script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Berita Pahang: Parti Keadilan Rakyat Indera Mahkota Berjaya Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan Bahagian Itu Di Kuantan Semalam !!

INDERA MAHKOTA - Parti Keadilan Rakyat bahagian Indera Mahkota telah mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya pada hari Ahad, 18 Januari 2009 (semalam) iaitu sehari selepas berakhirnya pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Kami difahamkan semua AJK bahagian telah bergegas pulang ke Kuantan selepas berakhirnya waktu pengundian pilihanraya tersebut. Mesyuarat telah diadakan di Grand City Hotel dan dihadiri lebih 100 orang ahli berdaftar. Bahagian itu diluluskan pendaftarannya oleh ROS baru-baru ini. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Pengerusi Negeri, Saudara Ram Ponusamy dan lain-lain pemerhati jemputan. Mesyuarat telah bermula kira-kira jam 10.00 pagi. Selepas perasmian diadakan pemilihan dan perlantikan AJK.





Dalam pada itu YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dipilih sebagai Pengerusi Bahagian disamping Tuan Syed Talib Syed Abdul Rahman, Saudara K.Ravichandran, Saudara Albakri Salim, Saudara Kamarzaman Mohamed Yunus, Saudara Kasfian Kasmuddin, Saudara Frederick Lim, Saudara Manimaran serta lain-lain AJK Penaja bahagian sebelum ini telah dipilih sekali lagi untuk mengisi kekosongan jawatan penting bahagian itu.

[Kami ucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK Bahagian PKR Indera Mahkota yang baru dilantik. Semoga dapat memikul amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan misi untuk mempertahankan kerusi parlimen itu dalam pilihanraya umum akan datang. Untuk makluman Pakatan Rakyat dari PKR menang dengan majoriti lebih dari satu ribu undi bagi kerusi parlimen manakala DUN pula dimenangi oleh PAS di Beserah. Satu lagi DUN dalam bahagian itu iaitu Semambu dimenangi oleh BN dengan majoriti tipis. Justeru itu, jika jentera parti diperkuatkan maka besar kemungkinan kerusia Semambu yang dimiliki oleh BN (MCA) juga bakal ditakluki nanti. Kami difahamkan satu lagi cawangan baru PKR Indera Mahkota 1 akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini. Khabarnya lebih 100 orang ahli UMNO akan meninggalkan parti karat itu untuk bersama Pakatan Rakyat. Selamat Berjuang!].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com.

Share:

1 ulasan:

  1. salam cmk, awat blog hang ni besepah gambar azan...ni pahang daily ka @ azan daily....
    mesti lumayan dia topup hang kan!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.