script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Bencana: Banjir Melanda Pahang, 246 Orang Mangsa Dipindahkan Di Sekitar Daerah Kuantan Dan Pekan Sehingga Lewat Petang Semalam !!

KUANTAN - Selepas Kuantan, banjir turut melanda daerah Pekan semalam dan menjadikan jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 246 orang petang semalam berbanding 106 pada sebelah paginya. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sejumlah 93 mangsa banjir di daerah pekan dipindahkan sejak 12 tengah hari. Enam kawasan di Pekan iaitu Kampung Sungai Miang, Kampung Cenderawasih, Kampung Padang Rumbia, Kampung Rompin Lama, Kampung Penadah dan Kampung Padang Polo dinaiki air setinggi 1.5 meter. "Lapan belas orang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara, 19 orang di Balai Raya Padang Rumbia dan 56 orang di Sekolah Kebangsaan Terentang, Pekan," katanya. Sementara itu, banjir di Kuantan melibatkan 153 mangsa yang terdiri daripada penduduk Pekan Sungai Lembing, Kampung Melayu serta Kampung Jeliang dan mereka ditempatkan di Balai Polis Sungai Lembing, Sekolah Menengah Sungai Lembing, Balai Raya Kempadang dan Dewan Serbaguna Panching. Setakat ini, katanya hanya sebatang jalan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di km8 hingga km12 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, manakala km19 hingga 24 Jalan Pekan-Nenasi dan km19 hingga km24 Jalan Rompin-Nenasi ditutup kepada kenderaan ringan.

[PDO mengambil kesempatan untuk memperingatkan rakyat Pahang supaya berjaga-jaga dengan segala kemungkinan banjir besar yang bakal berlaku. Tambahan pula cuaca dan hujan yang begitu lebat secara berterusan sejak kebelakangan ini bakal menjurus ke arah itu. Pastikan keselamatan keluarga, serta segala dokumen penting. Ikuti arahan yang telah ditetapkan kerana itu adalah lebih penting. Jangan ada yang cuba melanggar arahan sekiranya disuruh berpindah. Kita tidak mahu berlaku sebarang kecelakaan dan kemalangan dalam banjir kali ini. Krew kami sedang memantau situasi terkini banjir di seluruh negeri Pahang].

IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

Share:

5 ulasan:

  1. ye lah. kamu bercakap saje. pejabat daerah, UMNO dah bukak bilik operasi. apa kamu buat? nanti wan azizah datang beri jabir makanan?
    apa hal kamu ni? kamu tahu ke maksud ekslusif? semua maklumat yg kamu dapat datang dari pusat operasi daerah/balai polis. yang kamu letak gambar tahun lalu tu apa hal?
    jadi2 lah nak bohong kepada rakyat. pergi naik perahu, hantar makanan itu. jangan membebel macam bontot ayam.

    BalasPadam
  2. ko ni anonymous, berdengki apsal? hahahhaah..ke ko giler meroyan tgok pahangdaily laporkan isu rakyat..nak harapkan blog yg ditaja kerajaan Pahang..hampeh..kerja mengampu ader larrr..laporan terkini x ada langsung..marah tak bertempat ko niii

    BalasPadam
  3. tak gila. lapor lah lagi. lagi banyak pembohongan dan kelenting, lagi panjang tali nak gantong leher kamu.

    cakap banyak. kerja tak buat. tong kosong kuat ler bunyi nya. kelentong lah lagi.

    BalasPadam
  4. ameno ni tak abis2 busuk hati,
    kalau busuk tahi tu, biasa le,
    klu busuk hati kena bayak2 taubat,
    tu le orang kata, undi pas menjurus
    jalan kesyurga, undi ameno meletakkan
    kaki keneraka, pasai judi, arak,
    maksiat jadi halaldlm ameno kalau ada lesen

    BalasPadam
  5. tak kisah siapa yang bukak bilik gerakkan. Yang penting kerja tu biar ikhlas. Jangan bila ada YB atau menteri baru sibuk nak buat kerja. Ataupun bila ada elaun baru nak buat kerja.
    Maklumat Tambahan.. Pusat pemindahan Banjir Sek Pandan hanya tiggal 1 keluarga sahaja lagi iaiitu 8 Org.
    Pusat Pemindahan Dewan Mahkota Aman Hanya 3 Keluarga iaitu 19 Orang.
    Maklumat Terkini Sehingga Jam 7.30mlm

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.