Bera dan Saifuddin Abdullah pula Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh. Seorang demi seorang penyokong serta hulubalang Khairy dicantas oleh kem Najib. Kini Wan Farid dan Norza menjadi mangsa. Kekuatan Najib bukan sahaja berpusat di UMNO Bahagian tetapi juga di Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh sepupunya Datuk Seri Hishamuddin. Pegawai khas Hishamudin adalah Datuk Azmi yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Di Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh pula, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) ialah Haji Nadzri. Encik Ahmad Sanusi (Abang kepada Ismail Said iaitu Ahli Parlimen Kuala Krau dan Ustaz Ishak yang merupakan Penyelia Agama Islam PPD Temerloh telah disoalsiasat SPRM berhubung rasuah politik Norza serta Encik Laily (Bahagian Pertukaran). Ramai guru yang cenderung kepada pembangkang akan dianiaya mereka serta ditukarkan ke pedalaman dalam tempoh 24 jam. Dijangkakan Khairy tidak akan mendiamkan diri membiarkan dirinya pula menjadi mangsa percaturan politik kem najib yang mendapat khidmat nasihat Tun Dr Mahathir. Siapa yang mencantas dan siapa pula akan dicantas, sama-samalah kita tunggu dan lihat. SPRM jangan lupa siasat dakwaan yang mengatakan perwakilan umno bahagian Kuala Krau menerima RM200-RM300 seorang jika mengundi Khir Toyo sebagai calon Ketua Pemuda

[Baru-baru ini juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamudin selaku Ketua Pemuda UMNO terpaksa turun ke Temerloh untuk mententeramkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang menjadi buruan SPRM. Khabarnya lebih banyak tangkapan akan dibuat dan sasaran SPRM seterusnya ialah UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Ismail Said. Khairy Jamaluddin pula dikatakan berang dengan permainan politik licik kem Najib yang menjatuhkan orang kanannya Norza Zakaria - Artikel di atas adalah suntingan dari komen Tok Iskandar].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

5 ulasan:

  1. Tahniah PDO kerana memang bijak provokasi dan menjahanamkan UMNO. Bukan setakat menjahanamkan UMNO malah manjahanamkan seluruh umat melayu di malaysia ini. tahniah dan syabas sekali lagi. mudah-mudahan sdr akan berjaya dan menang walaupun akhirnya kemenangan ini tidak memberi erti apa-apa kerana melayu semuanya telah dimusnahkan.

    BalasPadam
  2. wahai beranika hatii..yg musnah bukannaya smeua Melayu..tetapi Melayu UMNO yang bangang dan tak sedar diri mcm anda...

    BalasPadam
  3. Semut mati kerana gula, UMNO mati kerana duit!

    BalasPadam
  4. korang jgn nk syok sendiri..parti melayu semua sama jer..pemimpin2 (kalau boleh dipanggil pemimpin ler)..SEMUA PENTINGKAN DIRI DAN KRONI SENDIRI SAHAJA..pada mereka melayu jahanam tu soal lain..menawarkan khidmat tidak ikhlas tetapi ada udang disebalik batu..pas dan pkr tu kalau dh lama berkuasa pun sama jer..majoriti melayu perangai 2 x 5 sahaja..bukan kita tak tahu, skg ni kedua2 parti tu sdg atur strategi macam mana nk perkayakan diri macfam org2 ameno gak..hai, duit dan harta beb..saper tak mahu..nik aziz mungkin tak mau tp yg lain2 tu? sendiri jawab lar..aku tak caya pas dan pkr tu akan lebih baik dari ameno tu..

    BalasPadam
  5. Tolong jangan samakan umno dan melayu.......... Jauh bezanya UMNO dan melayu....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.