script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Penangan Blog Dan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Akhirnya Kerajaan Batalkan Semua Lesen Pengusaha Cyber Cafe Di Pahang !!

KUANTAN - Gara-gara takutkan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan pantas tentang senario politik tanahair maka puak-puak UMNO dan Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi telah mengambil satu langkah yang amat "tidak wajar" dan sungguh "memalukan". Ini berikutan aduan yang mengatakan mereka membatalkan lesen perniagaan Cyber Cafe di seluruh negeri Pahang berkuat kuasa serta merta mulai semalam. Kami masih lagi cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang perkara ini. Namun, setakat ini kami sudah memperolehi beberapa maklumat yang tepat tentang perkara ini. Malah kami juga difahamkan ada sesetengah Cyber Cafe yang masih dibenarkan beroperasi, itupun sehingga jam 7.00 malam sahaja. Jika mereka tidak akur dengan peraturan terbabit, maka tindakan tegas akan diambil. Ini menyebabkan ramai pengusaha Cyber Cafe di sekitar bandar ini, malah di seluruh negeri Pahang kini mengalami tekanan akibat arahan terbaru ini. Mereka ternyata hairan dan pelik dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan itu.

Kami cuba menyelongkar permasalahn terbabit. Alasan yang diberikan ialah kebanyakkan Cyber Cafe membenarkan permainan "Judi Haram" di premis mereka sejak akhir-akhirnya. Anehnya, jika pun benar perkara itu maka apakah kewajarannya semua premis berkenaan harus ditutup atau dikenakan tindakan. Inilah yang dikatakan "kerana nila setitik maka rosaklah susu sebelanga". Menurut maklumat, arahan terbabit dikeluarkan setelah mendapat "mandat" daripada pihak polis. Soalnya di sini, bukankah pihak polis boleh menyiasat kes judi haram ini dengan lebih teliti lagi dan hanya mengenakan tindakan kepada premis yang berkenaan sahaja. Kenapa harus kesemuanya menanggung akibat?. Amatlah tidak wajar sama sekali tindakan ini dikeluarkan dikala kerajaan sendiri ingin menggalakkan supaya rakyat celik ICT dan komputer. Tambahan pula jika arahan ini arahan ini dikenakan, maka tiada gunanya dibina Koridoraya Pantai Timur (MSC) di Kuantan yang terletak di Jalan Lim Hoe Lek bersebelahan Stadium Darul Makmur Kuantan. Dunia ICT adalah bersifat global dan tiada sempadan. Justeru itu mengapa harus mereka menghukum dan melakukan tindakan sedemikian rupa?. Inilah yang kini menjadi persoalan seluruh rakyat kini.

Menurtu salah seorang pengusaha terbabit "Saya hairan dengan arahan secara tergesa-gesa. Kami berani membuat akuan sumpah bahawa tiada permainan judi di premis kami, namun kenapa kami harus dipersalahkan?. Jika konsep ini diamalkan oleh kerajaan, maka eloklah semua pusat-pusat hiburan yang bercambah di bandar ini ditutup kerana dipercayai ada yang menjalankan kegiatan pelacuran. Mereka sengaja mahu menutup periuk nasi kami. Bahkan kami juga yakin tindakan yang dilakukan ini adalah berasas kepada politik semata-mata dan bukannnya alasan demi alasan seperti yang diperkatakan sebenarnya". Beliau telah lama membuka Cyber Cafe di bandar ini amat kecewa dengan tindakan itu. "Saya telah menerima surat pembatalan lesen tersebut yang ditandatangani oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan dekat sini. Selain daripada itu, agak aneh kerana salinan surat berkenaan dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Ini bermakna memang arahan yang dikeluarkan ini adalah datangnya daripada pihak kerajaan sendiri. Apakah motif semua ini?.

[Nampak benar Kerajaan Negeri Pahang sudah ketandusan idea untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat sebenarnya. Mereka bertambah takut bila mengetahui ramai pengundi muda akan mengundi dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Tambahan pula mungkin puak-puak UMNO melihat bahawa Cyber Cafe adalah salah satu "sumber maklumat terkini" penyokong Pakatan Rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini. Justeru itu, bagi menghalang mereka mendapat maklumat tersebutlah akhirnya tindakan drastik ini terpaksa dilakukan. Kami amat yakin dengan apa yang terjadi ini akan mempercepatkan lagi "reputnya UMNO karat" di bumi Pahang Darul Makmur ini. Mereka langsung tidak mengambilkira masalah yang akan menimpa sebahagian besar pelajar IPT yang menjadikan Cyber Cafe sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat dan rujukan serta menyiapkan berbagai kertas kerja dan projek kursus yang diberikan oleh pensyarah masing-masing. Penutupan tersebut jelas amat tidak beretika sekali serta melambangkan ketakutan puak-puak UMNO dengan dunia ICT yang diilhamkan oleh pemimpin mereka sendiri ]
.

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

16 ulasan:

  1. Biar betik????

    Takkan lah bodh macam tu?

    Atau satu lagi propaganda PhgDaily ...

    Apa pa pun isu yng menarik! Bijak keadilan...

    Umno takut kalau ahli dia pandai blog lepas tu KP dia saman!

    Macam lipis tu!

    BalasPadam
  2. Dalam keadaan ekonomi yg meruntuh kerajaan BN pahang pun sama untuk melumpuhkan ekonomi. jangan lupa di kawasan perindustrian gebeng,temerloh dan pekan ada syarikat pelabur dari luar. ini akan memperlihatkan betapa bodohnya pemerintahan negeri dan akan membuat pelabur berfikir banyak kali sebelum melabur di negeri ini. cuba lihat dan tanya berapa banyak syarikat gergasi di gebeng mula mengurangkan pengeluaran mereka. dan lagi satu siapa yang akan menggantirugi kan pengusaha CC ini?

    BalasPadam
  3. Kiranya betul seperti yang dikata, menunjukkan kebodohan kerajaan BN Pahang yang sememangnya bodoh. Berapa banyak masalah pengangguran akan timbul? Rakyat Pahang akan lebih bodoh ICT. Mungkin tujuan mereka nak menjadikan semua orang jadi bodoh macam diorang yang sememangnya bodoh.

    BalasPadam
  4. Phobia UMNO Pahang berterusan.Jika terbukti benar,pengundi-pengundi saluran 3 dan 4 akan mengundi Pakatan Rakyat.
    Tok nak cadangkan SPRM menyiasat rasuah politik yang dikatakan turut melibatkan wan amizan di Jerantut.

    BalasPadam
  5. Tok nak cadangkan SPRM siasat rasuah politik yang didakwa melibatkan wan amizan di Jerantut dan pencalonan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda oleh UMNO Bahagian Kuala Krau

    Selepas PRK di Kuala Krau,bermula pertempuran baru di antara kem Najib dengan kem Khairi.Orang kuat Khairi,Norza Zakaria menjadi mangsa terbaru apabila didakwa terlibat dengan rasuah politik di Temerloh.

    Temerloh menjadi sasaran orang najib kerana ramai penyokong khairi di sini termasuklah Timbalan Ketua Bahagian Temerloh,Saifudin Abdullah.

    Orang Najib dapat mengesan Norza akan dilantik ke jawatan kabinet jika berlaku rombakan kabinet tidak berapa lama lagi.

    Apa tindakan Khairi belum siapa yang dapat meneka kerana Najib yang mendapat nasihat tun Dr Mahathir kini mula bertindak memancung orang Khairi kerana merasakan akan dilantik jadi PM Mac depan.

    Kenyataan terbaru Najib mereka yang didakwa terlibat dengan rasuah politik tidak boleh bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.

    Jika orang Khairi diperlakukan sebegini teruk,Khairi tentu dapat menjangkakan tindakan terhadapnya jika mendiamkan diri

    BalasPadam
  6. Berakhir PRK Kuala terengganu dan PAS berjaya merampas parlimen kuala terengganu dan membuka laluan Pakatan rakyat ke Kota Bharu dan Kuantan yang telah dikuasai sebelum ini.

    Kini berlaku pertelingkahan di antara pengikut khairi dengan kem Najib kerana mendakwa mereka tidak berkempen bersungguh-sungguh.Di pihak Najib pula menyalahkan faktor calon,wan farid sebagai punca kekalahan.

    wan farid adalah rakan sekutu khairi.ramai pengikut khairi mendakwa kem najib telah mensabotaj wan farid sehingga kalah teruk.

    sabotaj kedua yang dilakukan oleh kem Najib ialah mengheret seorang lagi rakan karib khairi iaitu Norza zakaria di atas pertuduhan rasuah politik ke SPRM.Kes berprofail tinggi ini telah diulas oleh najib,"mereka yang telah didakwa oleh SPRM tidak boleh bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan.Norza cuba melobi jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

    Kejutan kedua kepada Khairi apabila kem najib di dalam UMNO Bahagian Jerantut,Kuala Krau dan temerloh cuba menyingkirkan pengikut khairi.

    saifuddin abdullah yang dulu merupakan rakan karib khairi dikatakan telah beralih arah apabila semakin mendekati kem najib.beliau adalah timbalan ketua umno bahagian temerloh.

    menjelang pemilihan UMNO Mac depan telah menyaksikan Kem najib yang diperkuatkan oleh mentornya tun dr mahathir telah mula bertindak memancung orang-orang kanan khairi.

    Norza menjadi mangsa kerana kem najib kerana mereka telah menghidu beliau akan dilantik ke jawatan menteri atau timbalan menteri menjelang rombakan kabinet

    kem najib semakin angkuh kerana merasakan najib akan menjadi PM Mac depan.

    Apakah tindakan khairi?membiarkan dirinya menjadi mangsa politik kem najib atau bertindak melawan dengan strategi politik yang licik dengan bantuan Pak Lah.

    Ramai penganalisa politik berpendapat,Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada najib Mac depan atas faktor politik dan ekonomi negara yang tidak stabil

    BalasPadam
  7. kelakarnya GERAK bila membawa kes lembu korban kepada SPRM kononnya sedekah yang diberikan oleh MB Selangor kini menjadi rasuah politik.

    Dulu,Tuan Guru Nik Aziz pernah memberikan sumbangan RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor.

    Begitu juga dengan sumbangan kepada rakyat palestine di gaza oleh kerajaan negeri kelantan dan Selangor atas nama persaudaraan sesama Islam

    Apakah untuk bersedekah tidak boleh melebihi kawasan liputan.demikianlah sempitnya pemikiran GERAK yang kini bertindak seperti anjing belaan UMNO.

    Apa niat ezam sebenarnya yang bekerjasama dengan GERAK dan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan rakyat di Selangor.

    Rakyat Selangor sudah lama menolak politik kotor ala mafia khir toyo.Pemuda UMNO perlu menolaknya sebagai ketua pemuda.

    BalasPadam
  8. saya amat setuju dgn pendapat dan luahan tok iskandar....tp hanya pandai berkata-kata saja..habuk pun tak ade...PR boleh dikatakan sebagai PENIPU RAKYAT (PR)...mana janji-janji pru12 di selangor...mana hak kami sebagai rakyat selangor yang di janji2 kn...kepada rakyat jelata, jgn percaya dengan PR...

    BalasPadam
  9. Itu ler budaya otak karat UMNO !! sudah KALAH ?..cari jalan nak sekat sana,sekat sini!!..sudah lah semua saluran media dijadikan " BAHAN KEMPEN UMNO " fitnah orang setiap saat !! - macam ler orang lain takde OTAK ...hentikan lah !!

    BalasPadam
  10. Pertempuran di antara team Khairi dengan kem najib bermula di Pahang dengan menjadikan Norza sebagai sasaran terbaru.

    sebelum ini seorang lagi orang kanan khairi telah dicantas oleh kem najib setelah tewas di PRK Kuala Terengganu dan kehilangan jawatan senator serta timbalan menteri dalam negeri.

    Kem Najib yang mempunyai kekuatan di UMNO Bahagian Jerantut,Temerloh dan Kuala Krau cuba menyingkirkan pengikut-pengikut Khairi di Pahang.Penyokong Khairi diberi katadua sama ada berpihak kepada Najib atau bersedia untuk dipancung.

    Orang kanan Khairi iaitu Ismail Sabri yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Saifudin Abdullah yang merupakan timbalan Menteri Pembangunan Usahawan sedikit demi sedikit cuba menjarakkan diri daripada Khairi.

    Ismail Sabri adalah ketua UMNO Bahagian Bera dan saifuddin Abdullah pula timbalan ketua umno bahagian Temerloh.

    Seorang demi seorang penyokong serta hulubalang khairi dicantas oleh kem najib.Kini Wan farid dan Norza menjadi mangsa.

    kekuatan najib bukan sahaja berpusat di UMNO Bahagian tetapi juga di kementerian pelajaran yang diketuai oleh sepupunya datuk seri hishamuddin.

    Pegawai khas hishamudin adalah datuk azmi yang merupakan bekas pengarah jabatan pelajaran negeri Pahang.Di Pejabat Pelajaran Daerah temerloh pula,PPDnya haji nadzri,encik ahmad sanusi(abang kepada ismail said iaitu ahli parlimen Kuala Krau,ustaz Ishak yang merupakan penyelia agama Islam PPD Temerloh telah disoalsiasat SPRM berhubung rasuah politik Norza serta encik Laily(bahagian pertukaran).

    ramai cikgu-cikgu yang cenderung kepada pembangkang akan dianiaya mereka serta ditukarkan ke pedalaman dalam tempoh 24 jam.

    Dijangkakan Khairi tidak akan mendiamkan diri membiarkan dirinya pula menjadi mangsa percaturan politik kem najib yang mendapat khidmat nasihat tun dr Mahathir.

    siapa yang mencantas dan siapa pula akan dicantas,sama-samalah kita tunggu dan lihat.SPRM jangan lupa siasat dakwaan yang mengatakan perwakilan umno bahagian kuala krau menerima RM200-RM300 seorang jika mengundi khir toyo sebagai calon ketua pemuda.

    BalasPadam
  11. Takkan Menteri Besar bersubahat atau tidak tahu apa yang berlaku tentang hal membatalkan lesen perniagaan cyber cafe diseluruh negeri Pahang...?

    Kita nak dengar apa komen Menteri Besar tentang pekara itu. Patut ke tindakan itu dikenakan dan apa alasannya..?

    Rakyat suka jika pemimpinnya berjiwa pendikar ada keris dan boleh bersilat. Bersedia menghadapi apa jua cabaran demi kesejahteraan rakyat Pahang khasnya.

    BalasPadam
  12. keputusan yang dibuat oleh YB Dun Bota sangat tepat dan kena pada masanya.UMNO sudah menghampiri zaman kepupusannya.

    Di Pahang juga sedang bergolak dengan kes rasuah politik melibatkan tokoh profail tinggi yang merupakan rakan karib khairi jamaluddin iaitu Norza Zakaria.

    Semalam Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishamudin selaku Ketua Pemuda UMNO terpaksa turun ke Temerloh untuk mententeramkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang menjadi buruan SPRM.Khabarnya lebih banyak tangkapan akan dibuat dan sasaran SPRM seterusnya ialah UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Ismail Said.

    Khairi Jamaluddin pula dikatakan berang dengan permainan politik licik kem Najib yang menjatuhkan orang kanannya Norza Zakaria.

    Terdapat ahli UMNO yang disoalsiasat oleh SPRM di Pejabata pelajaran daerah Temerloh dan di antaranya Ustaz Ishak(Penyelia Agama Islam Pejabat Pelajaran Daerah Temerluh)

    UMNO Bahagian Kuala Krau,Jerantut dan temerloh telah bekerjasama menjatuhkan norza zakaria.

    Encik Ahmad sanusi adalah pegawai senior di Pejabat pelajaran daerah Temerloh yang juga merupakan abang kepada Ismail Said(MP Kuala Krau).

    PPD Temerloh,Tuan Haji Nadzri pula baru bertukar dari PPD Jerantut.Mainan politik UMNO di PPD Temerloh sudah lama dan ramai guru-guru yang pro pembangkang ditukarkan serta-merta ke kawasan pedalaman.

    terdapat khabar angin mengatakan penyokong Khairi dari kalangan guru-guru juga akan ditukarkan.pegawai yang bertanggungjawab menukarkan guru-guru ialah encik Laily.

    Pegawai khas kepada Hishamudin ialah Datuk Azmi yang merupakan bekas Pengarah Jabatan pelajaran Negeri Pahang.

    seorang pegawai PPD Temerloh yang berasal dari rembau,mohd Ali baru beberapa bulan menjadi guru besar SK Jalan bahagia.sebelum beliau,Aminuddin adalah gurubesar SK Jalan Bahagia yang juga setiausaha umno bahagian temerloh ketika itu dan pernah menjadi setiausaha sulit saifuddin Abdullah(MP Temerloh dan timbalan menteri Pembangunan usahawan).

    Ketika beliau menjadi gurubesar,uniform pengawas yang selama ini berwarna hijau telah ditukarkan kepada biru.Usia beliau menjadi setiausaha sulit saifuddin tidak lama dan sekarang menjadi Gurubesar SK Paya Pulai.

    Betapa fanatik dan phobianya UMNO di temerloh terhadap kehadiran pembangkang.

    Di pihak Khairi,sudah tentu dijangkakan tindakan balas yang akan mengemparkan kem Najib.Jika khairi hendak bertapak di Temerloh,beliau perlu menyingkirkan kem Najib yang bertapak kukuh di JPN Pahang dan PPD Temerloh serta UMNO Bahagian Temerloh.

    BalasPadam
  13. Kalau betul la memang bodoh la umno pahang macam la rakyat tak mampu nak pasang internet kat rumah nak pulak sekarang berbagai-bagai blockband yang murah terdapat......

    BalasPadam
  14. betul ke ni..ini idea bodoh..takkanlah ada org beri idea singkat camtu..jgn lah nk merapu..blog ni byk cerita taik kucing yg keluar..tak berwibawa langsung!

    BalasPadam
  15. tok iskandar..anda ni banyak sungguh berteori..teori anda itu pulak adalah teori "batu api"..toeri nak pecah belahkan melayu..anda tidak ada perasaan malukah kepada si Andy Lim
    (skg " Ah " dah tak pakai) atau Anthony Kuppusamy tu ( Muthu2 dh tak main sekarang)..cuba anda lihat bangsa mereka tu..jgn lihat sahaja tetapi berfikir sekali..Orang India ada berapa % sahaja kat semenanjung ni tetapi mereka punya provokasi bukan main lagi sampai Syed Hamid tu pun kecut perut..Cuba pula anda lihat Dato Hishamuddin Hussein tu..masa cabut dan julan keris bukan main lagi semangatnya (gambar dia julan keris dgn mulut ternganga tu saya jadikan gambar latar laptop saya untuk ditatap anak-anak setiap kali dia on..dan saya akan jawab dgn sini setiap kali anak bertanya apa rasionalnya saya bernuat demikian)..last-last mohon maaf pd parti Andy tu sedangkan keris adalah lambang kemegahan bangsa kita..kalau tak minta maaf apa masaalahnya..takut kalah p/raya? Maka inilah dia bandingan sikap kita dgn bang sa lain tu..Anthony pulak, cuba lihat kes si mendiang Kugan tu..penjenayah pun mereka sibu-sibuk..memanglah dia dah mati tanpa diketahui sebab-sebab sewajarnya..tetapi janganlah buat hiruk pikuk..dia tetap penjenayah..polis tetap polis..memanglah ada polis yang baik dan ada yang tidak baik..tetapi sebaliknya tidak ada penjenayah yang baik..saya khuatir akhirnya jadi terbnalik pula seolah2-olah mendian Kugan akan jadi "hero" pulak..Ha, inilah bandingannya dgn cara bangsa kita berfikit..termasuklah anda!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.