script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rasuah: Apa Sudah Jadi Dengan UMNO Pahang, Perwakilan Rasuah Dan Dua Bekas MB Selangor Dipercayai Terlibat Sogok Wang Untuk Beli Undi !

KUANTAN - Seorang penolong kanan sebuah sekolah di Raub ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang hari ini kerana disyaki terbabit kes rasuah politik. Guru lelaki berusia 40-an itu ditahan di sekolahnya pada 2.15 petang tadi. Pengarah SPRM negeri, Sutinah Sutan ketika dihubungi berkata guru itu akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di ibu negara. Dia didakwa memberi rasuah RM200 kepada seseorang sebagai dorongan bagi mengundi seorang calon ketua bahagian Umno di Pahang pada pemilihan bahagian itu November tahun lepas.

Politik Wang: 12 Orang Lagi Ditahan SPRM

PETALING JAYA - Sehari selepas mengumumkan bahawa tiga orang akan dihadapkan di mahkamah hari ini berhubung politik wang pemilihan Umno bahagian baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan operasinya dengan dipercayai menahan 12 yang lain. SPRM menahan mereka, yang berasal dari Pahang kerana menerima wang daripada pemimpin kanan Umno untuk mempengaruhi undi ketika pemilihan. Difahamkan mereka ditahan semalam dan kelmarin dipercayai menerima rasuah antara RM300 sehingga RM500 seorang. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdullah berkata, 12 individu tersebut ditahan sejak petang kelmarin di sekitar daerah Maran dan Temerloh. "Bagaimanapun, 11 daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini, manakala seorang lagi masih ditahan untuk siasatan lanjut," Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada tangkapan masih dilakukan bagi membantu menyelesaikan kes tersebut. kata beliau.

Kelmarin SPRM memaklumkan tiga orang termasuk seorang Naib Ketua Umno akan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian Oktober dan November lalu. Mereka melibatkan ahli Umno di Perak, Pahang dan Melaka. Pemilihan Umno berlangsung selama sebulan antara awal Oktober dan November lalu. Dalam kes pertama, jelas SPRM, seorang Naib Ketua Bahagian Umno di Perak dijangka didakwa atas dakwaan memberi wang rasuah RM300 kepada seseorang dalam pemilihan bahagian. Sementara itu, seorang lagi ejen dijangka akan didakwa kerana memberi rasuah RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang. Di Melaka, seorang lagi ejen juga dijangka didakwa atas dakwaan memberi RM200. Ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Ia merupakan kes pertama melibatkan SPRM beroperasi sejak 1 Januari lalu. Akhir bulan lalu, SPRM yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata, akan memfailkan pendakwaan terhadap sekurang-kurangnya tiga ahli politik berhubung kesalahan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa dalam masa terdekat.


Dua bekas MB Selangor yang dipercayai terlibat sogok wang

Selain itu, beberapa kes berkaitan isu sama yang selesai disiasat dihantar semula ke Bahagian Siasatan BPR untuk dikemas kini bagi menghasilkan kertas siasatan lebih kukuh, malah ada yang diserahkan kembali kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan dalaman parti berkenaan. Bagaimanapun ahli politik yang akan didakwa itu bukan calon yang bertanding jawatan tertinggi Umno pada pemilihan parti itu, Mac depan. Persetujuan untuk meneruskan proses pendakwaan terhadap tiga kes itu diberikan selepas meneliti secara terperinci kertas siasatan yang diserahkan Bahagian Siasatan BPR.

[Apa sudah jadi dengan UMNO Pahang?. Nampaknya sungguh memalukan bila ramai yang terlibat dengan kes rasuah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini adalah dari negeri Pahang. Apakah ini bermakna UMNO Pahang sudah semakin "kemaruk" dengan wang. Kami mendapat maklumat Bekas MB Selangor, Khir Toyo membayar wang kepada perwakilan UMNO Bahagian Maran untuk mencalonkan namanya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Mac ini. Begitu juga seorang lagi bekas MB Selangor iaitu Mat Taib turut menyogokkan wang kepada bahagian Lipis untuk mencalonkannya bagi jawatan Timbalan Presiden. Manakala itu kami juga difahamkan UMNO Jerantut lebih parah lagi apabila calon Ketua Pemuda yang juga bergelar YB iaitu Wan Mizan dipercayai telah menyogokkan wang hingga beribu ringgit untuk menang jawatan yang ditandinginya. Maka itu, tunggu pendedahan kami tentang perkara ini. Diharap MB Pahang Adnan Yaakob "jangan tidur lagi" untuk menyiasat perkara ini sebelum kami bongkarkan. Mungkin perwakilan UMNO takut untuk membongkarkannya. Tapi menyerahkan maklumat itu kepada kami, justeru itu kami ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli UMNO yang memberi maklumat berkenaan untuk didedahkan di Pahang Daily Online].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

14 ulasan:

  1. Salam,
    Bagus la u all nak tolong bantu kononnya mencegah politik wang yang pengasas politik wang dalam UMNO semua sedia maklum dah masuk parti mana.
    Tapi yang tak syoknya pegi super impose gambar Tok Nan pegang duit dgn gambar calon Ketua Pemuda nak buat ape, sah2 dia antara MB yang lantang menentang politik wang. Gambar tu plak 'wang politik' yang pembangkang bagi masa election di Raub satu ketika dahulu. Baik punyer putar belit pembangkang ni.
    Ini menunjukkan fight against corruption makin menjadi realiti, kerajaan tak cakap kosong tentang SPRM.
    Maklumat dalaman PR pun katanya boleh tahan kuat main duit, sampai guna 'politik lembu'. Ishk ishk, duit tahan lg ni bagi makanan sampai jd darah daging!!

    BalasPadam
  2. Mana seladang? Gua ingat dari bagi seladang, baik lu olang bagi babi tonyok ma!!

    BalasPadam
  3. lipis ada cctv tapi man tangkapannya?

    report dah buat!

    bila nak bertindak!

    BalasPadam
  4. Tok cadangkan penyiasatan kes rasuah politik wang di temerloh ini diperluaskan skopnya kepada ketua-ketua cawangan serta AJKnya.
    Barangkali SPRM akan mendapat bukti yang jelas.

    BalasPadam
  5. dalam politik malaysia ni mana ada tidak mengunakan duit.......
    wahai penyokong PR diluar sana cuba lah anda ingat bahawa nye pilihanraya kecil di permatang pauh berlaku politik wang yang dilakukan oleh pihak PKR....PKR pun rasuah jgk...

    BalasPadam
  6. dalam politik malaysia ni mana ada tidak mengunakan duit.......
    wahai penyokong PR diluar sana cuba lah anda ingat bahawa nye pilihanraya kecil di permatang pauh berlaku politik wang yang dilakukan oleh pihak PKR....PKR pun rasuah jgk...

    BalasPadam
  7. dalam politik malaysia ni mana ada tidak mengunakan duit.......
    wahai penyokong PR diluar sana cuba lah anda ingat bahawa nye pilihanraya kecil di permatang pauh berlaku politik wang yang dilakukan oleh pihak PKR....PKR pun rasuah jgk...

    BalasPadam
  8. dalam politik malaysia ni mana ada tidak mengunakan duit.......
    wahai penyokong PR diluar sana cuba lah anda ingat bahawa nye pilihanraya kecil di permatang pauh berlaku politik wang yang dilakukan oleh pihak PKR....PKR pun rasuah jgk...

    BalasPadam
  9. dalam politik malaysia ni mana ada tidak mengunakan duit.......
    wahai penyokong PR diluar sana cuba lah anda ingat bahawa nye pilihanraya kecil di permatang pauh berlaku politik wang yang dilakukan oleh pihak PKR....PKR pun rasuah jgk...

    BalasPadam
  10. porahlah penyokong umno berapa duit lu daqpat citttttttttttttt

    BalasPadam
  11. banyak tu ampuuuuuuuuuuuuu kuat

    BalasPadam
  12. Biar SPRM bersihkan PR dan BN!

    siapa salah terberak dalam jel!

    BalasPadam
  13. org ni mmg akn jd umpan ke nuraka..setiap darah yg mengalir hasil dari aktiviti haram..nurakalah tempat mereka..mereka lupa tu..dunia punya pasal..nuraka pun tak per..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.